Selasa, 16 Ogos 2011

Mengapa mahukan STRESS..!!!!!

Stress ..!!!
Tiba tiba saya menjadi STRESS…. Dengan pertanyaan .. apa itu GAHARU, Bagaimana rupa pokok KARAS, DEPU dan GAHARU .. ada terdapat di Malaysia ker .. Boleh ditanam ker, INOKULAN tu apa dia .. VAKSIN tu untuk apa ..  Ada ker orang mahu beli TERAS KAYU tu .. Masya Allah.. orang yang bertanya ini .. dah usia 40an .. bukan budak budak lagi .. Tersenyum seorangan .. ketika membaca komen ini  di wall facebook .com /  Gold-Forest R&D Gaharu.

Betul lah dari KAJIAN kami .. Cuma sebilangan kecil yang mengenali, tahu serta pernah melihat pokok gaharu ini, tak mustahil lah pokok yang tumbuh di kebun mereka di tebang sesuka hati, tanpa bertanya terlebih dahulu, mengapa orang orang tua tua, suka sangat membiarkan pokok gaharu  tumbuh membesar di kebun mereka. Tapi sayang generasi baru kini tiada mengenal pokok ini merupakan harta pusaka yang termahal nilainya.

Saya sarankan pada pemberi komen ini .. sila lawati WEBSITE, BLOG BLOG GAHARU , anda akan memperolehi ilmu tentang gaharu dalam masa yang singkat .. sekiranya anda tiada memahami, hubungi pihak kami .. kami luangkan masa untuk anda .. akan membawa anda lawati ladang gaharu yang ditanam, pokok gaharu liar yang berusia dari 10 - 150 tahun, ladang pokok gaharu liar yang telah disiap di inokulan dan kami juga akan pamerkan resin resin gaharu yang telah dibersih dari hasil kajian kami. ( 14/08/2011 )

Mengapa mahukan STRESS ..!!!
Sebagai pengamal Nanotechnologi , setiap hari jika berpeluang drill sentiasa berbunyi, atau sentiasa inokulan pokok gaharu.. selagi banyak kos dilaburkan, selagi itu lah kepuasan tergambar kergembiraan di hati staf staf gold-forest, sudah menjadi darah daging serta minat yang amat mendalam terhadap pokok pokok gaharu. Bagitahu saja berapa besar ukuran lilitan pokok tersebut dan kami sudah dapat bayangkan setinggi mana injections harus akan dilakukan nanti

Tidak hairanlah .. kami rela bermalam dihutan rimba , mengkaji terus mengkaji sector muka bumi, keadaan tanah di mana pokok pokok gaharu liar yang tumbuh subur. Pantang di pelawa oleh pemilik pokok ini, agar datang melawat pokok pokok mereka, tiada pernah kami hampakan permintaan mereka, padahal setiap kali melawat pokok mereka melibatkan kos.

Walaupun pada asasnya Golf-Forest ditubuhkan tujuan perniagaan, tetapi perkhidmatan sampingan juga kami sentiasa hulurkan pada bakal bakal pengusaha yang baru berjinak jinak dibidang gaharu… bagi kami tanpa ada peminat, sudah tentu perniagaan kami akan malap dan tiada bermaya.. cara pemasaran, marketing goldforest di ilhamkan dari pandangan pendapat serta teguran dari para pengusaha, pemilik pokok, para pelabur kami dan halatuju goldforest kearah industri gaharu.
Bertapa kerdilnya kami jika dibandingkan dengan group gaharu yang telah lama mencipta nama di bidang gaharu.. tetapi terasa bangganya kami, bila hasil kajian kami berjaya dapat mendahalui group group inokulan yang telah bergitu lama bergiat di industri gaharu yang belum lagi berjaya mengeluarkan hasil walaupun 10% dari kajian inokulan mereka… tentu Stress kan ..?
Kami tiada akan berjaya jika bukan kerana Vaksin yang digunapakai selama ini, kami akui vaksin yang diguna di import dari pengusaha yang telah lama berjaya di bidang gaharu. Disini lah kelebihan kami, setiap teknik baru yang kami cipta juga akan di kongsi bersama dengan pengeluar vaksin. Kami tiada bergantung 100% vaksin yang diimport , vaksin ciptaan kami sendiri akan di campur bersama vaksin yang diimport mengikut dos dos yang telah dikaji terlebih dahulu.
Untuk mendapatkan formula mencipta vaksin, kajian awal dijalankan pada pokok gaharu spesis tempatan ia itu malaccensis ( Karas / Depu ). Jika dibandingkan diantara spesis gaharu import , pokok gaharu tempatan lebih lembut atau mengandungi karbon yang lebih banyak . Sekiranya vaksin yang di import terlebih dos, ia akan meninggalkan kesan reput yang amat luas, ini menyebabkan penghasilan resin gaharu tiada memuaskan.. stress nya terlalu kuat.
Kedua vaksin ini di guna serentak, setiap kali inokulan dijalankan, vaksin untuk tuangan ( Vaksin Import ) kami gunakan kadar dos yang amat rendah dan manakala Vaksin Ciptaan kami pula sebagai perendam bilahan penutup dengan kadar dos yang tinggi. Walaupun kadar dos yang tinggi, ianya akan penyerap secara pelahan lahan melalui penyerapan semulajadi proses pengaliran air didalam pokok gaharu.


Stress akan terjadi secara pantas, melalui lubang lubang tebukan di lakukan sekeliling pokok dari pangkal hingga lah ke pangkal dahan. Dalam tempoh masa 2 minggu, pokok yang di inokulan berada dalam keadaan stress, contohnya daun daun akan menguning seketika, minggu ketiga pokok ini akan stabil kembali dan mula mengeluarkan pucuk baru.
Bila semua vaksin yang terkandung didalam penutup telah menyerap kedalam pokok gaharu, furgus atau kulat dan Allergic  mula membiak di sekitar pentup ini.. anda tak perlu risau, ianya proses  awal Anticell selulose…serta proses pengumpulan sesguiterpene ( Resin ) sedang berlaku.. kulat kulat ini akan gugur dengan sendirinya, akan meninggalkan kesan disekeliling ( Tanpa berkulit ) penutup.
Vaksin yang dimport ini serta vaksin ciptaan kami .. dijamin 100% tanpa ada bahan bahan mekenikal yang terkandung didalam vaksin ini , tiada berbahaya kepada kesihatan manusia.  ianya dicipta untuk membuat stress kepada pokok gaharu tujuan penghasilan resin secara pantas dan berkesanan walaupun ianya berbentuk asid sintetitk.

 Bukti yang menandakan vaksin  tanpa mengandungi bahan bahan mekenikal, pokok gaharu akan mengeluarkan tunas di sekitar penutup lubang tebukkan. Pokok gaharu akan kelihatan hidup subur yang walaupun alami stress yang kuat, vaksin juga bertindak sebagai  baja organic membuatkan pokok yang telah dirawat menjadi subur.. itu lah kelebihan vaksin yang cipta tanpa bahan bahan beracun.
Walaupun penyerapan vaksin  bergitu pantas, tindakkan berkesanan berlaku secara pelahan lahan , walaupun bergitu, jalinan resin sudah boleh di lihat tempoh masa 3 bulan dari tempoh rawatan, 6 bulan kamudian jalinan resin ini menjadi warna kerhitaman jika di bakar ianya telah mengeluarkan aroma manis.
Teknik stress secara rawatan ini , amat penting didalam industri gaharu, pada amnya teras gaharu hasil dari rawatan ini harga nya dipasaran antarabangsa tidak bergitu tinggi, tetapi ianya tetap ada nilainya tersendiri dan tetap ada pembeli. Teras gaharu semulajadi, semakin hari semakin sukar untuk diperolehi, permintaan semakin hari semakin bertambah.. teras rawatan lah sebagai gantinya untuk memenuhi permintaan selera pengemar aroma gaharu antarabangsa
Umpama antara ayam kampung dan ayam daging .. akhirnya ayam daging  yang tak memcukupi sentiasa mendapat permintaan.. bergitulah akan terjadi pada teras gaharu rawatan, ianya akan memenuhi pasaran sedikit masa nanti. Lambakkan teras rawatan telah mula berlaku, permintaan pengguna mula dirasai setelah terbukti pokok gaharu merupakan salah satu pokok bijak yang hanya tumbuh di Asia Tenggara mempunyai khasiat yang tersendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan