Ahad, 1 Mei 2016

GAHARU MICROLOGI… Kita Wajib Tahu..?



Salam semua., Oh, dah berapa bulan tak terbikan catatan dan artikel mengenai gaharu, sibuk sesibuknya pelbagai-bagai hal tak bersangkutan dan bercampur perkara yang telah menjadi kerjaya. Kunjungan tetamu tak putus-putus sentiasa datang berkunjung dan sudah pasti kita bersedia jawaban-jawaban yang kebiasaan bermain-main di fikiran tetamu. Ada pertanyaan yang menyenangkan, ada soalan yang agak sukar untuk dijawab dan ada pula permintaan disuarakan, tetapi, tidak dapat di tunaikan.


Catatan terbaru kali ini, perkara paling utama pembentukan gaharu yang akan dihasilkan melalui cecair ciptaan yang mampu mecederakan dan dicederakan dalaman keseluruhan pokok gaharu. Sebut sahaja cecair pembentukan gaharu.. kikiki, kejap-kejap terasa kecut perut, kecut perut tentang harga, itu jatuh ke nombor dua, nombor satu nya, keserasian atau tidak, mampu atau tidak mecederakan dalaman keseluruhan pokok gaharu yang akan kita inokulasi nanti, kikikiki.. mula lah tergaru-garu ditempat yang tak pernah gatal.



Rasa-rasanya mahu tutup buku, menunaikan khidmat inokulasian atas permintaan pengusaha-pengusaha ladang gaharu di luar Negeri. Jika dengar dari percakapan agak senang jer, selesai inokulasi, balik dan 3 atau 4 bulan datang checking jalinan resin. Dia orang mungkin menganggap pembayaran setiap kali inokulasian, untung besar agaknya, sesekali group penginokulasian keluar memberikan khidmat inokulasian, saya terpaksa keluarkan kos sejumlah 3K hingga 4K, jika 3 trip setahun 9K entah kemana. Ke lokasi satu ini, saya telah berulang kali pergi, kalau tak silap saya, 6 kali, setelah di kira kos yang telah saya keluarkan sejumlah RM20,000.00 , berbaloi ker, Mana harga cecair pembentukan gaharu, mana keuntungan urusniaga..? Bila kita terlewat pergi, buat-buat janji bohong katanya nak rawat pokok lagi, dengan kelengkapan sarat di isi, bila tiba kat sana, tak mahu merawat walaupun sepokok. Saya terpaksa menanggung kos upah pekerja penginokulasian, kos minyak, servis kenderaan, makan minum dan penginapan tanpa ada kerja, jika dia terasa, lebih lagi lah kita, bila berurusniaga tanpa ada untung.



Sebelum saya catat panjang lebar, hurai serba sedikit dari pengelaman cetek ini, maklumlah saya bukan pengiat gaharu tersohor, bukan terhebat, sekadar hebat pada diri sendiri, saya cuma gemar mengkaji sesuatu berkaitan apa-apa bidang yang saya ceburi. Orang tua-tua berkata, tiada kegagalan tiada pula kejayaan, kegagalan lah mengajar kita berwaspada, teliti setiap segi dan setiap usaha kita lakukan Allah jua yang menentukannya. Hari ini kita alami kerugian kerana usaha kita, sebenar Allah anugerahkan rezeki melalui pengelaman kita yang tidak ternilai dengan wang ringgit.



Pengelaman kegagalan lampau akan mengajar kita berhati-hati, tetapi, adakah kita bersedia menghadapi kermungkinan, menempuh pelbagaian masalah apabila kita bersedia menjalankan kajian tentang penghasilan gaharu micrologi, atau penginokulasian dan adakah ilmu yang kita miliki sudah cukup mengatakan kita telah hebat..?. Kebanyakannya penginokulasian hanya mengikut apa yang didengari atau gambar gembul yang di perolehi daripada mantan-mantan pengiat penginokulasian yang pernah gagal menjalankan penginokulasian, cerita kisah-kisah impian gembira mereka dan jarang-jarang dikalangan mantan pengiat penginokulasian ini meceritakan kisah-kisah mengapa mereka gagal dalam bidang penginokulasian.



Rata-rata mantan-mantan pengiat penginokulasian membeli cecair-cecair pembentukan gaharu daripada luar Negara, yang telah atau boleh dikatakan berjaya menghasilkan gaharu melalui teknologi. Ada yang mengimport dari Thailand, China, Myanmar, Vietnam dan daripada Negara-negara lain di Asia. Serta, pelbagai-bagai teknik inokulasi dibawa masuk ke Malaysia bersama teknik-teknik inokulasi mengikut arahan gunapakai dari pembekal cecair pembentukan ini. Harga-harga cecair pembentukan dijual pelbagai-bagai harga, RM350.00 1 liter, ada berharga RM450.00 1 liter, ada berharga RM500.00 1 liter dan bamboo stick dijual satu paket 100 bilah dari RM150.00 sehingga RM200.00 dan ada juga menjual cecair pembentukan mengikut gred A, B dan C. (kikikiki, tektik ini cuma pembekal yang tahu apa yang tersurat).
 


Sekiranya perkara ini, senang, kacang jer, kesemua kalangan penginokulasian dan pengusaha terdahulu telah bergelar JUTAWAN, kikiki.. termasuk lah saya salah seorang daripada mereka, jutawan air liur .. kikikiki. Tetapi, perasan pula saya ini masih hebat, masih kekal sebagai pengiat, masih bergelar pengusaha ladang gaharu, mampu menghasilkan cecair pembentukan gaharu dan bergiat aktif walaupun pengiat seangkatan berpaling arah ke bidang lain. Punca utamanya, saya gemar dan aktif menjalankan kajian demi kajian tentang Patologi, bakteria fungus, keserasian, mengkaji bagaimana pembentukan gaharu semulajadi terbentuk  dan mencari punca utama kesilapan mengapa terjadinya kegagalan.



Kita berbalik topic cecair pembentukan dan keserasian tadi. Kajian saya tertumpu pada keadaan cuaca dan mengapa cecair yang dibeli dari Negara jiran gagal menghasilkan pembentukan setelah digunapakai pada pokok-pokok gaharu di Negara kita., ada sesiapa boleh bagi jawaban ini..?. Saya bukan pandai sangat dibidang sains, kajian pun saya lakukan secara orang kampong, kalau nak dibandingkan Staf-staf FRIM, IPTM dan serta syarikat berkeliber, kajian-kajian laporan mereka jauh canggih daripada pengiat tidak seperti kajian saya jalankan, yang serba kekurangan maklumat, kelengkapan boleh dikatakan terhad. Tetapi, bila ada kemahuan disini lah ada jalan dan tetap tabah memecah segala huraian.



Ini adalah pendapat serta pandangan saya, (Antara Negara pembekal Cecair pembentukan dan Negara Penguna) Faktor kegagalan utama adalah kerana perbezaan cuaca, diikuti dengan tidak ada keserasian cecair, tersilap teknik inokulasian, kekurangan sukatan cecair pembentukan dan seterusnya pengaliran tidak sempurna penyerapan cecair. Kita tidak mengkaji secara awal adakah cecair pembentukan yang dibeli dari Negara jiran adakah sesuai digunapakai pada spesies yang tumbuh dinegara kita dan digunapakai pada pokok yang ditanam di Malaysia yang beriklim ada sedikit perbezaan dari Negara pengeluar.



Ia nya merupakan satu kesilapan besar dimana pengiat-pengiat penginokulasian terdahulu gagal penghasilan pembentukan gaharu dan teknik inokulasian juga memainkan peranan penting yang menyumbangkan kecederaan menyeluruh pada pokok gaharu. Selain daripada factor-factor lain keserasian cecair pembentukan, dos cecair tidak boleh dianggap perkara remeh atau sekadar memandai apa yang ada atau menganggap semua cecair pembentukan boleh digunapakai. 



Apabila mengunapakai satu-satu teknik inokulasi, kita wajip mengetahui tahaf mana pengaliran penyerapan, pembiakan fungus akan berlaku dari antara lubang yang digerudi, contohnya, yang mengamalkan teknik infuse. Untuk mengelak kemusnahan teruk dipermukaan lubang injections, mata gerudi bersize kecil serta pvc disumbat sebagai penyaliran cecair daripada cecair meleleh di permukaan lubang. Teknik-teknik bergini telah dilakukan oleh para-para pengiat terdahulu dan masih lagi diamalkan, kalau mengamalkan teknik yang sama, mengapa masih tidak berjaya membentuk gaharu..?.

  
Itu lah betapa pentingnya keserasian cecair pembentukan yang dituang pada pokok gaharu. Sekiranya percubaan tidak berjaya pembentukan, kita boleh gunapakai teknik-teknik inokulasi selain daripada infuse, contohnya, teknik bamboo stick dan teknik yang agak sama dengan teknik Infuse, iaitu teknik ICU, teknik yang mengamal pengantungan jumlah sukatan muatan cecair sejumlah yang besar untuk 1 lubang sahaja (teknik mengikut citarasa setiap penginokulasian).

Catatan-catatan blog saya sebelum ini, rasa pernah saya huraikan tentang pembentukan gaharu membentuk hingga ke ranting-ranting melalui teknik buatan ini. Kerana keserasian cecair dan ketepatan teknik digunapakai ianya mampu menghasilkan pembentukan gaharu terbaik, malah ianya mampu terbentuk di luar jangkaan kita dan seboleh-bolehnya lakukan penginokulasian ketika musin kering. Tujuan penginokulasian di waktu musin kering, bagi mengelak kerosakan teruk dipermukaan lubang gerudi dan kekurangan dos cecair apabila bercampur air yang disedup oleh akar.




Sebelum mengunapakai mana-mana jenama cecair pembentukan, kita wajip mengetahui, tahaf mana penyerapan cecair yang akan gunapakai yang akan dituang setiap lubang gerudi, contohnya, muatan isian 1 botol 500ml berapa kaki ianya mampu menyerap, yang paling utama teknik inokulasian yang serasi, pilihan teknik-teknik inokulasian yang sesuai menjadi satu kewajipan. Sekiranya tersilap anggaran terpilih teknik inokulasian tidak kesesuaian, kita akan mengalami kerugian, masa, tenaga dan kos penginokulasian.

Walaupun sehebat mana jenama cecair pembentukan kita gunapakai, kalau tidak ada kesesuaian, pembentukan gaharu akan juga terhasil, tetapi, disebahagian disekelilingan lubang gerudi sahaja yang akan terbentuk, atau pembentukan tidak akan terjadi secara menyeluruh. Faktor-faktor bergini jarang-jarang penginokulasian mengambil tahu atau memandang factor-faktor sebergini sebagai perkara remeh. Perkara seberginilah yang telah terjadi di masa lampau, penginokulasian terdahulu mengalami mimpi nyeri, kegagalan demi kegagalan yang mereka alami, kegagalan parah membuat semangat juang mereka patah.


Berkali-kali saya catatan di blog saya, saya bukan pengiat mahir dan tersohor, apa yang saya catatkan, artikel-artikel yang saya terbikan, semuanya dari pengelaman praktikal, factor-factor yang saya temui semasa melakukan kajian pembentukan gaharu secara buatan. Saya gambungkan andaian-andaian ini, teori-teori bagaimana pembentukan berlaku, peranan fungus, laporan botani, kandungan apa yang berada didalam pokok gaharu, laporan-laporan  kajian serta pengelaman-pengelaman kegagalan pengiat veteran.

Sekiranya maklumat ini, anda merasai ianya boleh digunapakai, anda boleh meneruskan kajian dan sekiranya ianya satu cacatan merapu.. kikikiki, abaikan, tetapi, bagi diri saya, saya masih tidak menemui kepuasan hati melakukan kajian demi kajian tentang meupgrade cecair pembentukan cecair pembentukan ciptaan saya. TQ.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan