Sabtu, 17 September 2011

Aku , GoldForest dan GAHARU

( Bila keringatku gugur ke bumi )
Dalam meniti hampir 3 tahun goldforest R&D di asaskan, terlalu banyak liku liku ranjau ranjau terpaksa di lepasi .. satu persatu. Utamanya kerpercayaan, kenyakinan serta menanamkan semangat dari rasa rendah diri, berani menghadapi risiko serta menjawab pelbagai soalan soalan yang mungkin ada di soalkan oleh pelbagai pihak.

Walaupun menjalani R&D gaharu dari tahun 2005 lagi, ianya dijalankan secara solo tanpa ada galakan , binbingan serta lebih lagi bantuan kewangan .. yang ada sindiran, kata kata seakan akan melumpuhkan semangat .. Itu lah tindakan di ambil .. jalani kajian secara diam dan secara solo.. masuk hutan berseorangan mengkaji spesis spesis gaharu liar. Dan ketika ini pun .. goldforest adalah dimiliki secara persorangan.. para pekerja tetap semua pekerja kontrak . di segi penanaman serta inokulasi.. bila ada kontrak penanaman serta inokulasi .. para pekerja ini akan dipanggil bertugas..

Tiada siapa siapa pun boleh mengaku berkerja dengan GoldForest .. Segala pengurusan, dari stock beneh gaharu, penghantaran tempahan beneh, pembelian pokok, kontrak penanaman , bekalan anak beneh, Mencari pelaburan, mendapatkan pokok yang hendak di inokulasi ,penyewaan tanah , system usahasama , mengurus pembelian bahan bahan berasaskan gaharu .. tiada broker, tiada orang tengah .. kerana saya sendiri menguruskan .. untuk mengelakan dari pelanggan tertipu…  GoldForest amalkan dengan tawaran khidmat berkualiti segenap aspek yang melibatkan industri gaharu.

Setelah mula berjinak jinak mengenal spesis gaharu .. terkeluarlah berita Kerajaan Negeri Kelantan menlancarkan Kelantan Keridor Depu .. saya cuma bertindak sebagai permerhati dari setiap sudut .. penerimaan masyarakat , pandangan, tindakan dari perlancaran Kelantan Keridor Depu ini. Ada yang mencuba .. menyenai anak anak beneh gaharu liar dari beneh yang cambah di cabut dari hutan .. bagi saya ini satu kebaikkan kerana berani memcuba.. walaupun sekerat jalan.

Dan bermula era baru dalan industri gaharu amnya dikelantan .. ada yang sudah terlalu berani mendapatkan vaksin vaksin dari Negara jiran dan mengupah para para inokulasi dari Negara yang sama untuk menjalankan rawatan pada pokok gaharu liar mereka dan pokok gaharu yang mereka beli. Sayang nya mereka terperdaya dengan kertamakan para pengedar vaksin veksin ini .. mereka tertipu vaksin yang mereka beli .. adalah mengandungi racun serta bahan mekenikal yang menyebabkan pokok gaharu liar yang dirawat .. mati tanpa menghasilkan resin walaupun sedikit.

Industri gaharu .. jatuh .. buat kali pertama .. ianya melibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit , sayangnya baru  bercambah sudah terkulai .. jika patah boleh bertunas kembali. Disinilah hilang seluruh kerpercayaan masyarakat pada Kelantan Keridor Depu .. bila cakap hal Depu .. terlalu banyak persoalan yang wajip di jawab.. masalah besarnya .. masyarakat telah ramai tertipu dari awal awal lagi. Untuk memulihkan semua ini.. harus memakan masa yang agak lama.

Ianya dapat dipulihkan dari hasil inokulasi atau rawatan .. bahawanya Teras gaharu *depu ini, dihasilkan melalui rawatan.. Tugas ini boleh dilakukan oleh kakitangan Kelantan Keridor Depu, jika mereka mahu menjadikan Depu sebagai tanaman utama di Kelantan atau tanaman sampingan sebagai permulaan proses permulihan.. Dengan bukti dari penghasilan ini .. seminar, krusus dan bengkel industri gaharu sudah tentu mendapat sambutan hangat.

GoldForest tetap solo.. bergerak secara waspada .. khidmat tetap ditawarkan pada yang betul berminat .. GoldForest tetap dengan persendirian .. ianya diasaskan untuk khidmat secara perniagaan, dan GoldForest tetap menghadapi saingan tetapi secara sihat. Segala ilmu, pengetahuan dan tunjuk ajar pada pelanggan GoldForest di utamakan. Agar mereka tiada lagi dianggap jahil dibidang industri gaharu.

Selepas lancarnya Kelantan Keridor Depu … kemalapan nya sehingga lah hari ini .. terus malap .. Group group gaharu banyak yang telah berkubur.. pelaburan lenyap secara ansur ansur.. jarang jarang pelabur mahu melabur di bidang industri ini lagi .. Pada penghujung 2007.. saya mula menampilkan diri .. setelah hasil inokulan yang dirawat  dengan vaksin yang diperolehi dari pembekal vaksin yang telah berjaya.. Alhamdulillah .. percubaan pertama saya telah berjaya.


Tahun 2008 .. bermula lah era GoldForest .. peringkat pertama .. pendedahan apa itu inokulasi, Kandungan Vaksin, Tindakbalas pokok yang di inokulasi, Teknik teknik inokulasi yang betul , system perladangan, bekalan anak beneh yang berkualiti .. cara penanaman pokok gaharu yang sesuai.. inilah modul utama GoldForest memperkenalkan pada para para peminat gaharu.

Tagged GoldForest 2016 .. GoldForest telah bergelar Usahawan Jutawan Gaharu . Tetapi untuk mencapai ke tahaf itu .. banyak rintangan lagi wajip ditempuhi, banyak perkara lagi yang harus diselesaikan  sedikit demi sedikit .. segala perancangan asas dari penubuhan GoldForest .. kilang pemprosesan minyak wajip di siapkan pada penghujung tahun 2011, ladang ladang gaharu harus ditambah dari masa kesemasa.. jika tidak .. tagged tinggal tagged.

Together Toward One Direction .. Bila anda bersama kami ..anda tetap diberi khidmat yang terbaik .. walaupun anda cuma mendapatkan bekalan anak beneh, khidmat inokulasi dari kami, anda telah menjalan pelaburan inokulasi dan mendapatkan kontrak penanaman dari kami .. anda adalah sebahagian dari kami .. khidmat nasihat akan kami salurkan sepertimana yang telah kami janjikan .. pelanggan di utamakan. . itu lah GoldForest .. bersama ke satu tujuan .. Menjadi JUTAWAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan