Khamis, 3 Oktober 2013

Gaharu .. Empat Kerat capai Impian.



Terlalu banyak ideal planning project tentang gaharu bermain main di fikiran, semua mahu dilakukan atau seboleh boleh mahu dilaksanakan secara segera. Soal penglaksanaan tiada masalah, staf staf boleh selesaikan masalah, cuma .. kikikikiki .. yang masalah utama yang menjadi halangan terbesarnya  tiada benda lain, selain dari money money dan money atau duit atau ringgit, akaun bank dua tiga ada, tapi baki penyata mecatatkan angka RM10.00 sahaja, tiada banyak helai kertas bergambar agong dalam poket.


Terasa juga ingin drafkan planning pelaburan penanaman pokok gaharu secara usahasama secara besar besaran dari 10 ekar ke atas, buat promosi besar besaran. Buat tawaran pada para pelabur, rasa rasanya belum tersedia, bukan tiada termampu untuk menguruskan. Tetapi masa untuk diperuntukkan menguruskannya itu yang menjadi masalahnya, soal tanah tiada masalah, masih ada lagi tanah sendiri yang diplanningkan untuk di isi tanam pokok gaharu. Planning asalnya , walaupun pelaburan di buka pada pelabur, tidak mestinya pelabur, melabur 100% peratus keseluruhan di atas tanah tersebut.


Draf planning agak berbeza atau lain dari yang lain, kami benarkan kos di keluarkan oleh pelabur cuma 50% sahaja dan 50% lagi ditanggung oleh pihak kami, penanaman di atas tanah hak milik kami. Pelabur tak perlu bimbang, risau tentang penyeliaan pokok gaharu yang akan ditanam dan pelabur tiada perlu bimbang , bagaimana mahu lakukan pembersihan, pembajaan dan penjagaan pokok di pengurusan di selia oleh kami, sepertimana wajip mengikut syarat syarat dan peraturan akan ditetapkan dengan persetujuan bersama.


Dengan mengeluarkan modal kecil para pelabur mampu bergelar pengusaha gaharu, tak perlu membeli tanah, tak payah beli lot gaharu dan tiada riziko akan di hadapi. Cuma . para pelabur wajip tepati janji , jika para pelabur gagal laksanakan seperti dijanjikan seperti pembayaran semua kos melibatkan kos anak beneh, dengan sendirinya penjanjian terbatal. Kami adalah pengusahanya, ditanam atas tanah hak milik tetap, status tanah pertanian, bukan lot perumahan, pelabur cuma menumpang tanam pokok gaharu di tanah kami. Ini bererti pokok pelabur juga mesti dijagai setiap kali pokok pokok hak milik kami di bajai dan di bersihkan setiap 4 kali setahun kami lakukan penyeliaan.


Pelaburan kos sekecil seperti ini, bagi fikiran saya, ramai dikalangan pelabur mampu menyertai kami, contohnya keluasan tanah 2 ekar, kami tawarkan 1 ekar untuk pelabur dan ,manakala 1 ekar lagi hakmilik kami. Pada hemat saya, satu pakej agak menarik, kerana para pelabur usahasama tiada bersusah susah payah mencari bagi mendapatkan khidmat pembersihan, penanaman. Pembajaan, pengurusan dan penjagaan pokok dari pihak lain. Para para pelabur yang tiada mempunyai tanah pertanian, mempunyai sector tanah tiada kersesuaian dan tiada mampu mengeluarkan kos besar, mereka boleh sertai kami.


Kali pertama pakej usahasama penanaman akan bermula pada awal bulan oktober 2013  ini, dengan keluasan 4 ekar tanah hakmilik kekal akan dimajukan dengan tanaman pelbagai sepsis gaharu, sebagai menglengkapkan kajian kami tentang sepsis, di antara sepsis gaharu manakah yang paling cepat tumbesaran dan paling cepat menghasilkan gubal secara teknologi. 2 ekar dengan muatan beneh 2,000 pokok, kami khaskan untuk pelabur dengan sejumlah pokok di setujui  menanggung 100% kos modal, dari proses pembersihan tapak penanaman, anak beneh sehingga pokok berusia 7 tahun.


Bukan kami tiada mampu menanam hak milik kami keluasan cuma 4 ekar, kami membuka ruang dan peluang agar sama sama mampu mengusahakan penanaman gaharu bersama kami. Di kalangan pelabur ada yang mampu mengeluarkan kos ratusan ribu, tetapi masa mereka terhad, tiada kemahiran, tiada ilmu tentang peladangan gaharu , untuk dapat bekalan anak beneh agak sukar, mengenal pasti anak beneh cepat tumbesarannya dan harga anak beneh di jual dipasaran terlalu terlalu mahal.



Banyak tawaran yang kami terima daripada pemilik tanah terbiar, tetapi kami belum sedia untuk memajukan dan jalirkan pakej usahasama dengan mereka. Kebiasaannya pemilik tanah ini tiada kemampuan memajukan tanah tanah mereka dan akan diserahkan 100% kepada kami sebagai pengusaha. Terlalu banyak kajian perlu di selidiki, utama status tanah, hak milik , sector muka bumi dan pastinya kos perlu di keluarkan dan kos paling besarnya pembersihan tapak serta anak beneh, yang memerlukan pembayaran tunai.


Kami hanya pengusaha mengamalkan tulang empat kerat bagi mencapai impian, menjana kekayaan melalui hasil jualan gubal gaharu. Tiada gah, tiada terkenal seperti pengiat pengiat gaharu yang sudah mempunyai nama di bidang industry ini. Mereka anjurkan bengkel gaharu ratusan peminat gaharu yang hadir, dengar ceramah motivasi yang hebat hebat dan bergitu senang mereka menjana pendapatan dan mudah mendapat kepercayaan pelabur, serta mengumpul duit melalui bengkel bagi menjayakan planning mereka.


Memang, kami sudah nampak jalan paling bergitu senang buat duit, anjurkan bengkel gaharu tetapi bukan tagged kami, kami mahu berjaya melalui perah peluh keringat. Terasa tiada kepuasan hati, menjana pendapatan melalui jual ideal, jual ilmu, dengan berpakaian kemas bertali leher, bagi kami itu bukan pengusaha namanya. Kalau nak menanti duit dari pelabur baru nak jalan project, rasa rasanya ternanti nanti lah agaknya, entah bila terlaksana impian, para pelabur bukan dikalangan orang bodoh, mahu lihat bukti, lihat pokok yang telah ditanam dan sudah tentu mereka mengambarkan syarikat penganjur mempunyai asset berjuta juta.


Fikiran, pandangan, pendapat terletak di kepala anda sendiri mana yang terbaik, kami cuma bagitahu sekadar cakap, maklumkan, dedahkan apa yang sebenarnya, kerana sifat semula jadi kami sifat pemberontak, lantang dan berterus terang bagi mengelak peristiwa yang pernah terjadi dari awal tahun 2005 dan hingga kini masih ramai lagi yang terkena pakej penjualan lot lot gaharu... kikikiki.. buat apa nak dinasihatkan, ya, duit anda, lantak lah kan. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan