Ahad, 27 Oktober 2013

Gaharu.. Kian Membara.



Hairan tersangat hairan, bila terdengar luahan seorang pengiat gaharu tegal, seperti telah patah semangat,bernada kesal,  seperti hilang arah. Yang dulu nya bukan main bercakap gah, cakap bukan main hebat dan masih di ingat kata katanya membuat hati ini menjadi terkedu, ketika mendengar kata kata nya bergitu bersemangat  mengambarkan dia lah yang terhebat. Kikikikikiki .. hari ini, jauh berlainan sekali seperti ayam berak kapor, wataknya, cara cakap dan gayanya terlalu jauh berbeza dari awal mengenalinya. 


Mungkin agaknya, dah hilang sifat ego, hilang taring nya kerana kantung sudah terlalu kering dan poket dah selalu bocor, kekawan seangkatan nya dulu menghilang entah kemana. “ semuanya malap, cita cita dah jadi derita, inokulasi pokok liar mengunakan vaksin import, membuat saya semakin parah, bekal anak beneh sana sini, tapi , tanpa ada sebatang pokok yang di tanam, kilang pemprosesan minyak bergitu lama tiada operasi, saya akan bangunkan untuk kali kedua ..” itu lah antara luahannya, tapi saya tiada mahu banyak soal, tak mahu sakit kepala memikirkan masalah orang lain. ( kita lupa jer hal nya, biar dia yang selesaikan masalah nya sendiri ).


Dan yang ini pula .. “ 8 tahun lepas, saya terdengar gaharu boleh jadi jutawan dan pernah hadiri bengkel penanaman gaharu, Bengkel tersebut anjuran oleh pengiat, pengusaha gaharu dari luar Negara, badan berkenaan dan pembekal beneh dari Negara kita. Mereka syorkan tanam, mereka akan bekal beneh dan kata mereka 8 hingga 10 tahun akan datang, pokok matang dan boleh di tuai. Saya tanam lebih kurang 1,500 pokok dan saya hubungi pembekal beneh tujuan mahu menjual pokok gaharu. Jawaban yang saya terima dari pembekal tersebut, “ kami cuma pasarkan beneh, nak jual pokok kat mana bukan masalah kami..” luahan hati seorang pengusaha kepada saya. “ pokok gaharu mesti di rawat ke, tujuan hasilkan gaharu..?”  tanya pengusaha ini.


Yang terbaik, diri kita sendiri… Yang Apa yang dicari cari dan apa yang kita  ternanti nanti, peluang tiada pernah menanti kita bergitu juga waktu, setiap saat berjalan tanpa kita sedari dan sengaja kita buat buat terlupa. Peluang akan datang berkali kali sekiranya kita sentiasa berusaha, peluang tiada mengenai siapa kita, bila terlewat mencapainya ianya akan terlepas menjadi satu rezeki orang lain. Jangan fikir orang lain terus tertidur, mereka lebih laju mengejar peluang. Sekiranya kita perolehi peluang kedua, tentu ada bezanya dari peluang yang pertama.


Apa akan anda jawab bila ada orang berkata bergini ..? “ Kuat nya kamu mengila, tanam pokok tak berguna, berlambak tumbuh tiada siapa pedulikan, tapi kamu, tanam pula..” Berkata seorang penduduk kampong di tujukan kepada saya. Ini lah kata kata, dari seseorang tak pernah mendengar, tak pernah baca akhbar, tak pernah lihat gaharu spesis import, yang tak pernah lihat minyak gaharu, tak pernah terfikir oleh akalnya , tak pernah keluar negeri dan yang tak pernah mengetahui, dia tiada mengenali diri seseorang dengan siapa dia ucapkan kata kata bergitu. Yang dia tahu, cakap hal getah, hal lembu, hal itik ayam, kambing jarang jarang, yang kuatnya nombor toto, nombor ekor, pikat burung, hal padi, hal politik kampong, celek mata , basuh muka tanpa gosok gigi dah lepak kedai kopi, toreh pokok getah pawah kebun orang lain.


Sampai bila tiada akan ada perubahan, tiada perkembangan, tiada ilmu,  fikiran ditahaf zero dan membazirlah hidup sekiranya dada tiada di penuhi ilmu dunia dan akhirat. Pernah saya catatkan di blog saya, Kita amat bodoh di bidang kerjaya orang lain, tetapi kita lebih arif di bidang kita ceburi. Ilmu adalah satu anugerah wajip di amalkan, sekiranya kita berusaha memperolehinya, dengan ilmu lah orang mampu capai kerjayaan, dapat menikmati kemewahan. Kerana tanpa ilmu lah, pokok pokok gaharu liar di tebang sewenang wenang nya, padahal pokok yang di tebang ini lah peluang untuk memperolehi kekayaan.

Habis tu, mengapa suka sangat mempertikaikan , memperkecilkan kerjaya dan usaha orang lain.. adakah kita minta beras, minta gula dan minta duit dari mereka.?. Duit kita , ikut kita lah nak perabis kat mana., kau peduli apa, aku pinjam duit kau ker..? Kikikikiki .. tiap kali serempak kat warong, air kopi dan makanan dia pun kita sering bayar, selagi orang tak belanja, selagi itu tak angkat punggung, lepas sebatang sebatang rokok, ambil hak orang itu, ambil hak orang ini, asap di sedup membakar jantung.. ( tak elok merunggut, apa yang kita sedekah )  pusss.. bergitu sifat manusia. Orang lakukan semuanya tak baik, dia jer buat semuanya baik. Kikikikiki.. sorry nie bukan nak mengata sesesiapa, cuma contoh bagaimana mahu bersifat gigih, mahu tanam sifat jati diri dan membina semangat kental sebagai usahawan gaharu.

Bila orang yang bercakap, mereka tiada pengetahuan tentang penghasilan gaharu melalui teknologi, bukan soalan mereka ajukan, depan kita dia orang tak akan cakap, tak akan komen , tetapi di dalam fikiran mereka kita dapat bayangkan , akan berkata kata , mustahil gaharu terjadi dengan cara bergitu, akan di anggap kerja kita ada gila gila. Tak payah kita bercakap, hanya buang masa kita nak hurai, bagi ceramah, cerita  tentang kajian cara sains, hurai tentang teknologi, apa dia allergic, bagaimana stress, bagaimana tentang berkesanan tindakbalas vaksin, sampai pecah anak tekak pun mereka tak akan layan, sukar untuk diterima oleh akal mereka, lebih lagi bagitahu apa dia resin dan apa apa bahan yang berada di dalam batang pokok gaharu. Mereka tiada akan memahami, mereka cuma tahu, kulit gaharu boleh di jadikan tali, buat cucuk hidung lembu, buat ikat tangkai durian dan buat ikat kayu api .

Yang paling utamanya, diri kita sendiri, kita bukan riak, bukan ego, ini usaha kita dan kerjaya kita, kerana kita lebih terdedah dengan teknologi, tiap saat, dimana sahaja kita round dunia melalui internet mobile. Menimba ilmu, mencari berita, bahan bahan rujukan untuk jadikan asas bagi membina kerjaya. Kita tak mudah tertipu kerana kita berilmu, tak mudah percaya dengan apa apa berita dari percakapan, kerana kita ada tempat untuk mendapat berita yang betul dan kita akan memburu peluang setelah kita yakin ianya mendatangkan hasil berbaloi baloi.

Setiap seorang mahu bermula bergiat sebagai usahawan gaharu, ianya pasti mencari bahan rujukkan, mengenai apa itu gaharu, mengapa dan bagaimana pokok family thymalaccensis, genus Aquilaria ini menghasilkan gaharu. Akan lawati blog blog, laman website, yang berkemampuan pula akan jelajahi seluruh Asia tenggara bagi pastikan, lihat sendiri ladang ladang gaharu, kilang pemprosesan minyak, lihat rupabentuk gubal dan pasti akan mengetahui berapa harga sekilogram gubal.

Dengan sedemikian mereka berani , rela keluarkan bajet besar, untuk jalankan project penanaman berpuluhan ekar, sanggup beli pelbagai spesis beneh gaharu walaupun mahal harganya. Tanpa mengira beneh itu seludup atau tidak, yang pentingnya cita cita mereka terlaksana . ( kikikiki.. kami bukan membekal beneh seludup, semua beneh yang kami edar mempunyai permit yang sah di segi undang undang ). Itu perbezaan antara orang yang berilmu dengan yang tidak, tiada pernah mereka risau nak pasarkan kat mana, bagaimana nak proses minyak dan hasilkan pelbagai bagai produk dari pokok gaharu.

Kalau tiada kuat semangat, kita akan mudah mengalah awal awal lagi, patah semangat bila terdengar pelbagai bagai hujah,andaian, mustahil gaharu terhasil melalui teknologi. Bagi diri saya, semua itu dah jadi asam garam, kerana saya lebih arif di bidang ini, bukan bereti saya amat mahir tentang gaharu. Tetapi lebih arif serta lebih terdedah dari yang tiada pernah melihat gubal, yang tak pernah lihat pokok, yang tak mengenai kenal spesis, bukan sebagai pembekal anak beneh, bukan sebagai kontraktor ladang gaharu, bukan pecipta vaksin dan yang tak pernah jalankan penginokulasian.

Semangat saya kian membara, saya tak pernah harapkan sokongan dari mana mana pihak berkenanan, saya berani berdiri di atas kaki sendiri Kerana saya mempunyai bukti kukuh, gaharu mampu di hasilkan melalui teknologi.  dari awal hingga ke saat ini. Tanpa meminjam modal semasa menjalankan R&D, tanpa ada sokongan moral dari sesiapa, bagi saya, bila ada kemahuan , di situ ada jalan nya,  ianya wajip di usahakan di teruskan secara mengikut factor yang betul dan ideal harus di upgrade biar menjadi reality. Tiada alasan untuk mengatakan semuanya tiada mungkin akan terjadi, cuma kita yang tak sanggup hadapi cabaran, mengalah sebelum kita bertekad kerjaya pasti milik kita. TQ.

2 ulasan:

  1. Tahniah, Tuan memang hebat. Seronok membaca catatan Tuan yang juga memberikan semangat untuk diri saya sendiri agar terus bertahan. InshaAllah.

    Semoga terus berjaya dalam industri yang serba mencabar ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aminah .. Insyaallah , kerjayaan akan jad kita.. dari usaha pasti ada gnjarannya.

      Padam