Ahad, 25 September 2011

Hangatnya Vaksin Dari USA..!!!

Kami di GoldForest R&D Gaharu  membuka peluang peluang pelbagai aspek kepada peminat, pengusaha di bidang Industri Gaharu. Pelbagai system pelaburan peladangan, ditawarkan kepada yang kurang mampu  yang tiada mempunyai tanah yang sesuai untuk menanam pokok gaharu serta yang tiada mempunyai masa untuk mengurus ladang gaharu.

Kami sediakan tanah hak milik kekal untuk dimajukan dari keluasan 12 ekar hingga lah seluas ½ ekar. Kami bukan menepuk ting kosong , apa yang kami lakukan atau uruskan bukan perkara cuma sebarangan cakap.. Kami pelawa anda yang baru baru mula berjinak jinak di dalam industri gaharu datang berkunjung dan kami akan membawa anda melawat, ladang gaharu , tapak tapak yang dalam proses penanaman serta pokok pokok gaharu hutan yang telah kami rawat.

 
Menafaatkan masa anda dengan segala maklumat yang  anda perolehi dari kami, setiap aspek ilmu teori serta pratikal akan membantu anda dari terjerat atau  tertipu dengan sewenang sewenang nya oleh para para penyamar inokulan yang hanya mahukan wang segera, bergitu juga yang menlibatkan pembelian anak anak beneh gaharu.

Jangan sekali anda pandang ringan , terlalu ghairah bila mendengar tanam gaharu boleh jadi jutawan.. Sekiranya anda tiada ilmu tentang gaharu, ianya akan mengakibatkan anda mudah tertipu .. utama Vaksin * cecair pengalak Resin. Walaupun dah ramai yang tertipu oleh para inokulan, mereka umpama jerat .. jerat tak mungkin lupakan pelandok. Walaupun anda cerdik sekalipun .. bila mereka memberitahu .. gaharu bernilai berpuluhan ribu USD satu kilogram .. anda tentu jadi ghairah.

“ Vaksin saya dari USA , kami tiada Blog, tiada website .. kami akan beli semuanya bila 14 bulan akan datang . bila anda mendapatkan khidmat inokulan kami.” ini cerita yang baru saya terdengar malam ini .. 25/09/2011. Saya bertanya “ berapa kos pokok yang telah dirawati tu . dah berapa bulan .” jawab si pemilik pokok .. “ 3 pokok .. mereka kira borong .. habis…lah juga lebih kurang .. RM8,000.00 semuanya .. dah 6 bulan dirawat..” Saya bertanya lagi .. “ test jalinan resin dah dijalankan ker ..” jawab dia .. “ tak lagi lah .. dah puas call, tiap tiap hari .. yang jawabnya si operator ..”  nombor yang anda hubungi tiada dalam pengkhidmatan ..” dok tergaru dia.

“ habis tu jumpa saya .. mengapa .. jauh jauh datang dari Kuala Brang, Tganu ..” Tanya saya.  “ Ya .. lah .. kot demo kenal mereka tu ..” kata nya. “ hahahahaha .. gini.. saya tak mahu masuk campur hal menlibatkan set set gaharu ini.. minta maaf banyak ..” kata saya. “ habis .. camano .. nie ..” Tanya nya lagi. .. “ saya boleh beri pandangan sikit .. gini jer .. cari si broker yang si pembawa set gaharu tu .. mesti broker kenal set set tu .. sebab broker pun tentu dah bahagian dari kos rawatan tu dulu ..” kata saya.

Jangan biarkan terjadi seperti hamba Allah ini, bukan senang seperti bercakap sahaja dapat hasilkan resin pada pokok gaharu.. Injections .. tuangkan Vaksin .. terus jadi .. 14 bulan dapat jual hasilnya… Kita wajip tahu, sebagai permulanya .. apa jenis bahan larut yang diproseskan untuk dijadikan vaksin itu .. adakah ianya membahayakan pada manusia, adakah bebas dari bahan bahan beracun .. factor foktor ini paling penting, sebab nya rawatan pokok gaharu memrupakan satu pelaburan jangka sederhana. Jika anda tersilap dalam pemilihan vaksin .. pelaburan anda akan kecundang.. Wang pelaburan anda akan hangus .. yang awal awal untung dari wang pelaburan anda .. para para inokulan yang telah memberi khidmat rawatan

Disini saya huraikan tentang Vaksin ..
Soalan utama yang saya bertanyakan pada anda.. Spesis gaharu manakah yang tumbuh  di USA dan Negara Eropah lain…?  Setahu saya ..Semua kajian oleh University of Minnesota yang di ketuai Mr. Joel Jurgens ( saya Ciplak dari laporan University tersebut ) Establishing an agarwood management project for PNG at the Forest Authority Headquaters. Mr. Masakazu Kashio, United Nations FAO Forest Resources Officer; Mr. Dike Kari, Director, PNG National Forestry Service; Mr. Brown Kiki, General Manger, PNG National Forestry Service; Mr. Heuveling van Beek, Director TRP; Mr. Joel Jurgens and Professor Robert Blanchette. Project penyelidikan ini di lakukan di Papua New Guinie dan diseluruh Asia Tenggara.

Semua vaksin yang berada dipasaran sekarang di hasilkan di Negara Negara Asia dan vaksin vaksin ini pun mempunyai bahan bahan larut tersendiri mengikut fikiran logic serta kajian mereka.  Negara paling menonjol pencipta Vaksin di dahului oleh Negara Thailand serta vaksin dari ciptaan mereka telah membuahkan hasil, tiada berkecuali ada para pencipta Vaksin di serata Asia, termasuk lah Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja, India serta di Negara yang pokok gaharu tumbuh.

Dalam terdapat banyak Vaksin yang di pasarkan , bahan larut itu yang paling penting .. bila menyebut bahan larut .. ianya adalah Nano .. perkataan ini di petik dari bahasa Yunani konu .. bererti Halus.. Bila cecair sudah tentu ianya bahan larut yang halus, termasuk lah ..bahan bahan dari  mekenikal pun tetap halus, walaupun ianya adalah racun.  Perkataan Nano ini ditambah dengan Teknologi untuk seiringi dengan edaran masa kini dan digabungkan terlahirlah nama NanoTeknologi.

Kami juga mencipta Vaksin sendiri .. keadah yang sama dihasilkan, ia itu Nano. Ramuannya 100% dari buahan dan tumbuh tumbuhan ianya memakan masa yang bergitu lama untuk membuktikan penghasilan nya. Bahan bahan yang di proses untuk menghasilkan vaksin banyak terdapat di Negara Asia sendiri .. habis itu .. mengapa pulak Vaksin itu dibeli dari pencipta di USA.. yang tiada sepokok pun tumbuh di Negara mereka… para para pengamal Nanoteknologi tulen .. mungkin tergelak bila mendengar  Vaksin Gaharu di order dari USA… hebat ker barangan USA..?

Saya bukan memperlekehkan set set gaharu semuanya, tetapi saya mahu menghebahkan perkara yang benar agar para para pemilik pokok, pengusaha ladang serta yang berminat tentang gaharu tiada tertipu oleh set set gaharu yang mahu mengambil kersempatan.. seboleh boleh biar kita seiringi, saling memberi ilmu, tunjuk ajar kepada yang tiada mampu menjalankan inokulasi sendiri.. lebih lebi lagi yang tiada punca, dimanakan tempat untuk mendapatkan vaksin vaksin yang betul menghasilkan resin dalam tempoh 24 setelah dirawat.

Bukan semua set set gaharu menjalankan inokulasi secara bergini, ada yang betul aktif, menggunakan cara yang betul, vaksin yang betul berkesan tetapi mereka menjalankan pada pokok pokok gaharu mereka sendiri.. Vaksin vaksin itu pula mereka cipta sendiri dan tidak akan di jual. Banyak factor akan berlaku sekiranya vaksin ciptaan sendiri di jual , pertama kelebihan , kekurangan atau dicampur .. tiada stabilan Dos .. jika ini terjadi, maka disinilah timbul hilang kerpecayaan masyarakat pada pencipta Vaksin ini.. mereka cari makan dengan cara ini, bila nama telah tercemar .. periuk nasi mereka tertutup.

Bagi kami .. setelah kaki mula menglangkah .. tiada kenal erti undur, kami tetap menerusnya .. tiada halangan bagi kami.. dari hari kehari .. inokulasi terus dilakukan dari sepokok ke sepokok dengan vaksin ciptaan kami sendiri, bergitu juga dengan pembukaan tapak tananam .. terus bertambah dari bulan ke bulan .. dari tanam hak milik kami sendiri, pakej usahasama dan kontrak penanaman .. Alahamdulillah .. permintaan sentiasa ada. Bergitu dengan pembekalan anak anak beneh gaharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan