Ahad, 17 Julai 2011

Gaharu ku tanam

Sekarang dah masuk bulan June, bulan yang amat sesuai untuk memulai penanaman gaharu dengan keadaan cuaca yang lembat, hujan mula turun setiap minggu. Dalam keadaan cuaca bergini ianya dapat mengelak dari akar anak benih menjadi terlampau kering, yang paling utamanya pengalian lubang penanaman mudah kerana tanah sentiasa basah.
Tempoh 3 bulan dari tarikh penanaman, anak benih akar mengeluarkan akar baru, dah mula mengeluarkan pucuk, bergitu juga tempoh 3 bulan akan datang.. Musin hujan bermula dari bulan November – February kebiasaannya.. dalam tempoh 6 bulan anak benih sudah dapat bertahan menghadapai cuaca ( alahan ), anak benih mempunyai akar akar jari yang muda yang banyak.

Peringkat 1
Persiapan tapak ladang

Pembersihan tapak kebiasaan dijalankan pada bulan march – april musin kering, kemudahan untuk pembakaran, merata tapak atau sebagainya mengikut citarasa para pengusaha. Pembakaran semak samun yang ditebang lebih baik dari ditambus, ianya boleh mengelak dari serangga anai anai bersarang di tapak ladang.

Sistem pengalian lubang penanaman, pelbagai bagai keadah boleh dilakukan, utamanya jarak antara lubang , kebiasaannya 7 x 7 kaki, lubang tanaman 1 x1 x 1 kaki. Sebolehnya siapkan lubang lubang penanaman terlebih dahalu serta isikan baja asas berbentuk baja ogarnik ( tujuan nya untuk pengalakan pembiakkan cacing akan memgembulkan tanah ).

Jika tapak penanaman di takungi air, sistem peparitan amat di perlukan bagi mengelak air bertakung lama di tapak penanaman, ianya akan menyebabkan anak pokok yang baru ditanam mati ditengelami air. Elakkan penanaman pokok gaharu di tapak dengan keaadaan tanah berpasir ( masin ) dan tanah ditakungi sepanjang musin.

Peringkat 2
Pemilihan baka
Anda boleh memilih salah satu baka dari kelompok genus aquilaria , spesis import atau spesis tempatan… jika mengikut kajian kami .. semua spesis Thymalaeaceae tak kira import atau baka tempatan adalah pilihan terbaik, tetapi ada perbezaannya amat ketara, iaitu tumbesarannya, disegi penghasilan teras melalui teknoligi inokulan semuanya berkualiti tinggi.


A.Sub-Intergra , A.Crassna dan A.Agalocha Roxb ( spesis import * tisu culture) ini terlalu cepat tumbesarannya dijika dibandingkan A.Malaccensis Lamk dan A.Hirta ( Baka tempatan * anak bijih ). Kebiasaannya pemilihan baka ini dilakukan oelh para pengusaha mengikut pengkiraan sendiri serta mengikut keadaan dan spesis yang mana mudah di dapati dipasaran. Sais baka pula anda boleh memilihnya, banyak sais sais kertinggian anak benih berada dipasaran, dari 1 ½ - 2 ½ kaki sehingga 5 kaki tinggi dengan harga berbeza beza  dari harga RM3.50 sepokok .

Peringkat 3
Penanaman.
Setelah persiapan semua dilakukan, penanaman boleh dimulakan, yang lebih terbaik memulakan penanaman sehari setelah hujan turun.  Gold-forest R&D Gaharu mencuba satu keadah pembajaan, baja mengandungi 100% organic dari sekan padi yang dibakar sebagai baja asas. Sekan padi yang dibakar di masukkan kedalam lubang tanaman, dengan teknik menambus seluruhan lubang tanaman tanpa mengunakan sisa tanah yang digali.

Contoh Penanaman :-
Lubang penanaman





Teknik ini memcepatkan pengalakan akar serta benih gaharu bergitu cepat mengeluarkan pucuk baru . Teknik penanaman percubaan ini amat menjimatkan kos pembajaan serta menghasilkan keputusan amat memuaskan., tempoh yang amat singkat pokok gaharu yang ditanam dengan teknik bergini pulih, tiada alahan, kelembaban sekeliling akar sentiasa cukup.

Dengan keadaan sekeliling sentiasa gembul, lembab serta dapat menyimpan air, sekan padi bakar juga merupakan baja bertahan lama. :-

1)      Mengekal kelembapan
2)      Pengalak akar
3)      Gembulkan kawasan akar
4)      Bertindak sebagai baja
5)      Bertahan lama

Dari kajian kami, dari semua spesis pokok yang di semai dan ditanam dengan keadah ini terlalu cepat tumbesaran serta mengeluarkan buah yang berkualiti, contohnya pokok kelapa sawit. Ada dikalangan pengusaha ladang kelapa sawit yang sebelumnya memeprolehi hasil buah yang sedikit, tetapi setelah ladangnya ditambus dengan sisa abu sekam padi, jumlah penghasilan buah berlipat ganda

             
Menggunakan sekam padai bakar sebagai bagai pembajaan ,, inilah hasilnya pokok longam ping pong ini berusia 1 ½ tahun sudah mengeluarkan buah yang pertama kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan