Ahad, 2 Oktober 2011

Hikayat Gaharu..

Gaharu dihasilkan oleh pokok spesis Thymalaceaaea di bawah Genus Aquilaria yang tumbuh merata di Negara Negara Asia Tenggara. Gaharu adalah Damar atau Resin atau minyak yang sedia ada didalam pokok spesis Thymalaceaaea ini. Ianya terbentuk secara semula jadi dari akibat stress dan terhasil dari bukan manusia ia itu inokulan.

Gaharu adalah resin ( damar ) atau teras diperolehi dari spesis famili Thymelaeaceae, dari kelompok Genus Aquilaria yang tumbuh  Negara-Negara Asia Tenggara. Famili Thymelaeaceae ini menghasilkan teras yang termahal  di pasaran antarabangsa.  Para -para penyelidik Gaharu mengatakan , gaharu diperolehi lebih 25 spesis yang hidup liar di hutan hujan khatulistiwa di Asia Tenggara

Kandungan didalam pokok gaharu
1)      Carbon * c15-c15
2)      Tisu flem
3)      Floam
4)      selulose
5)      sesguiterpene

Gaharu atau eaglewood *tree adalah produk tumbuhan termahal di dunia.  Sejarah perdagangan gaharu bermula seawal abad ketiga direkod dalam tulisan Wa Zen dari Dinasti Wu. Wa Zen menceritakan dalam tulisannya bahawa gaharu diperolehi dari Vietnam. Manakala daripada tulisan Musyi Abdullah pula mengatakan bahawa perdagangan gaharu, rempah ratus bermula di zaman kesultanan Melayu Melaka, dimana gaharu memperolehi dari pada orang darat * asal atau penduduk tempatan.

Gaharu sangat penting dalam pembuatan minyak wangi dan penghasilan ubatan.   Harga gaharu bergred double super mencecah USD30,000 di pasaran antarabangsa pada hari ini. Manakala harga gaharu Malaysia yang termahal pernah direkodkan ialah USD27,400

Penawaran atau perdagangan gaharu hanya 20% berbanding keseluruhan permintaan. Keadaan bertambah menruncing kerana permintaan semakin meningkat, sedangkan penawaran semakin susut. Memandangkan situasi ini maka timbullah ideal untuk menanam spesis pokok gaharu secara komersil dengan keadah rawatan teknologi injection. Satu-satu teknologi rawatan mempercepatkan penghasilan Teras oleh pokok gaharu, tempoh masa 2 tahun dari tarikh rawatan di lakukan.

Kejayaan serta kenyakinan projek teknologi inoculation ini di sokong, apabila kajian terperinci dijalankan oleh University of Mannisota mendapati pokok gaharu, daripada spesis terpilih boleh di tanam serta di rawat untuk penghasilan teras gaharu dalan kuantiti yang banyak dan bermutu tinggi dalam tempoh masa 10 kali lebih singkat daripada penghasilan gaharu secara semula jadi

Teknik penghasilan teras gaharu secara rawatan telah lama dijalankan di negara-negara di Asia Tenggara…? Sudah tentu anda mengatakan ianya tak mungkin terhasil.. Dan tiada pernah kerdengaran serta melihat hasilnya..!! Itu lah jawapan yang selalu kami dengari.
Dan bagi kami, ianya tiada mustahir, sekiranya rawatan Teknik inoculation mengikut faktor yang betul, ditambah pula berkesanan cecair bacteria  pengalak resin yang di guna pakai. Kami telah berjaya menghasilkan teras gaharu melalui inoculation.

Pertanian masa kini seiring dengan teknologi pertanian yang di kemaskini dari masa kemasa  oleh Pelbagai pihak, dari kerajaan, swasta dan orang perseorangan. Walaupun Teknologi pertanian  di cipta serta di import  dari luar negara. Ianya tetap pembaruan sektor Pertanian dengan tujuan yang sama, untuk menanfaatkan kepada pertanian bagi menambah sosio ekonomi negara.

Bergitu juga teknologi Inoculation Injection bagi penghasilan teras pada pokok spesis gaharu, teknologi ini telah lama di amalkan di Negara Vietnam , Thailand  dan kedua negara ini adalah pembekal utama teras gaharu di pasaran antarabangsa, selain dari Negara Myanmar, Kemboja, India dan negara indochina.




Teknologi Inoculation Injection awalnya di komersilkan oleh orang perseorangan dan syarikat Swasta secara kecil-kecilan di Malaysia. Ianya dijalankan pada pokok spesis baka tempatan. Walaupun keadah teknologi ini terbukti pemberkesanan dalam penghasilan teras, ianya kurang mendapat sambutan yang baik. Kemungkinan ada sebab yang tertentu :-
1)      Tiada bukti untuk di jadikan contoh
2)      Kos inoculation injection agak tinggi
3)      Tiada pokok untuk dijalankan inoculation.

Inoculation Allergic Injection Strain-stress adalah penting bagi penghasilan stress pada pokok gaharu, ianya di komersil untuk penanaman gaharu sebagai teknologi penghasilan teras gaharu secara cepat serta dapat menghasilkan teras sejumlah yang banyak, dari batang, akar, dahan serta ranting.

Sebut perkataan sains, ianya melibatkan kajian yang di upgrade masa kemasa, Mengikut edaran dan kerperluan semasa. Bidang pertanian tiada berkecuali, lebih-lebih lagi bidang penghasilan teras  *  Inoculation dari pokok spesis gaharu.  Selama ini gaharu diperolehi dari penghasilan semulajadi. Ianya satu pembaruan yang perkenalkan, memerlukan masa untuk kaji selidik pemberkesanannya ke atas semua spesis gaharu  amnya di Malaysia.

Bila ada segenlitir syarikat swasta, orang pesesorangan yang berani mengguna, sekiranya keadah – keadah teknologi ini di pengunakan secara betul dan tiada unsur penipuan di sebilangan para-para pengamal tekonologi Injection ini, utamanya pengunaan cecair bacteria pengalak resin yang tulen bebas dari bahan- bahan membahaya. Ianya akan berjaya dilaksanakan

Penemuan Teknologi Inoculation ini Merupakan satu satu pertemuan  dinanti-nantikan oleh para pengusaha perladangan gaharu di Malaysia serta Asia tenggara. Teknologi ini dapat memendekkan jangka masa pulangan pelaburan perladangan gaharu diantara 5 – 7 tahun sahaja. Pokok gaharu yang berukuranlilit 40cm serta berusia 3 ½ - 4 tahun, teknologi ini sudah boleh dilakukan. Untuk penghasilan teras berkualiti dan nilai yang tinggi di pasaran, adalah amat sesuai pengusaha melakukan inoculation pada pokok gaharu hutan berusia 7 –10 tahun.

Setiap keadah yang di lakukan oleh para-para inoculation semua berbeza, berdasarkan fikiran lojik serta ilmu  diperolehi mereka. Setengahnya  ada yang mengatakan mereka yang terbaik. Tetapi pada hakikat tiada bukti Hasil dari inoculation yang boleh dijadikan contoh untuk mereka pamerkan.

Dalam pelaburan besar, berisiko tinggi bergini, contoh kajian yang dijalankan wajib dipamerkan. Kenyakinan,cagaran setiap pengusaha wajib di utamakan, kerana modal dilabur oleh pengusaha bukannya sedikit dengan masa bertenang selama 24 bulan. Ianya berdasarkan pengelaman kami, sewaktu  mencari keadah terbaik inoculation serta mendapat bekalan cecair bacteria pengalak resin untuk menjalankan inoculation awal sebagai kajian.

 
24 bulan ,bukan tempoh masa yang singkat, 2 tahun barulah hasil dapat di tuai. Jika Kemungkinan inoculation yang dilakukan, dengan  keputusan gagal.. Siapa yang bertanggungjawab. Para-para Inoculation yang di bayar, hilang entah kemana.

Dalam kersabaran kami perolehi, setelah wang ringgit sejumlah yang agak besar dilaburkan untuk membeli ilmu teknologi inoculation injection allergic stress. Dan kami bangga dapat menyalurkan Teknologi ini kepada para-para pengusaha perladangan gaharu.

Inoculations Injections
1)      Tebukan dilakukan pada batang pokok gaharu
2)      Cecair Allergic di masukkan ke lubang tebukkan,Ianya akan bertindak sebagai Anticell selulose.
3)      Teknik terbaru di lakukan untuk kertahanan kesan tebukkan reput * buruk.
4)      Cecair Allergic * Bacteria pengalak resin ini, di hasilkan melalui proses Micro dari ramuan tumbuhan dan buah-buahan bersifat asid organic, bebas dari bahan kimia sintetitk buatan manusia yang membahaya kepada kesihatan.

Ia dilakukan mengikut ukuranlili  pokok,Tebukansampai ke Carbon ( c15-c15 ), Tebukan juga Berperanan membuat pokok menjadi Stress. Jaraktebukan  penting bagi penghasilan teras, sertaaliran cecair bacteria pengalak resin bersambungSambung membawa cecair keseluruhan tisu pokok.Untuk menghalang kesan tebukan ini rosa *buruk,Teknik lain pula di cipta, ianya bertindak menampalLubang tebukan, bahan penampal ini bertahanselama 3 tahun, tanpa ada kesan kerosakan padalubang tebukan.

Setiap tebukan tiada mengenai carbon pokok,Keputusan penghasilan teras akan gagal. Kerana Carbon akan menyerap cecair pengalak resin,ianya juga yang membawa cecair tersebutkeseluruhan pokok. Tebukan  dilakukan juga merupakan faktorPokok gaharu menjadi stress ,dengan tersendiriresin,damar atau minyak berkumpul bagi menyembuh kesan tebukan.

Faktor-faktor stress
Stress kejadian alam:- Stress kejadian alam dialami oleh pokok gaharu seperti patah berlubang dan mati beragam * dari stress ini ianya akan terhasil teras semulajadi. Stress buatan manusia:- Ini pula di sakiti  dari anak benih, berkesanannya belum dipastikan lagi. Stress secara teknologi :- Keadah ini paling berkesanan, 2 keadah di lakukan, iaitu tebukkan dan menuang cecair Bacteria pengalak resin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan