Sabtu, 30 Julai 2011

Kayu Minyak..

Tunggul, Kepala Kayu ,Sarang Semut Dan Batang …!!

Untuk kersempurnaan atau menglengkapkan lagi industri gaharu satu bidang ini jangan sekali kali terlepas pandang jika mahu di panggil sebagai Usahawan Gaharu . Jangan pula memandang sebelah mata sekiranya ada pengusaha yang betul berani menghadapi masalah besar, untuk mendapat bahan bahan mentah.


Agarwood Oil .. atau minyak gaharu … tapi yang lebih arif tentang harga sebenar di pasaran antarabangsa .. Cuma di ketahui oleh para para pengusahaan abstract minyak gaharu, jarang jarang harga di hebuhkan secara umum… Untuk minyak 1 tola dari abstract ini .. masa diperlukan selama 30jam dengan muatan serbuk kayu gaharu 120 kg yang di rebus mengunakan periuk stim yang di reka khas.

Cuba anda jelajahi seluruh Negeri di Malaysia .. anda akan mengetahui jumlah sebenar industri pemprosesan minyak gaharu yang aktif.. kebanyakkan banyak berhenti operasi sementara .. factor utamanya :- Cuma untuk mendapat bekalan bahan mentah semakin sukar.. ini menandakan pokok gaharu liar hampir pupus di Malaysia.





“ Oh .. 120kg  serbuk gaharu .. diproses dapat 1 tola … jual dengan harga RM600.00 .. banyak tu ..” memang ok lah harga tu. Tetapi .. ianya melalui banyak proses, bukan kerja 1 hari dan bukan juga dari kayu gaharu kosong tanpa ada resin .. jika tiada resin bererti tiada minyak gaharu diperolehi dari abstract tadi… dinama nak dapatkan kayu gaharu yang ada resin …?

Gold-Forest R&D Gaharu .. memang ada tagged untuk membina bangunan khas tempat pemprosesan minyak gaharu. Lokasi telah dikenal pasti .. Insya Allah, pada bulan September 2011 sektor bangunan akan di dirikan secara sekadar lengkap sebagai projek asas untuk menutup kelendar 2011. Bukan mahu bertanding atau mahu menunjuk nunjuk pada sesiapa yang berkenaan di bidang gaharu .. ini lah bisnes .. sebagai halatuju masa hadapan.


Setelah menjelajahi setiap pelusuk hutan, Kebun , ladang getah serta pinggiran hutan .. terdapat terlalu banyak jumlahnya Tunggul kayu gaharu terbiar bergitu sahaja, manakala pokok pokok yang telah kami inokulan terlalu banyak .. dengan tujuan untuk mengelakan pembaziran dari membuang bergitu sahaja perca perca kayu gaharu .. lebih ianya di menaafaatkan dijadikan serbuk kayu minyak.


Idea ini disokong kuat oleh pakar pakar pencari gaharu , ianya merupakan satu peluang pekerjaan secara sampingan bagi mereka , peranan mereka ini tidak boleh dipandang ringan .. dari mereka lah segala ilmuan, tunjuk ajar dan pandangan bernas mereka sedikit sebanyak membantu kami mencipta nama di industri gaharu.

Tunggul cantasan ..anak pokok gaharu yang  kebiasaan dicantas bergitu sahaja oleh para para pekebun.. dia akan bertunas .. dicantas lagi .. akhir tunggul sahaja membesar .. dengan sendirinya tunggul ini menjadi stress .. mengeluarkan “ sesguiterpene “ atau damar , Resin tersendiri untuk menutup luka dari cantasan.. terhasilah resin semulajadi pada bahagian luka tersebut. Teras ini juga dipanggil oleh para para pencari gaharu .. teras kepala kayu ..  Ianya akan menghasilan minyak yang banyak jika diproses untuk dijadikan minyak.

Sarang semut ..
 Teras sarang semut juga menjadi perhatian dan kegemaran dikalangan pencari Gaharu, ianya penghasilan minyak yang terbaik berkualiti. Lubang buatan semut semut ini merupakan stress semuajadi, kebiasaanya teras sarang semut di temui di pokok pokok yang berusia 100 tahun, yang semut semut membuat sarang di dahan, pangkal dahan di pokok gaharu.


Batang Pokok Gaharu.
Batang pokok gaharu yang tiada dirawat juga , mampu menghasilkan teras semulajadi, daripada diluka dan patah .. ini membuatkan resin atau damar terkumpul untuk menyembuhkan luka .. Walaupun resin terbentuk dengan jumlah yang banyak , ini juga mampu menghasilkan minyak. Dari kesan cantasan, patah, serkah atau di luka , resin yang tebentuk dikawasan ini di panggil Teras Kepala Kayu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan