Ahad, 1 Mei 2016

GAHARU MICROLOGI… Dah Sifat Pekak Badak.



Kita sambung catatan yang memeningkan kepala sambil mengkaji pembentukan gaharu melalui patologi akibat serangan Fungus atau kulat. Terlebih dahulu, saya minta maaf sekiranya catatan kajian yang saya catatkan ini, terdapat pelbezaian atau jauh menyimpang daripada laporan kajian yang telah di laporkan oleh pakar-pakar IPT, badan berkanun serta para professor yang telah di iktiraf sebagai pengkaji tersohor. Kikikiki. (Gelaran tersohor tu, kau ambil lah, aku tak kisah tak dikenali pun, janji berjaya pada diri sendiri). maklumlah, saya ini cuma pengkaji perkampungan tiada mempunyai apa-apa ijazah, tiada iploma saintis, bukan ahli batoni serta tidak bertauliah dibidang kajian gaharu Micrologi, kalau nak dibandingkan dengan dia orang, jauh panggang daripada api.


Kemungkinan saya di anugerahkan semangat yang tinggi, mempunyai sifat semulajadi, pantang mengalah, tak gemar berhujah, sering melakukan kajian keseorangan dan salah satu sifat, suka mengamalkan sifat pekak-pekak badak, orang mengatakan apa pun, saya buat tak kisah. Yang saya tahu, berusaha, serta melakukan kegilaan mengkaji bagaimana punca terbentuknya gaharu. Hasil kajian, tujuan utamanya membetulkan kesilapan kegagalan lampau dan ingin salurkan khidmat penginokulasian kepada para-para pengusaha ladang gaharu, (Ada yang ingin beli cecair pembentukan ciptaan, saya jual, kalau tak ingin, kikikiki.. saya tak rugi pun), dan, agar sama-sama menikmati hasil dari penat lelah yang kita usahakan selama ini.



Bila melbatkan kajian, yang pasti kos untuk menanggung segala-segalanya memerlukan wang tunai, kita tidak mempunyai dana khusus untuk menampung kajian kita. Setiap satu kajian belum pasti menjaminkan keputusan terbaik, kegagalan demi kegagalan kita akan temui dan bukan tempoh masa yang singkat kita memperolehi kejayaan. Untuk mengenalpasti hanya satu spesies fungus atau kulat manakah yang mampu mecederakan keseluruhan dalaman pokok gaharu, bukan perkara mudah seperti di laporkan. Kajian ini melibatkan tempoh masa bertahun-tahun, bagi mengenalpasti keserasian fungus dan tempoh masa pembentukan terhasil daripada serangan spesies fungus ini.


Ini laporan daripada kajian priktikal saya, Jangkitan bakteria fungus-fungus (kulat) melalui lubang gerudi ini akan mecederakan dibahagian penyerapan atau dalaman batang pokok gaharu. Pada awal kajian saya, saya tertumpu pencarian bekteria-bekteria yang mampu menghasilkan fungus berkeadaan berbentuk cecair, bersih bebas dari bahan-bahan kimia, yang mampu mengeluarkan kestabilan aroma asli dan keadah cepat bertindak balas, cepat penyerapan, kestabilan titisan cecair, berasaskan nano teknologi dan menilai teknik inokulasian yang serasi gunapakai cecair pembentukan yang dicipta. Satu artikel melaporkan pembentukan gaharu terhasil bukan terdiri daripada spesies fungus tertentu.


Mengenal pasti teknik inokulasian yang serasi dengan cecair pembentukan (vaksin) perkara paling utama, berapa kaki penyerapan akan berlaku dan berapa lama penyerapan akan berlaku dengan sukatan atau isian cecair di bekalkan. Setelah inokulasian selesai, rasa-rasa tidak sabar menanti untuk menjalankan ujian penilaian jalinan resin tempoh 3 bulan. Saya sediakan 1 pokok dikhaskan sebagai ujian setiap bulan, akan dikorbankan untuk menilai keputusan jalinan resin, menilai penyerapan keseluruhan atau tidak, pernilaian ketebalan resin, dibahagian mana resin berbentuk padu dan warna resin terjadi tempoh rawatan 3 bulan dan 6 bulan.  


Kita semua kemungkinan telah belajar dan telah memahami bagamana penting peranan bakteria fungus (kulat) berkerja, membiak serta menyerap dan bagaimana cecair terperniod yang berada dalaman batang pokok gaharu membentuk oleresin. Kemampuan bakteria-bakteria fungus (kulat) ini, berjaya menghasilkan gaharu berkualiti, bebas daripada bahan-bahan kimia, netural, berasaskan organic dan hasilnya selamat di gunapakai tanpa was-was. Setelah bakteria-bakteria ini di suntik atau dituang melalui lubang gerudi atau mecederakan melalui buatan, penilaian asas boleh kelihatan pada pemukaan lubang digerudi tempoh 1 hingga 2 bulan, spesies-spesies fungus (kulat) mula tumbuh, menandakan pembentukan gaharu telah menghasilkan gaharu.


Setelah masuk bulan ke 3, penilaian boleh dilakukan dengan menyelak kulit pokok atau menekel antara bahagian atas atau di bawah lubang yang telah di gerudi. Tetapi, jalinan resin ini berlaku mengikut tahaf dalaman hujung yang telah digerudi, cuma sedikit memampalkan jalinan di bawah kulit pokok ini. (contohnya, jika anda gerudi 2 inci dalam, bererti pembentukan belaku sekitar 1 inci ke atas sekeliling dalaman batang pokok). Jika pokok bersize besar, saya, peruntukan cecair pembentukan sejumlah yang besar, kerana pertahanan pokok ini bila di serang bakteria-bakteria fungus (kulat) ianya mampu bertahan dapat sesuaikan diri dengan alahan serangan bakteria.


Perubahan warna yang terhasil akan dinilai selepas tiga dan enam bulan tempoh inokulasi. Sample kayu akan diperhatikan melalui mikroskopik dan dikelaskan kepada beberapa kumpulan keamatan cahaya, panjang warna diukur menbujur. Tempoh selepas inokulasi menjejaskan min panjang, perubahan warna:- Sample enam bulan (1.70cm) mempunyai zon perubahan warna yang lebih luas jika dibandingkan dengan sample selama tiga bulan (1.17cm).


Apabila mengukur keamatan perubahan warna itu, hubungan positif dengan masa telah dilihat, melalui imej digital menggunakan mikroskop berkemera lengkap, mendedahkan bahawa sample kayu diambil selepas enam bulan muncul menjadi 1.8 kali lebih berwarna gelap daripada selepas tiga bulan. Kesimpulan bahawa masa, bukan jenis mana-mana spesies kulat diuji. Ia mempunyai kesan yang besar ke atas panjang, perubahan warna dan intensity, kromatografi gas / spektometri jisim (GCMS) analisis, sample enam bulan lama mampu menghasilkan beberapa sabatian gaharu seperti Benzylacetope. Anisylacetone, guaine dan palustrol, ini menunjukkan bahawa kulat diuji mempunyai keupayaan untuk mendorong pembentukan gaharu pada genus Aquilaria spp.


Pembentukan gaharu jarang-jarang ditemui pada pokok berusia 25 ke bawah (teori), jika ditemui mungkin ianya melalui kecederaan pada pokok, sebagai contoh disebabkan ribut dan patah, ianya diserang jangkitan kulat, jika pokok dalam keadaan sihat, aquilaria spp berusia seusia ini, tiada oleoresin wangi akan ditemui tetapi apabila teknik tradisional memotong, takik pada batang, oleoresin mula menyelia bahagian-bahagian terluka dan akan terdedah pada jangkitan kulat.

Fungus Cytosphaera mangiferae diasingkan yang ditemui pada pokok mati berdiri, salah satu kulat memyerang pokok yang mati dalam keadaan mati berdiri, ianya dikenali mengenal pasti empat spesies kulat lain yang berkaitan dengan aquilaria spp. (Aspergillus sp. Fusarium sp. Penicililium sp dan Epicoccum sp). Pada tahun 2000 pengkaji mengenal pasti dua budaya kulat di temui pada kayu berpenyakit  


Amalan gerudi digunakan untuk menbuat lubang-lubang pada batang dan cabang-cabang pada pokok-pokok berusia 4 tahun ke atas, kamudian di masukan PCV tiub (teknik Infuse) 300 ml cecair pengalak resin (vaksin) setiap satu botol digantung. Secara umumnya, gaharu dituai apabila pokok berusia antara lima dan sepuluh tahun. Faktor pembentukan resin gaharu boleh dianggap misteri pada masa lalu, anggapan pembentukan melalui serangan serangga, anai-anai, semut serta siput.

Exsperimen terbaru ini, yang melibatkan mencederakan, dicederakan atau sengaja dicederakan, menyuntik dengan bahan-bahan menjengkelkan, dan tujuannya mengelakkannya daripada penyembuhan secara semula jadi, salah satu teknik ini adalah paling berkesan. Hingga mampu menghasilkan kayu yang dijangkiti, tetapi, tidak bergitu berjaya untuk proses penyulingan minyak pati, kayu jangkitan daripada pokok muda, memperolehi berkualiti rendah dan berbau keras. Gaharu yang terbaik, apabila keseluruhan pokok dijangkiti berkualiti tinggi, resin tebal dan mengeluarkan minyak jumlah yang besar, ianya boleh berlaku mengikut tempoh masa dan factor semula jadi hutan (lokasi ladang).


Pengeluaran oleoresin wangi dikaitkan dengan mencederakan dan berkaitan dengan jangkitan kulat, dibantu serangan serangga, udara dan air hujan. Sebagai tindak balas daripada jangkitan kulat, pokok-pokok yang dijangkiti menghasilkan resin yang tinggi dalam menentu sebatian organic yang membantu dalam membenteras atau membantutkan pertumbuhan kulat. Pelbagai-bagai spesies kulat dikaitkan dengan pembentukan gaharu, walaupun ia masih tidak jelas dengan bagimana ia melakukan pembentukan resin.

Walau bagaimanapun, interaksi antara batang pokok dan luka atau bagaimana kulat mampu menghasilkan gaharu, kajian-kajian para penyelidik bercanggah pendapat. Factor-faktor seperti, umur pokok, perbezaan pokok disebabkan variasi bermusin, perubahan alam sekitar dan variasi genetic Aquilaria spp. Juga memainkan peranan penting dalam pembentukan gaharu (1977-1997), ini menunjukan bukti, bahawa tidak semua genus Aquilaria ini menghasilkan gaharu, dapat dianggarkan hanya kira-kira 10% daripada Aquilaria spp. liar menghasilkan damar (oleoresin). 


Teknik daripada mencederakan dengan cara-cara tertentu dan bagaimana mempercepatkan tindak balas pertahanan semula jadi, teknik ini juga membolehkan hasil berkualiti dihasilkan pokok-pokok muda. Mencederakan pokok gaharu dengan menggunakan bilah atau mengetuk paku kedalam batang, satu teknik bergitu meluas digunakan pada masa lalu, bagaimanapun gaharu yang dihasilkan dari rawatan ini, biasanya terlalu rendah kualiti gaharu dihasilkan dan tidak dapat memenuhi permintaan dipasaran (2007).

Bagi menyenangkan fahaman anda tentang peranan fungus (kulat) amat penting dalam proses pembentukan gaharu secara keadah paksaan ini, saya gabungkan cacatan lampau sebagai penerangan huraian secara ringkas. Sekurangnya kita sama-sama menafaatkan ilmu pembentukan gaharu secara teknologi atau pembentukan secara paksaan, bagi fahaman saya ianya satu-satu ilmuan kegaharuan yang bergitu sukar diporelehi. TQ.








1 ulasan:

  1. KAMI MENJUAL 1200 POHON GAHARU UMUR 14 TAHUN HARGA RP.1,5 JUTA/ POHON LOKASI KALIMANTAN TIMUR HUB 085222440659 / ANTO_BUNYU@YAHOO.COM

    BalasPadam