Sabtu, 19 Oktober 2013

Gaharu .. Di Bakar Mentari.



Sebagai usahawan gaharu, mempunyai vaksin ciptaan sendiri dan sebagai BLOGGER gaharu yang top .. kikikiki ( angkat ekor sendiri ), sudah pasti cacatan mesti memihak pada diri sendiri. Mencari kesilapan orang lain lebih senang dari menilai diri sendiri, Orang lain semua nya tak elok, tak bagus serta itu ini tak sempurna. Kikikikikiki.. betul kan..?. Aku lah yang terbaik, punyai kemampuan sukar dapat ditandingi oleh insan lain, tetapi bila di nilai di selidiki sedalam dalamnya, rupa rupanya aku nie, cakap jer lebih , tapi habuk pun tiada.. kikikiki.


“ Boleh tak, kita mula menanam pokok gaharu minggu depan nanti, minggu nie tiada masa luang..” call seseorang minggu lepas.. “ kamu bayar gaji aku ker atau aku yang bayar gaji kamu, tak payah lah hadirkan diri..” keputusan tepat. Setiap sudut semua kena kira, keadaan beneh , tagged planning asal,   kesan cuaca dan akar beneh akan kering berada di dalam polybag tanpa di siram, kos tinggi tiada masalah janji siap seperti di rancangkan.


Fasa 1 di siapkan tanpa ada masalah, 3,600 beneh di tanam oleh kami cuma 6 hari di sertai 8 staf dengan keluasan tapak 5 ekar dan masih berbaki 1 ekar lagi. Fasa 2 akan di susuri 2 minggu akan datang, muatan beneh 1,400 pokok lagi, sejumlah keseluruhannya 5,000 pokok di tapak keluasan 5 ekar, ditanam dengan pelbagai bagai spesis gaharu import dan spesis tempatan.


Dan bulan November 2013 ini juga, 2 ekar lagi akan dibersihkan, akan di tanam 2 spesis gaharu terpilih., iaitu agarlocha dan crassna atau mungkin 2 spesis sinessis dan hirta, tak mampu berjanji tepat, kot kot tabung kekeringan sebelum project penanaman di teruskan di lokasi satu lagi. Kikikiki . kalau tak menjadi, malu besar, di copkan pula, cakap jer lebih, sebetulnya tak mampu, tetapi, rasa rasanya masih mampu, walaupun berperahu kecil.


Setelah selesai penanaman FASA 1, 3,600 pokok , seperti di jangka jangka hujan turun setiap petang menyirami pokok yang baru di tanam. Tanah tambusan anak beneh telah menjadi mampat dan ada setengahnya mula mengeluarkan pucuk baru, walaupun baja asas tiada di taburkan lagi. Satu keadah baru kami,  sebagai percubaan mengikut teori kami sendiri, bagi mengelak tanah sekeliling anak pokok menjadi kering, tanah sentiasa berkeadaan lembab. Sengaja memanam di celahan rumput tinggi, cara pembersihan rumput 1 kaki di sekeliling lubang tanaman.


Setelah anak pokok mula mengeluarkan pucuk muda, ini bererti pokok mula mengeluarkan akar akar baru ,  proses pembersihan keseluruhan ladang dan pembajaan akan di lakukan. Mungkin anda akan berkata, keadah menanam dicelahan rumput tinggi, akan menganggu akar akar anak pokok gaharu. Jika anda mempunyai kantung besar, siapkan air saliran atau pelbagai cara tujuan penyiraman, tapi kami perahu kecil, tak mampu nak sediakan semua itu, itu lah puncanya kami mula project penanaman di penghujung tahun, mengelak dari terpaksa menyirami anak pokok.


Tanah cuma keluasan 5 ekar, tanaman sedia pokok getah berusia 1 tahun, tetapi mahu di isi muatan 5,000 pokok gaharu. Pasti  pengusaha lain tiada mengamalkan keadah bergini, bagi saya keadah ini bukan lagi sebagai percubaan, saya telah lakukan keadah tanaman bergini beberapa lokasi, hasilnya sangat sangat memuaskan. Pokok berusia 1 tahun ke atas, mampu berdiri bertegap serta dapat bertahan dari rebah apabila di tiup angin kencang.


Keadah ini mempunyai kelebihan sendiri, penjimatan tanah, boleh di tanam 2 kali ganda jumlah pokok keluasan hanya ½ ekar dan bagi mengelak pokok rebah.  Bila saya melawati ladang ladang gaharu yang telah di tanam oleh para pengusaha, mendapati 60% daripada pokok berusia 2 tahun ke atas rebah. Ideal ini timbul setelah mengkaji, pokok gaharu tiada mengganggu tumbesaran pokok pokok lain dan pokok gaharu boleh di tanam bersama sama pokok buahan dan getah, kecuali tiada sesuai di tanam bersama kelapa sawit yang berusia 10 ke atas.


Kikikiki.. tiada pernah orang tanam pokok 1 lubang 2 pokok, tetapi kami lakukan berdasar logic dan factor tersendiri. Seperti saya catatkan, saya mahu jimatkan kegunaan tanah, walaupun keluasannya tiada besar, kami mampu menanam sejumlah yang banyak. Dedahan dari tiupan angin kencang mesti di ambil kira, lebih lagi pokok di tanam di kawasan berbukit dan di kawasan lapang, kebiasaannya angin kencang akan bertiup bermula bulan mei sehingga bulan disember.


Tagged saya, pada tahun ini, 7 ekar akan di tanam pelbagai spesis pokok gaharu, import dan baka tempatan. 5 ekar memasuki fasa 2, tambahan 1400 pokok lagi, dengan jumlah keseluruhan 5,000 pokok dan manakala 2 ekar lagi, dalam runding proses pembersihan menggunakan khidmat jentolak dan proses menanam 2,000 pokok ini . akan bermula disember nanti.. Kami telah bermula ..!! Anda bila lagi, tetapi tepuk dada tanya poket, ingin seribu daya, tak mampu sejuta alasan.. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan