Selasa, 13 September 2011

Jika kail panjang sejengkal..!!

Umur dah hampir 50an .. tetapi sayang nya .. usia di habiskan berdebat, berhujah di kedai kopi dari pagi hingga kepetang .. tentang ilmuan dunia dan agama tiada langsung di ambil tahu.. Bangun pagi terus kedai kopi .. itu ini, bergitu bergini .. dia lah yang terhebat, tahu segala hal .. berilah topik apa apa.. semuanya tahu… tetapi hanya mulut.. kadar tahu mengikut fikiran, dari pendengaran .. kenyataan pada mata, akal sentiasa di tanam dengan ilmuan .. jauh sekali.

 “ Demo ini yang rawat pokok gaharu *Depu di ladang itu kan..” Tanya sesorang hamba Allah, ketika singgah minum kat warong di pinggir kawasan Kolam air Panas, di Kg Regeh , Labok, Machang.Kelantan. “ ya.. kenapa “ saya bertanya… “ dah berhasil ker ..” Tanya nya lagi.. “ belum lagi.. kalau dah berhasil.. ngapa.. mahu tolong jual ker ..” Tanya saya bila melihat riaksinya lain macam jer.

“ buat perkara membazir jer tu .. tak berhasil pun ..” katanya .. memang saya dah agak jawapannya.. “ demo dah tengok ker .. bagaimana teras gaharu, pernah ker lihat Vaksin, berapa jenis spesis gaharu ..” Tanya saya dengan selamba… “ tak pernah tengok lagumano terasnya, tahu kawe .. dua jenis jer spesis gaharu ini..” jawabnya.

“ demo ada masa dalam 2 jam .. “ Tanya saya.. “ beres .. demo nak ajak kawe gi kemana “ tanyanya .. “ demo ikut kawe gi kat ladang tu .. biar demo puas hati .. kawe nak terangkan secara detail kat demo hari .. dan lain kali agar demo jangan cuba cuba nak perkecilkan perkerjaan orang lain.. semua makan minum 4 meja ini ambo bayar semua..jom.. mari kita gi, sesiapa lagi nak ikut .. sila kan..” kata saya.

Tak sangka pula.. 4 orang lain .. ikut serta.. sama menuju ke ladang gaharu yang telah di rawat pada 6/2010 itu… Masa dah hampir pukul 10 pagi.. rumput, semak samun masih keadaan lembab. Sipacat pun banyak . dari satu pokok hingga kesatu pokok .. kami lihat.. Saya Cuma menanti sebarang pertanyaan yang akan di ajukan oleh si penyoal tadi.. “ nanti saya tarah sikit , pokok ini .. dan kita lihat jalinan resin ..” saya bagitahu mereka.

“ kawe nak tanya demo .. apa yang terdapat dalam pokok gaharu.. berapa spesis ini terdapat di Malaysia..” saya mula bertanya… “ ambo tak tahu .. ambo tak belajar .. bab , ini cuma dengar dari mulut orang. hahahaha. “ kata nya. Sambil ketawa di buat buat. “ aha ..tu lah demo .. lain kali jangan cakap pasal benda ini.. baik mengaku tak tahu, dari mengaku tahu.. kan boleh malu..” kata saya dan saya mula beri penerangan, apa dia Resin , Damar .. bagaimana penghasilan teras melalui rawatan.. tempoh matang.. dia dok sengih sengih .. rasa malu pada kawan kawannya yang dok diam tak ada pertanyaan di ajukan.

“ Cuba kita fikir secara logic .. mengapa di IPT membuat kajian tentang gaharu, mengapa kementerian rela menghabiskan duit untuk R&D gaharu .. dan mengapa sampai orang orang di luar Negara .. sangguh menjelajah hutan belantara ,, untuk buat kajian tentang spesis gaharu dan mengapa mereka mencari formula dengan menggunakan teknologi bagi menghasilkan teras gaharu secara cepat.. mengapa kakitangan University of Minnesota bermalam di hutan bertahun tahun Papua New Guinea mengkaji gaharu.. mengapa orang perseorangan serta syarikat swasta rela habiskan duit beratusan ribu ringgit untuk lakukan rawatan …jika tiada mengeluarkan hasil dan mengapa kerajaan Kelantan sendiri mengalakan rakyat agar menanam pokok ini..… betapa BODOH nya mereka semua.. melabur pada perkara sia sia .. ker lagumano demo…?” Tanya saya.

“ Tahu ker demo … berapa harga minyak gaharu 1 tola..” Tanya saya . “ besar mana , 1 tola tu ..” Tanya dia dah mula serak tekak .. penangan lama tak berhujah agaknya.. atau tekak dah disalut candu rokok gudang garam.. lepas sebatang sebatang dok sedut… “ Sebesar ini..”  saya mengeluarkan satu botol 12ml yang sentiasa berada di dalam beg galas.. “ berapa harga .. sedap nya bau ..” kata mereka .. lepas satu tangan ke satu tangan dok bergilir memcium nya… “ RM 600.00 .. sebotol tu ..” jawapan saya .. “ isk isk .. masya allah .. mahalnya.. patutlah demo .. betul tekad .. dok rawat pokok gaharu ..” kata seorang lagi.

“ buka bag .. galas tu .. dalamnya .. air wangi .. ambil satu seorang .. saya bagi free.. tu dah dicampur dengan minyak gaharu asli..” sambil menghulurkan bag galas. “ banyaknya hphone , canggih semuanya , Computer kecil pun ada .. nie baru betul .. usahawan gaharu.. hahahahaaha” kata seorang lagi lama dok diam .. tapi dari caranya memang dia berminat tentang gaharu .. tetapi buat buat bodoh.

Sambil dok perkena air yang dibekalkan .. “ sekarang kita sama .. lihat jalinan resin dari pokok yang telah dirawat.. ambo memang sayang untuk di tarah pokok pokok gaharu ini, tapi sebagai bukti kesahilan, dari mendengar kata membazir .. ambo rela .. menarahnya.. lagipun ambo rasa gembira .. kita semua dapat melihat dengan mata sendiri bukti dan bukan hanya dari percakapan yang didengari .. entah betul atau hanya cerita yang reka reka..” kata saya.

Selepas menarah .. sepanjang 6 inci ..antara 2 kesan injection .. jalinan resin berwarna hitam kelihatan .. “ ini .. apa dia..” Tanya saya sambi memandang tepat pada muka yang menyoal saya semasa di warong kopi.. “ ini .. teras ker nie .. biar betul .. masya allah ..” kata nya sambil tangan menyentuh jalinan resin itu. .. “ ianya bukan teras .. gubal .. nie panggilan nya .. yang di namakan teras tu .. tu cara orang kampung cakap.. “ terang saya.

“ Ambo bukan cong * Puji demo.. demo memang hebat .. ilmu gaharu penuh didada .. memang pakar bab rawatan nie .. patutlah demo berjaya tak seperti orang lain yag main gaharu .. walaupun demo tak terkenal seperti orang lain .. tapi hasil kerja demo .. dah diakui .. patutlah orang punya pokok kawasan nie .. dok sebut nama demo.. bila ada orang lain mari nak rawat .. awal awal puak puak tu kata .. semua pokok gaharu yang ada di kawasan nie .. dah berkira dengan demo ..” kata seorang lagi.

“ hahahaahaha … ambo tak hebat lah .. orang lain lagi hebat .. Cuma ambo amalkan sifat amanah, jujur serta berterus terang dalam bidang gaharu ini.. sebab ambo cari makan 100% di bidang industri gaharu bukan main sambil lewa jer ..” kata saya. “ demo puas dah ker .. kalau ada apa apa soalan .. boleh lah bertanya .. Insya Allah .. ambo akan jawab dan beri bukti sekali ..” tambah saya sambil menghulurkan baki air yang di bekalkan.

 
“ Baru ambo .. faham dan dapat bukti sah hari ini .. rupa rupa nya .. banyak spesis gaharu nie .. isk isk .. gaharu nie rupanya .. gubal .. dari spesis mana mana pun .. ianya dipanggil gaharu .. bodohnya ambo.. dah masuk 55 tahun .. tak kenal lagi, gapa dia gaharu.. pokok pun cuma kenal sejenis .. depu .. rupanya depu pun banyak jenis .. kalau tidak kerana mu SALEH .. ambo tak tahu apa satu pasal gaharu ini ..” kata seorang lagi.

“ aku mulut selur sele.. ( * celupar ) .. tu lah akibatnya .. dok ya ..cakap orang ,yang cuma dengar dari orang lain .. isk isk isk .. berpeluh aku .. bukan kerana panas weh .. hahahaha kerana malu .. hahahaahaha ..” kata si Saleh .. membuat kami semua ketawa ketika melihat gelagatnya tergaru garu… “ jom .. kita pi perkena .. mee rebus ..lepas nie ambo nak gi lawat kedua orang tua ambo .. di kampong sebelah tu ..” kata saya. “ jadi .. asal orang sini ..”. suara si Saleh.

Dalam rumusannya .. masih ada lagi yang kurang faham, kurang ambil tahu dan ada yang tak kenal .. apa dia gaharu dan masih ada lagi .. tak tahu apa kergunaan gaharu..Kerpecayaan terhadap rawatan .. masih ada, tiada kesilapan dari mana mana pihak.. sebabnya .. gaharu telah di urus niaga di abab kelsultanan Melayu Melaka lagi dan pokok pokok gaharu * Depu .. tumbuh di pinggiran kampung serta dikenali dari zaman kezaman .. Cuma .. untuk menghasilkan teras dari rawatan .. kurang maklumat diberikan. Ini lah punca kesilapannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan