Rabu, 1 Jun 2011

Bila Drill mula berbunyi...!!!


Bukan ada niat kami mahu merperkecilkan dan mempersendakan para para group inokulan di Malaysia serta di luar Negara. Kami juga golongan para inokulan juga. Apa yang dicatatan di blog gold-forest R&D gaharu, adalah pendedahan, maklumat , bagi memupuk minat, serta memberi sedikit pengelaman , membuka peluang dan minda kepada para para bakal pengusaha yang berminat untuk memulai asas sebagai usahawan gaharu, mengetahui sedikit sebanyak tentang bagaimana arahnya seperti yang digambarkan penanaman gaharu kearah menjadi jutawan.


Tidak pula kami mengatakan kami adalah yang terbaik, Semua group inokulan adalah terbaik sekiranya menjalankan inokulan serta mengunapakai vaksin yang 100% berkesan dan sekiranya mereka mendedahkan bukti yang sah atau butiran, contoh penghasilan asli dari hasil inokulan mereka sendiri, tiada sekali mempamerkan bukti yang di ambil di luar Negara .. mereka ini adalah termasuk group inokulan terbaik serta jujur dan amanah.

Bagi kami, bakal pengusaha, pengusaha, pemilik pokok, pelabur antara para inokulan, pengedar baka .. ianya seiringan, kedua belah pihak perlu memerlui. Umpama antara peniaga dengan pembeli dan bergitu juga dengan ilmu kergaharuan tanpa pengamal akan berkuburlah ilmu.. selagi di amal selagi itulah ianya akan berkembang, kedua dua akan sama sama mendapat keuntungannya.

Group Inokulan dan Vaksin manakah yang terbaik ..?

Jika soalan ini di tanya pada satu group, mereka tentu mengatakan .. “ teknik kami adalah yang terbaik dari semua group inokulan serta vaksin yang kami gunapakai adalah penghasilan teras secara cepat..”. kata group ini.

Satu lagi group akan berkata.. “ teknik kami lebih terbaik, sapu jer , tak kira keadaan cuaca bagaimana pun , ia nya tetap berkesan “. Group inokulan ini pula .. “ Teknik kami tak dapat ditandingi , terbaik dari semuanya, tak payah injections seluruhan batang pokok gaharu, 1 tebukkan jer, gantung vaksin, penghasilan teras cepat dan berkualiti..”.

Aduhai…. Pelbagai bagai jawapan yang di dengari..  Nak percaya atau tidak.. ini lah yang paling sukar..  Bila pertanyaan di ajukan kepada mereka… “ Tuan, boleh kami nak lihat hasil dari teknik inokulasian pihak Tuan…?”. Lagi hebat.. penerangan mereka..  bila diajukan sekali lagi pertanyaan. “ maaf tuan, kami ini baru dalam bidang gaharu nie, tetapi dari pengelaman kami yang cetek ini, kebiasaan .. jika tempoh rawatan 6 bulan, dah nampak jelas jalinan resin.. tetapi ini mengapa tiada kesan pun jalinan resin, hanya setompok satu tempat jer..?”.

“ jalinan resin masih baru En… lagipun 24 bulan baru resin matang…” kata mereka, tetapi kelihatan peluh mula membasahi muka … “ ini contoh dari kajian, tak berapa elok jalinan resinnya, yang betul betul cantik, sayang nak dipotong, ada kat pokok, jika nak pergi hari , dah tak sempat.. jauh En..”.

                                             Salah satu teknik yang diamalkan oleh gold-forest.

“ Kami adalah yang terbaik.. vaksin kami, sapu jer, tempoh 6 bulan  dah boleh diproses untuk kayu minyak.. boleh diambil ansur ansur setiap 6 bulan sekali…”: kata yang satu nie… “ tuan… ini bukan cara kami tuan.. kami mahu sepokok ditebang sekali gus, kedua dua keadah boleh, untuk diproses menjadi minyak boleh dan teras pun boleh..” kami bagitahu mereka.

“ ini teknik kami .. teknik pengantungan Vaksin ( seperti berada didalam hospital , di masukkan air melalui tiup ) tak payah inject beratus lubang .. Tuan .. ini lah yang terbaik dari semua teknik inokulan.. cuma kami yang gunapakai teknik nie..” kata yang ini pula. “ tuan.. harap maaf ..jika mengikut factor secara logic .. cecair yang dimasukkan secara buatan .. ianya tidak akan menyerap keseluruhan tisu dan floam pokok. Lebih lagi dengan teknik satu lubang yang tergantung ditengah tengah batang seperti ini, dari kajian kami, penyerapan mengalir cuma 6 inci dari lubang tuangan keatas.. di bahagian bawahnya tiada jalinan resin terjadi..ini bererti resin hanya terbentuk didalam lingkongan 6 inci sahaja..”. penjelasan dari kajian kami.

Tip Inokulan ( Injctions strain - stress )

Walaupun Vaksin yang memainkan peranan penting dalam penghasilan resin gaharu, teknik teknik inokulan juga tidak kurang penting bagi menghasilkan teras yang berkualiti, bentuk serta sais teras gaharu. Pengkajian paling awal ialah mengenalpasti bahan bahan yang terdapat didalam pokok gaharu. Pokok gaharu terdiri dari pada karbon C15 – C15 , Tisu , Floam, resin * damar atau teras (“ sesguiterpene “ cecair yang mengeluarkan aroma) . 



Sekiranya inject ( tebukan dilakukan tidak teliti ) ianya akan meninggalkan kesan kerosakkan yang serius, yang pasti teras yang terhasil juga rosak teruk. Tanpa teknik yang betul, kesan tebukan akan berlubang semakin luas. Untuk mengegah dari berlakunya kerosakkan seperti ini, teknik close ( penutup di cipta ) , dari teknik ini terhasil satu pencapaian amat membanggakan setakat ini.

Vaksin ( Allergic )

Tiada di nafikan pelbagai jenis cecair Vaksin dipasarkan oleh para pengeluar, yang kebanyakkan dibawa masuk dari Negara jiran. Ini lah menjadi masalah besar yang dihadapi oleh para inokulan, vaksin vaksin walaupun di lebelkan telah mampu menghasilkan teras gaharu berkualiti, tetapi kesahihannya sukar dibuktikan oleh para pengedar vaksin ini sendiri, kerana mereka semua adalah peniaga bukan dikalangan para pengusaha perladangan gaharu.


Pemilihan vaksin mesti tepat, jangan sekali mengikut apa yang di gambarkan tanpa bukti yang kukuh, tentang berkesanananya.:-

 Vaksin ( Cecair Allergic )
1)      Asid Organik ( bebas dari bahan kimia )
2)      Mengandungi molekul halus
3)      Bertindak ( Menyerap ) kadar yang cepat antara 3-10 minit.
4)      Menggangukan Selulos pokok
5)      Bertindak sebagai Anticell selulos
6)      Tujuannya :- Pokok gaharu akan mengeluarkan resin melalui proses “ sesguiterpene “ jumlah yang banyak.
  • Proses ini mengandungi Aroma bagi mengawal pokok dari bahan bahan beracun.
  • Di ingatkan .. walaupun pokok gaharu dapat menyahkan racun, kesan sampingan tetap akan, dan tetap berbahaya kepada kesihatan.
  • Pemilihan Vaksin : Bahan Bahan rumusan dari pati ( Micro ) buah buahan dan tumbuh tumbuh ,  vaksin pilihan yang terbaik ketika ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan