Khamis, 28 Julai 2011

Gaharu oh Gaharu ..!!!!

Ramai daripada masyarakat yang berminat di bidang pertanian, boleh dikatakan 80 % dari semua golongan mempunyai asas pertanian. Ada yang bertani secara penuh masa, ada pula sebagai hobi dan ada pula yang suka meniru tabiat orang lain.

Tak kiralah apa yang mereka tanam .. ianya satu perkara yang baik .. Dalam aspek pertanian melalui keadah, teknik serta teknologi terkini diperkenalkan atau di ciplak dengan tujuannya untuk memajukan pertanian .. keputusan berjaya atau tidak .. bukan kuasa kita.. semuanya dari Allah jua. Tetapi segala usaha serta ikhtiar mereka , sudah boleh dianggap satu kemajuan  sifat adanya semangat keberanian mereka mencuba.

Bila agensi agensi kerajaan turun padang bersama sama masyarakat .. memberikan paduan, memperkenalkan teknik , teknologi bagi menaik taraf industri pertanian Negara, ianya merupakan satu galakan , binbingan khusus bagi mertabatkan supaya para pertani tiada putus asa walaupun percubaan mereka yang pertama gagal.

Desas derus dari petani kadang kadang ada di dengari .. perkara paling utamanya yang menjadi rungutan .. bantuan , subsidi dan pinjaman. Dan pihak kerajaan pula .. kemungkinan terlepas pandang atau di sengajakan tidak menilai bidang pertanian apakah yang betul betul dapat merubah status para petani.


Mengapa tanaman pokok gaharu mula merebak di Asia Tenggara …?

Kita rujuk kembali suara suara sumbang di tahun 2005… “ nak tanam pokok gaharu … hahahaha .. tak masuk akal .. pokok sebesar 4 pemeluk pun tiada berteras .. ini pula nak ditanam ..” . “ yang masuk hutan gi cari gaharu .. itupun satu hal .. bukan nya dapat .. tak pernah terdengarnya orang kaya kerana gaharu ..”  “ pokok gaharu boleh dirawat untuk menghasilkan teras … husss .. satu kerja gila .. bunyi khabar .. kos rawatan sepokok ribu ribu RM .. daripada membazir duit, dok angan angan perkara yang belum tentu .. banyak tak payah …”.ini lah ucapan yang kami dengar dari tahun 2005 – 2008.

Dan suara ucapan ini masih kedengaran sehingga hari ini … tak mustahillah mengapa para petani melayu terus kertinggalan sehingga hari ini .. Cuma yang betul memahami, betul menggunakan akal, luas pengetahuan yang telah menjadikan pertanian satu punca kewangan mereka.. jatuh bangun pun mereka tiada mengenal erti kalah.. kelompok ini sahaja yang berjaya.


Sejarah perdagangan gaharu bermula seawal abad ketiga direkod dalam tulisan Wa Zen dari Dinasti Wu. Wa Zen menceritakan dalam tulisannya bahawa gaharu diperolehi dari Vietnam. Apabila penemuan gaharu di temui di Vietnam, perdagangan gaharu pun bermula dan merebak di seluruh Asia Tenggara , termasuklah di tanah Malayu yang dicatatkan oleh Manakala daripada tulisan Musyi Abdullah pula mengatakan bahawa perdagangan gaharu, rempah ratus bermula di zaman kesultanan Melayu Malaka, dimana gaharu memperolehi dari pada orang darat * asal atau penduduk tempatan..

Era 90 an .. Spesis gaharu mula menjadi kegilaan para petani di negara Negara Asia tenggara.. apabila ianya di sokong oleh University of Mannisota mendapati pokok gaharu, daripada spesis terpilih boleh di tanam serta di rawat untuk penghasilan teras gaharu dalan kuantiti yang banyak dan bermutu tinggi dalam tempoh masa 10 kali lebih singkat daripada penghasilan gaharu secara semula jadi.

Penawaran atau perdagangan gaharu hanya 20% berbanding keseluruhan permintaan. Keadaan bertambah menruncing kerana permintaan semakin meningkat, sedangkan penawaran semakin susut. Memandangkan situasi ini maka timbullah ideal untuk menanam spesis pokok gaharu secara komersil dengan keadah rawatan teknologi injection. ( Nanoteknologi )  Satu-satu teknologi rawatan mempercepatkan penghasilan Teras oleh pokok gaharu, tempoh masa 2 tahun dari tarikh rawatan di lakukan.

Bila kerajaan Negeri melancarkan Kelantan Keridor Depu … satu perubahan baru mula melanda di Kelantan .. yang di sudah diketahui negeri Kelantan salah satu negeri yang mempunyai jutaan pokok gaharu yang tumbuh liar di antaranya spesis Aquilaria Malaccensis lamk dan Aquilaria Hirta yang tersedia ada… serta lambakan spesis spesis dari Negara jiran menaikan lagi ranking .. Kelantan terletak nombor 1 antara penanaman gaharu  terbanyak di Malaysia.

Walaupun jalan sukar untuk memupuk semangat atau pembaharuan sifat agak pokok gaharu ditanam secara komersil, ianya akan berhasil melalui dedahan daripada pihak berwajib, para para pengamal teknologi serta dikalangan para para pengusaha yang telah berjaya .. tetapi bila melibatkan kewangan yang besar mereka perolehi dari hasil jualan gaharu .. ini lah puncanya mereka sembunyikan bahawa pokok gaharu merupakan asset pelaburan jangka masa sedarhana yang telah terbukti.

Islam Wajib Kaya .. jika ini menjadi pegangan .. hebahlah rahsia ini .. sama sama masyarakat utamanya kaum melayu .. kaya raya melalui hasil dari jualan gaharu yang ditanam. Kita mempunyai tanah pribumi, tanpa mengira seluas mana kita miliki .. sama kita majukan industri gaharu .. tak mustahil tahun tahun akan datang Malaysia menopoli pengeluaran gaharu di Asia Tenggara..

Tanah di Malaysia amat subur .. memang sesuai untuk ditanam dengan pelbagai spesis gaharu .. yang tumbuh liar di kebun kebun, dusun dusun serta dipinggiran hutan di atas tanah hak milik .. jagai lah .. ianya merupakan satu anugerah tanpa kita sedari sebagai asset pelaburan yang akan memulangkan rezeki yang berganda.


Jika dibandingkan diantara semua bidang pertanian .. industri penanaman gaharu mula mendapat juga mempunyai peminat tersendiri. Rata rata peminat gaharu mengakui penanaman pokok gaharu mempunyai potensi sebagai satu pelaburan jangka masa sederhana .. Semua spesis gaharu yang ditanah atau yang tumbuh sendiri tiada bermasalah dari serangan musuh tanaman.

Pertambahan penanaman yang diusahakan secara kecil kecilan , sekurangnya ada yang menanam 200 pokok di sekitaran halaman rumah , tak kurang juga mampu mengusahakan tananam ini dengan keluasan minima ekar dengan muatan 2000 pokok pelbagai spesis… ada juga menanamnya secara diam diam .. kemungkinan kerana malu kerana terlepas cakap sebelum ini “ tiada mendengar, dah kaya tanam gaharu ..”.

Bergitu juga pelaburan rawatan  keatas pokok yang tumbuh liar .. tahaf kesedaran di kalangan masyarakat mula bertambah .. Mereka mula berani menghadapi reziko jika dibanding kan sebelum ini.. ada yang sudah sanggup mengeluarkan modal untuk khidmat inokulan ..

Mengapa bergini terjadi …?
  1. Dedahan oleh pihak pihak berkenanan
  2. Tiada sembunyikan factor
  3. Bukti yang kukuh dari hasil kajian
  4. Peranan utama sebagai contoh oleh para pengamal inokulan.
  5. Kerbekesanan Vaksin ( Cecair pengalak resin yang digunapakai )
  6. Semangat baru yang disokong oleh para pengusaha Industri gaharu .
  7. Dan sifat amanah dan kejujuran dikalangan para para inokulan.

Satu soalan yang timbul … Nak di jual kemana …?

Pengeluaran Gaharu di Negara kita .. hari ke hari semakin menurun .. pengeluaran akan terus menjunan 15% saja di keluarkan di jika dibanding dengan Negara jiran .. Usaha untuk menaikan pengeluaran gaharu di Malaysia .. sudah terlewat .. kecuali 10 – 15 tahun akan datang, setelah para para pengusaha yang terdahulu terus mengusahakan ladang gaharu mereka dengan sempurna. Jika ini berjaya … peningkatan pengeluaran keseluruhan 25% sahaja, masih lagi tiada dapat menampung permintaan perdagangan antarabangsa.

Bagi pemprosesan minyak gaharu .. setiap negeri di Malaysia .. sekadar 2% kilang kilang yang dibina khusus untuk astrak minyak .. dan mereka mengesport minyak gaharu keluar Negara melalui Negara ketiga. Memang jelas jika diselidiki .. minyak gaharu tiada dapat menampung semua pemintaan .. factor utamanya :-
  1. Sumber
  2. Kekurangan kayu gaharu untuk diproses
  3. Tiada kemahiran serta kepakaran
Pencipta minyak wangi peribadi memainkan peranan besar kepada longgakan pemintaan minyak gaharu , usahawan tempatan pula giat menghasilkan bahan bahan yang berasaskan dari pokok gaharu .. kosmetik, Teh , sabun dan pelbagai lagi, manakala dari air astrak minyak mempunyai pelbagai bagai khasiat tersendiri. Permintaan asaskan gaharu mula di bertambah , suatu ketika dahulu gaharu hanya diminati oleh kaum Arab, kini Negara di Eropah, Jepun , China mula mengetahui gaharu merupakan pokok yang berharga serta mengandungi bahan bahan yang dapat dijadikan perubatan.

Amnya memang dikatahui umum .. minyak astrak gaharu berkualiti tinggi, nilainya sukar ditandingi dikalangan pokok aroma lain .. bau daripada gaharu dapat bertahan lama, bau tetap manis walaupun seharian di pakai.

Ini adalah peluang yang terbuka bagi penduduk di asia menambah penanaman pokok gaharu secara lebih komersil .. Di Asia mempunyai tanah yang subur serta amat sesuai di tanam secara kecil kecilan dan perladangan, tak mustahil penanaman gaharu boleh di anggap tanaman kemoditi Negara., juga boleh dianggap projek pertanian jangka masa sederhana. Pelaburan inokulan dapat di tuai hasilnya dari 2 – 4 tahun, manakala perladangan pula jangkamasa 6 – 8 tahun. …Tepuk dada Tanya selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan