Khamis, 7 Julai 2011

Apa dah jadi…. Siapa yang kaya dulu…?

Date : 24/05/2011

Namanya Ibrahim , nama glemournya Abg Him.. ada seorang pencari ( player ) gaharu veteran. Kehebatannya jalang jalang dapat tanding oleh player gaharu di daerahnya, memang diakui oleh player player gaharu yang seangkatan dengan beliau, Abg Him mempunyai kepakaran tersendiri mengenai gred gaharu serta dapat mengenai diantara gaharu dari spesis Candan berbulu, Candan Minyak ( A.Hirta ) dan Depu. ( Karas ).

Gold-Forest menemui bual beliau, untuk mendapat pandangan, maklumat serta pengelaman beliau selama 30 tahun sebagai player gaharu semulajadi.. Sebagai player gaharu berpengelaman, tiada lokek menceritakan secara segala yang dialami ketika mencari gaharu, saat cemas di tengah belantara dan dipermainkan oleh para para pembeli gaharu yang sengaja mengambil kesempatan.

Soalan yang petama diajukan kepada kami .. “ Apa sudah jadi….?”. “ dan apa sudah jadi..” tanya kami.  Beliau hanya ketawa…  “ Pokok gaharu liar telah pupus.. group saya 30 tahun mencari gaharu dihutan, group lain lagi, orang asli lagi dan pendatang tanpa izin lagi yang masuki Malaysia curi gaharu.. dan orang peseorangan pulak.. masing berlumba lumba cari gaharu.. ditanam semulanya.. tiada sepokok pun..” katanya.

“ Habis tu … berapa batang jer yang tinggal.. main dok tebang, tebang dan tebang setiap masa .. jika ada pun. di lokasi bukit yang tak mampu nak didaki.. Seluruh negeri Kelantan.. habis kami terokai, Pahang, Terenganu hingga ke Johor.. Bukan semalam.. berminggu minggu, bawa bekalan untuk 2 minggu.. habis bekalan bererti kena keluar hutan.. tak kiralah hutan simpan atau tidak, janji dapat gaharu… semua gred kami sapu..” ujarnya lagi.

“ kadang sedih juga.. ialah .. pokok yang tiada teras pun di tebang, nie kianat perbuatan pendatang tanpa izin.. sengaja menebang tujuan mereka hanya mahu pupuskan spesis gaharu di Malaysia.. orang Asli dan pencari gaharu di Malaysia, tiada kianat, tak menebang  pokok tiada teras.. dibiarkan matang..” luahan hatinya.

“ Banyak ker dapat setiap kali pergi dan saat yang mencemaskan tak pernah di alami ..” tanya kami.. “ pernah kami dapat 1 pokok Candan, terasnya 40 kg.. tetapi bukan setiap kali pergi dapat, kadang kadang jer.. balik kosong.. kos pembelanjaan pun tak balik modal.. setiap kali pergi keluarkan modal ribu juga.. sekali dapat, tutup lubang yang pergi mencari yang tak dapat.. orang kata jumpa teras gaharu kaya.. kaya tu tidak.. tetapi senang .. allahmdulillah.. “ akuan tulus darinya.

“ paling tak dapat dilupainya.. dikejar Gajah, terserempak Harimau, Ular besar, jika diingat kan semua ini, taubat dah tak mahu masuk hutan lagi.. sekarang dah tak larat dah, tapi hati memang betul betul minat kat gaharu ini… Nasib baik lah sekarang ini, baka baka gaharu dah mula berlambak dipasarkan, boleh menanam dihalaman rumah, buat kebun .. industri gaharu dah bermula di Malaysia .. satu petanda baik.. kepupusan gaharu tidak terancam.. mulanya tak percaya teknologi terkini dapat menghasilkan teras, rupanya anggapan saya silap.. bila saya tengok bukti Gold-Forest pamerkan ini.. saya akui.. teknologi inokulan telah 80% berjaya..” kata beliau.

“ kami orang baru dibidang gaharu ini, tak setanding dengan pengelaman Abg Him..” kata kami.  “ hahahahaha.. siapa kata…? Anak anak semua .. lebih profisional dari group gaharu lain. Factor, keadah mengikut edaran teknologi, ada ilmuan .. menafaatkan teknologi bagi penghasilan teras… group kami tidak, cuma mencari gaharu semula jadi…. Siapa lebih profisional.? tentulah …Gold-Forest.. mencipta keadah penghasilan gaharu secara rawatan.. ini adalah hebat..” kata merendahkan diri.


“ cuba anak anak lihat, rawatan tahun 2005 hingga 2008.. mana bukti yang telah berjaya.. satu pun tiada.. jika dianggarkan jumlah wang pembelian vaksin oleh pemilik pokok daerah ini sahaja yang saya tahu… RM500,000.00.. upah injetions .. bayar asing.. ada pokok yang tumbang, mati dan repuh .. tak sampai tempoh matang seperti di gambarkan oleh pembekal Vaksin.. nak tengok contoh seperti ini, jangan diharap… kayu reput adalah..” tambahnya.sambil menunjuk teras contoh rawatan hasil rawatan kami.

“ Apa dah jadi Kelantan Keridor Depu.. dimana mereka, datanglah , bela nasib kami yang telah ditipu ini. sebagai menyahut seruan kerajaan, agar menanam pokok gaharu spesis tempatan.. kami tanam.. dah masuk lima tahun.. Mereka kata pokok gaharu tumbesaran cepat, rupanya silap.. bukan silap penanaman, tetapi tiada pendedahan keadah penjagaan yang betul, dengan tiada bagi baja.. mana lah pokok nak besar.. nasib baik juga tahun 2009 ada syarikat swasta yang sanggup memberikan khidmat nasihat dan keadah penanaman .. itu pun dari kajian mereka sendiri..” kata Abg Him.

Sebenar kami temui Abg Him ini, semasa singgah minum kat warong.. secara kebetulan ketika melawati pokok gaharu  untuk dirawat, salah seeorang group kami amat mengenali beliau, dia memperkenalkan siapa Abg Him. Beliau mengikut kami hingga ke lokasi dan menlihat sendiri bagaimana kami jalankan inokulasian, disini lah minat kepada gaharu yang telah lama hilang, timbul kembali.


‘ Memanglah harga gaharu sekarang dah bergitu mahal, jika disbanding 10 lepas.. saya dah terlalau banyak ditipu oleh para para broker.. mereka sendiri letak harga lain, cakap kat kami harga lain.. kami betul percaya..  tiap taip tahun broker tukar kereta.. kami masih keadaan yang sama.. 30 tahun lama nya bukan tempoh masa yang singkat.. broker siap rumah banglo.. kami cuma dapat baiki rumah… tu lah sebut sahaja nama gaharu.. hati jadi kelu.. serik ditipu oleh broker dan pembeli..”.

“ ada ker patut dibayar RM 200.00 p/kilo teras bergred double..? lama kelamaan pecah tembelang .. broker jual berganda ganda harga setiap kilogram teras gaharu.. tetapi dah terlambat nak bertindak.. nak dapatkan gaharu pun dah mula sukar.. Cuma dapat lihat broker dan pemborong .. pakai kereta besar, rumah banglo besar.. hidup mewah..kita pencari ini, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. akhirnya tutup operasi mencari gaharu..” keluhan dari Abg Him.

Date : 09/06/2011 ( Khamis )

Seperti yang dijangka Abg Him akan datang menemui kami.. ,memang betul, tepat pukul 4.30 petang Abg Him datang menziarahi .. Lepas solat Asar berjemaah.. sambung lah cerita tentang gaharu.. bergini perangai seseorang player gaharu.. tak duduk diam bila mereka terasa kembali bersemangat… allahamdulilah.
“ saya datang nak dapatkan tunjuk ajar keadah penanaman yang betul, nak minta ajarkan teknik inokulan dah tentu  anak tak sayangkan ilmu tetapi jika nak beli vaksin, dah tentu anak anak tidak akan menjualkan nya..kan..?” perkataan pertama keluar dari bibir nya .. sambil tangan dok mengulung rokok daun.

“ hahahaha .. maaf Abg Hin, sekiranya saya silap cakap, maklumlah saya nie bukannya pandai sangat, ada lagi yang lebih terbaik daripada saya.. saya cuma sekerat kuku jer ilmu, siapa lah saya .. Abg Him…. Bagi saya .. ilmu yang dimiliki ini adalah anugerah, lebih disedekahkan untuk dipanjang panjang pada yang lain.. …kita minum sambil berbual ” kata saya sambil mempelawa nya minum.


‘ hahahaha ..Saya datang ini kerana saya percayakan anak .. ikhlas saya katakan. saya betul akui cara penanaman, keadah serta teknik dan vaksin anak gunapakai.. adalah yang terbaik waktu ini di Kelantan serta amnya di Malaysia . dari pengetahuan saya.. jarang jarang mendengar satu satu kerjayaan yang telah dilakukan oleh group gaharu lain.. kebanyakkan .. indah khabar dari rupa..” katanya.

“ dalam seminggu saya dok berfikir seorang .. ialah mengapa bodoh sangat  serta menyeksakan diri sendiri masuk hutan untuk mencari gaharu.. padahal.. pokok gaharu boleh ditanam dikormesilkan secara ladang .. cara ini lagi baik.. walaupun lambat sikit dapat hasil.. tiada resiko dihadapi.. terlintas dihati saya.. menyesalnya saya.. jika saya tanam 30 tahun lepas.. dah jadi jutawan .. masa tu memang tak terfikir, industri gaharu ini akan mendapat pulangan berganda.. ini lah kesilapan besar saya…. Ini umur dah masuk 58 tahun.. minta minta Allah panjangkan usia .. 10 tahun lagi .. hahahahaha.. nak merasa nikmat hasil gaharu yang ada 100 pokok tu…” katanya lagi.

‘ saya datang nak dapat khidmat rawatan pokok gaharu saya, ikut lah secara apa yang disyaratkan .. saya ikut.. janji tahun ini pokok saya 100 pokok tu dapat di rawat.. tu pun dah ada group inokulan lain tawarkan  nak rawat.. tetapi saya tak percaya.. pertamanya tiada contoh hasil rawatan yang telah berjaya mereka jalankan., keduanya sombong bodoh mereka yang membuat saya lagi tak percaya.. tak seperti anak serta group gold-forest.. tak banyak cakap.. bila hurai sesuatu .. tepat, betul serta tiada sembunyi ilmu.. ini yang membuat saya betul betul percaya…” tambahnya.



“ kita makan goreng pisang dulu Abg Him.. “ pelawa saya. “ awal saya katakan .. kami ini peniaga.. harap Abg Him maklum.. tetapi .. kami memang mengalakkan penanaman pokok gaharu secara kormesil, secara peladang tersusun.. walaupun peniaga .. khidmat nasihat tetap kami susuli agar .. pengurusan, penjagaan pokok yang ditanam terjaga, pembajaan yang sempurna mengikut edaran bulan dari tempoh yang mula menanam.”
“ Inokulan atau rawatan .. sesiapa pun boleh lakukan injection .. orang yang tak belajar pun boleh lakukan dengan melihat cara bagaimana inject ( tebuk ), Cuma .. satu ini lah sukar nak diperolehi .. iaitu vaksin… vaksin banyak di jual, kat Sg Golok, sempadan pun ada dijual… tetapi .. adakah vaksin yang dijual tu dah terbukti berkesanannya..? nie lah yang menjadi soalan dan penyebab utamanya..” uraian dari saya.

“ berjenis jenis vaksin yang telah kami sendiri cuba… malas nak mengingat dan hitung dah berapa jumlah duit .. habis , hangus bergitu saja… pokok pokok yang kami rawat terdahulunya .. sama lah seperti yang pernah Abg Him alami… pokok menjadi reput, berlubang sampai penumbuk pun muat, pokok tumbang dan mati .. akibat vaksin .. nak diproses minyak pun .. memang tak boleh .. 100% vaksin mengandungi mekenikal dan beracun..”  saya menerangkan kepada Abg Him.
“ Siapa yang kaya dulu … Abg Him…?”  Tanya saya… dia tersenyum. “ yang kaya dulunya pembekal vaksin.. 2005 lagi mereka dah kaya raya.. hahahahaha.. dapat duit dari penipuan vaksin yang mereka gambarkan , rekakan cerita.. yang vaksin mereka betul betul berkesan… masuk 2006 .. pokok gaharu yang dirawat.. dok tahaf yang sama.. berlubang, semakin hari semakin besar.. masuk tahun 2007.. mereka bagitahu dahulunya pokok kita akan matang .. dah boleh dituai…. Tetapi membiarkan dahulu.. masuk tahun 2008.. merasa kensangsian dihati saya sendiri.. memang sah tertipu hidup hidup.. pokok yang dirawat … tiada sedikit pun jalinan resin…” cerita saya kepada Abg Him.


“ kita buta ilmu ketika itu.. betulkan .. Abg Him..? kerana terlalu ghairah.. bila  mendengar pokok gaharu dapat dirawat, 24 bulan , boleh dituai.. boleh dijual beribu ribu ringgit 1 kg…. Vaksin pun mudah di dapat .. janji .. vaksin.. beli jer lah.. tak sedar pula, yang vaksin  kita beli tu.. mereka bacuh di belakang rumah jer.. memang niat mereka nak kan duit kita jer..tempoh 24 bulan bukan jangka masa singkat kan..” tambah saya.

“ dari kejadian ini.. saya .. mula bangunkan Gold-Forest R&D Gaharu.. dari dasar kecewa.. dan mahu buktikan bahawasanya … kita boleh bangun kembali walaupun pernah di tipu dan kita boleh dapat vaksin yang terbaik, betul betul berkesan tanpa mengandungi racun dan mekenikal walaupun 01% boleh dicuba ninum.. sah diakui selamat pada kesihatan manusia…Allahamdulillah.. akhir kami berjaya.. ini lah buktinya .. yang seperti Abg Him lihat..” kata saya.. Abg Him tersenyum.

“ kalau bergitu Abg Him.. kami akan pergi melihat pokok gaharu Abg Him.. kita ukur lilit dulu.. untuk menentukan kos rawatan..  ada dua caranya yang boleh di pilih.. satu rawatan secara pawah 30% - 70% ..  kedua rawatan secara usahasama..  Abg Him boleh tentukan cara mana pilihan Abg Him.. .. Tetapi bagi saya .. pilihlah rawatan secara usahasama.. 50% - 50%.. cara ini tiada menyebelahi sesiapa.. pulangan sama banyak.. macamana Abg Him .. setuju…” Tanya saya.


“ hahahahaha .. biar kita sama sama kaya raya kan …? Nie baru betul .. Abg Him setuju.. usahasama.. kalau jatuh .. kedua dua jatuh.. hahahaha..  Insya Allah .. berjaya.. kita usaha, ikhtiar .. ganjaran dari Allah..” kata Abg Him menutup perbualan petang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan