Selasa, 17 September 2013

GAHARU .. Dinding Kayu , Atap Rumbia.


Di lokasi mana staf saya menjalankan inokulasi, saya sentiasa ikut sertai staf staf saya, sama sama bermandikan peluh, sama berpanas, sama berhujan dan sama merasai keenakkan menjamu selera di bawah pokok gaharu ditemankan si pacat serta nyanyi nyamok. Kami menemui ketenangan ketika berada di hujung kampong, jauh dari riuk pikok, bunyi kenderaan hanya yang terdengar nyanyian ungas, cengkerik dan siulan sang burung.

Tanpa saya sedari, saya telah melatih 3 group terdiri 10 orang staf penginokulasian yang terbaik, berkerja tetap dan sambilan, mempunyai kepakaran memanjat dan satu group terdiri 4 orang  di latih khas untuk project peladangan. Mula melatih 3 staf baru, mempunyai kepakaran tersendiri berperanan sebagai marketing, trading dan pengurusan kilang pemprosesan minyak gaharu. Kikikikiki.. anda tertentu terkejut, ramainya berkerja dengan gold-forest R&D gaharu. Saya tetap amalkan planning asal dan slogan kami Together Toward One Direction, tiada sifat pilih kasih.


Saya bukan niat mengumpul kekayaan hanya untuk peribadi dari hasil jualan gubal gaharu, JUTAWAN memang impian saya, tetapi, status JUTAWAN impian kami semua, status ini harus di miliki, di kongsi oleh semua staf Gold-Forest R&D Gaharu. Mereka lah yang sentiasa dibasahi peluh, berhujan, menanggung bebanan mengangkat peralatan, bertukus lumus menyiapkan setiap project secepat yang boleh, saya hanya sekadar membantu ada masalah tiada dapat di selesai.

Tugas paling penting saya pikul , penambahan pokok untuk dirawat, tagged edaran anak beneh, memcari shared inokulasian , kontrak peladangan gaharu, mendapatkan bahan ramuan vaksin, memberi motivasi jati diri, agar mereka saling menghormati, melatih menjawab sebarang pertanyaan dari tetamu, salurkan ilmu kegaharuan, memdedahkan teknik teknik inokulasi terkni, mesti berusaha setiap masa  kumpulkan dana project manakala mereka semua yang mengusahakan, menjayakan 80% planning, tagged dan hala tuju Gold-Forest R&D Gaharu. Tanpa kesungguhan, sikap amanah serta ketekunan mereka, Gold-Forest R&D Gaharu tak akan mampu berdiri sehingga kini.

Tiada erti nikmat kejayaan jika saya secara peribadi berumah batu beratapkan genting, hidup dalam serba kemewahan, manakala staf staf saya rumah dinding kayu beratap rumbia, tiada apa apa perubahan. Pada hal hasil yang saya perolehi dari keringat, titik peluh serta sikap amanah ketekunan mereka. Saya mengenali tahaf kehidupan seseorang staf saya, ada yang kerja cari rezeki, kais pagi makan pagi, ada mempunyai keluarga amat besar, ada yang menumpang tinggal di tanah orang lain dan saya sebagai majikan, di amanah  dan tentu kebajikan mereka wajid saya menjagainya.

Bukan niat saya untuk meninggikan diri, mengaku saya adalah majikan terbaik. Dari fahaman saya, apabila satu koloni di tubuhkan, bererti bermula lah sikap membantu sudah menjadi lumrah didalam satu kelompok. Apabila saya renungi semula dari apa yang telah saya lakukan sebelum hari ini , memang betul dari ucapan mulut seseorang pernah berkata .” patut lah engkau tak semewah jika dibandingkan dengan pengiat gaharu lain, pengiat lain,bukan main lagi, tapi engkau tiada apa apa perubahan.” Saya tetap gelak dan jelaskan .” saya akan besarkan koloni ini, bila telah besar dan teguh, saya akan pecah pecahkan, di sinilah semuanya akan bermula, saya  akan dapat rehat dan pendapatan masuk setiap sudut, kerana saya telah membeli masa kerja mereka, mereka akan terikat dan terus kekal berkhidmat dengan saya”.

Mengapa saya gemar catatkan hal modal permulaan dan masa adalah paling wajid diutamakan, bagaimana kita mahu mendapat masa dalam sehari beratus ratus jam. Padahal satu hari berkerja cuma 8 jam. Jika kita berkerja seorang, masa kerja kita cuma 8 jam, kalau larat kita sambung 2 jam lagi, maka sehari 10 iam masa kita kerja. Kita tak akan menikmati kemewahan dengan cara ini, soal makan, pakai dan sara anak isteri tiada masalah, tetapi, cukup bulan dapat gaji atau untung perniagaan, tolak bayar pinjaman perumahan, bayar segala bil bil, ansuran kenderaan , hutang peribadi, hutang kredit card, hutang abang long, nafkah isteri, kos persekolahan anak anak ,  barangan dapur dan minyak harian kenderaan kita, berapa sen jer balance setiap bulan..?

Kita ulas di segi kegunaan masa. Jika modal anda terkumpul atau mempunyai tabungan, anda mampu membeli masa orang lain, bergini cara saya lakukan. Contohnya masa ibarat kertas, anda ambil sekeping kertas, anda lipat lipat dan lipat , cuba anda koyak koyakkan dan kira sempihan kertas tadi, tak terkira jumlahnya kan ..? itu masa anda yang di perolehi dari masa luang orang lain, anda membeli masa mereka untuk mereka selesaikan kerja harian anda. bila anda fikir dengan teliti, Sifat kedekut dan tamak di hati kita kian hilang, kerana pendapatan kita dari hasil kerja di usahakan oleh orang orang yang kita beli masa mereka, kita perolehi berganda ganda setiap bulan dan yang pasti tempoh masa kerja dapat disiap terlebih awal dari sepatutnya, orang lain kerja bertukus lumus kerja 26 hari 208 jam, kita cuma kerja 6 – 10 hari sebulan menyiapkan sesuatu project, tetapi pendapatan lebih dari 8 bulan gaji. Kalau anda mempunyai 10 orang pekerja daraf 8 jam sehari, berapa jumlah jam anda dapat dalam 1 hari..? ini lah puncanya, orang lain mampu memiliki kemewahan awal berbanding dengan kita.

Kerja hakiki kami sebagai penginokulasian, kontrak peladangan gaharu, mengedar anak beneh, tiada terganggu,  kami juga dapat melakukan kerja kerja sampingan lain, senikraf, ternakan kelulut, kontraktor perumahan dan pelbagai bagai kerja bagi mengisi masa terluang terlalu banyak. Jka cara ini di teruskan, di amalkan,kita tiada jadi penguni rumah dinding kayu beratap rumbia, yang pastinya rumah banglo bertingkat tingkat mampu di miliki. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan