Ahad, 11 Ogos 2013

Gaharu.. Tutup buku.



Berhutang, hutang dan beri hutang sudah lumrah semulajadi dalam bisnes, mahukan ramai pelangan kena bagi berhutang, nak tambah product kena berhutang dan nak besarkan bisnes kena tambah hutang. Walaupun hutang adalah musuh utama bisnes, hutang berhutang merupakan makan minun, dalam bisnes, kalau tiada sesiapa mengaku tak pernah berhutang..kikikiki.. itu bohong bos.

“ Lebih baik hutang melalui bank bos, daripada berhutang dengan orang perseorangan atau abang long, hutang bank tak bayar, tarak potong kepala punya, cuma di bankrapsi, tapi kita tetap boleh niaga ma .” bagitahu seorang dari bangsa asing pada saya. Kikikikiki .. betul jugak kan..? Hutang sesama manusia ini lah paling susahnya, kalau tak minta, kena minta jugak, hutang wajib di tuntut. Yang hairannya, mereka ingat, yang mereka ada hutang, mengapa membisu seribu bahasa..? Kalau kita sering minta jelaskan hutang, mulalah kelain jadinya, bab kata orang tua tua, kita bergaduh sesama manusia kerana harta kita sendiri.

Sifat kemelayuan dan adab resam kita banyak perbezaan, lebih lagi beragama islam yang mengutamakan hubungan silaturrahim. Sifat bantu membantu tertanam di hati kita semenjak di lahirkan dipupuk dari usia kanak kanak lagi. Betapa sukar untuk mengikiskan sifat ini, kita wajip jauhi semua itu, kerana di bidang bisnes wajip ada sifat kejam, tiada berkecuali dari apa apa hubungan, tanpa mengira ibu, bapa, adik beradik, kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai, bisnes tetap bisnes, tiada erti sifat membantu di dalam bisnes, jika ada duit, bisnes jalan, tiada duit, kau boleh jalan.. kikikiki.

Saya telah lakukan bisnes dibidang ini bertahun tahun, urusan dari persiapan tapak penanaman, kontrak peladangan, bekalan anak beneh, pengurusan ladang, pembelian pokok, penginokulasian dan boleh dikatakan urusan di bidang ini dari A – Z. pelbagai bagai , 1001 macam perangai pelanggan saya temui dan lalui pengelaman pahit. Bukan ada niat saya nak buruk burukan perangai mereka, tetapi dedahan dari pengelaman saya, saya kira bakal bakal pengusaha boleh dijadikan panduan.

“ Jangan lah terlampau terbuka sangat beri muka dan murah hati..” pesan seorang kawan. Sudah menjadi Sifat semulajadi diri saya, tiada pandai sembunyi apa apa, sifat berterus terang adalah amalan diri saya seharian. Apa yang saya tagged, hanya satu kejayaan untuk semua, pengelaman , ilmu kegaharuan dapat dikongsi dan di salurkan tanpa ada putus oleh bakal bakal pengusaha, seboleh boleh industri ini terus berkembang dengan jaya di Malaysia.

Kami pernah batalkan kontrak penanaman dan pengurusan ladang, kami terpaksa abaikan penjagaan setelah pokok yang ditanam berusia 3 bulan, sampai sekarang usia pokok yang ditanam 3 tahun, tak pernah menjengoknya. Kontrak penjanjian melalui mulut kami batalkan, Kami sudah tunai janji kami, menanam pelbagai spesis mengikut jadual seperti kami janjikan. Paling mengecewakan kami soal pembayaran mengikut fasa, selalu dilewat lewatkan oleh pengusaha. Lepas esok esok dan esok pembayaran fasa akhir tertunggak berbulan bulan,dijelaskan separuh, hingga ke hari ini baki masih tertunggak. Jikalau diteruskan, pasti semakin bermasalah, Kami pun ada periuk mahu di isi kan..?

Penginokulasian..! kikikiki, kes yang paling parah. Semasa berjanji semuanya beres, dia orang setuju bayar kos inokulasi ansur ansur setiap bulan. Setelah persetujuan, pagi petang siang malam dan hari hari call bertanya bila nak mula inokulasi pokok mereka. Dah bagitahu harap maklum, tunggu giliran, tak faham faham juga. Setelah selesai inokulasi, pembayaran pertama dan kedua, mereka ikut seperti dijanjikan, baki selebihan lagi, masih tertunggak sampai ke hari ini, ada tempoh hampir 2 tahun, 1 tahun, 8 bulan dan 6 bulan bukan sejumlah yang sedikit, 2 tahun makan tak habis. Dan mulalah pelbagai bagai alasan di beri, kambing nak beranak lah, lembu putus tali hidung lah, duit tak masuk lah, baru selesai baiki rumah lah … kikikikiki.. pelbagai bagai alasan di reka reka, reka lah alasan selagi terdaya.


Bila melibatkan duit bergitu besar nilainya, macam macam boleh berlaku, ada kalanya kami terasa seperti diperbodohkan, bagai dipermainkan bagi mencapai impian mereka, Bergitu juga urusan pembekalan anak benih, mereka nak lepaskan duit harga anak beneh bukan main susah. Bila di minta masukkan pembayaran separuh harga anak beneh sebelum penghantaran dan bakinya dijelaskan setelah menerima dan berpuashati keadaan anak beneh. Tapi Pelbagai bagai soalan di ajukan ,nak hantar bila..? Anda harus faham, ini tempahan, tanpa pembayaran tunai barangan tiada akan dihantar. Jika anda membeli kat mana mana kedai, adakah tanpa bayaran penuh, barangan anda order di hantar..?

Sepatutnya kami sudah tutup buku, perkara remeh bergitu, sudah tak terlayan kerenah kerenah remeh yang akan menjadikan beban pada kami. Bergitu juga janji janji mahukan pokok mahu di inokulasi, yang kami berpegang pada janji, kalau kami kata tiada masalah, sudah tentu pokok pokok yang di mahukan siap sedia. Selagi tak masukkan duit dalam akaun kami, selagi itu proses inokulasi tiada dijalankan. Dah berkali kali terkena, kami siap siap inokulasi, mereka pula beri pelbagai alasan, biasa nya beralasan “ duit tak masuk..” kikikiki.. duit nak masuk bagaimana kalau tak ikhtiar. Akhirnya pokok yang di janjikan jadi hakmilik kami sudah ditebang , Alhamdulillah, rezeki kami dari janji bohong mereka, berbaloi baloi dari kos inokulasi yang dibebankan kepada kami.

Bila anda terasa bergitu payah untuk berurusan dengan kami, itu lah puncanya, kami terpaksa berhati hati, setiap apa apa yang melibatkan pembayaran. Pihak kami tulus, amanah dan berpegang pada janji, jika anda silap dari tarikh yang telah anda janjikan, bererti segala urusan dengan kami terbatal dengan sendirinya. Kami berhak lakukan, kerana setiap perkara melibat urusan dengan kami, kami terpaksa menanggung kos yang bergitu tinggi, utamanya inokulasi walaupun kerja hanya satu hari. TQ.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Hendak dapatkan sesuatu mulut memang manis sanggup berjanji apa sahaja, tetapi apabila perkhidmatan/produk telah diberikan bermacam-macam alasan diberikan.

    Itulah agaknya lumrah dalam perniagaan. Manusia berpegang pada janji. Jadi jika anda masih seorang manusia, berpeganglah pada janji.

    Semoga Tuan terus tabah menghadapi kerenah-kerenah seperti ini.

    Selamat Hari Raya :)

    BalasPadam