Sabtu, 31 Ogos 2013

GAHARU.. Sayang..!! hanya sebatang.



31/08/2013. ( Catatan Khas JUTAWAN MERDEKA )


Pandang kehidupan orang lain, memang terasa iri hati, mereka mempunyai kenderaan mewah dua tiga buah tersusun di garaj, rumah kediaman cantik, besar, setiap tahun di perbesarkan , gaya kehidupan mereka jauh berbeza dari kita. Bagaimana cara agaknya mereka mengumpul kekayaan..? Kita juga ada kenderaan, tetapi model tahun 1970, kadang kadang mati di pertengahan jalan kehabisan minyak. Keadaan rumah, 
jika musin kemarau, pasti tiada masalah, sesekali hujan mencurah, dari ruang tamu hingga ke ruang dapur, penuh dengan baldi.. kikikikiki. Apo nok dikato, kita cuma ada  sebatang pokok gaharu untuk bergantung harap , boleh kah agaknya berubah nasib, tapi bagaimana, caranya..?

Bukan semua orang berasal serta lahir di kampong mengenali rupa pokok gaharu liar, malah yang berumur 50an tiada pernah melihat rupa pokoknya, lebih lagi  usia  kebawah dari usia itu. Ada yang mengenali berkata ..” pokok depu (karas) di simpan, nak wat apa, setahu saya wat papan penutup lubang lahad, boleh lah, sebab ianya ringan “. Bila di bagitahu, gubal yang terhasil dari pokok ini bernilai tinggi dan boleh di proses menjadikan minyak. “ pernah terdengar juga cerita cerita dari orang tua tua, jumpa teras (Gubal) depu, boleh jadi kaya, 1 kilo pun puluhan ribu, tapi, se usia saya, tak pernah terdengar sesesiapa yang terjumpa gubal nya.” Ayat bergitu biasa di dengari setiap kali kami berurusan dengan pemilik pemilik pokok.

“ Bagaimana mahu menjana pendapatan jual gubal gaharu,untuk mencapai impian bergelar status JUTAWAN GAHARU, mencari di hutan ..?” Tiada sesesiapa memperolehi kekayaan dengan sekelip mata tanpa ada usaha. Sebatang pokok gaharu sebesar 2 pemeluk tiada dapat beri jaminan, kita akan kecapi kekayaan, tetapi sedikit sebanyak, rumah dapat dibaiki atau ruang dapur boleh di perbesarkan dan bakinya boleh dijadikan modal merubah taraf kehidupan keluarga. Bukan erti mempunyai pokok sebergini, terus boleh ditebang, modal perlu dikeluarkan membayar kos inokulasi dan sabar menunggu 2 tahun hingga 3 tahun akan datang, pokok menghasilkan gaharu, pokok ini boleh di tuai.

Saya bergitu gemar beri keterangan secara detail pada pemilik pokok yang tawarkan pokok pada kami, seboleh bolehnya mereka fahami betul betul. Penghasilan gaharu melalui inokulasian ini, bukan perkara mudah seperti bercakap. Bukan hanya sekali injections, tuang vaksin dan sumbat bamboo stick, ditinggalkan, tempoh 2 tahun inokulasi, datang bersama bawa gergaji, jentolak dan lori tujuan proses penebangan. Belum pasti pemilik sudah boleh pasang angan angan, jual gaharu nanti, boleh bocking kereta mewah, pembesarkan rumah dan cari calon pasang satu lagi.. kikikikiki. Terlalu banyak proses mengasingkan antara gubal dan kayu ( Carving ), sebatang pokok sebesar ini memakan masa berminggu minggu.

Kali ini saya catatan mengenai kearah menjadi status JUTAWAN, soal teknik, factor dan penghasilan, tak mahu di sentuh. Setiap kerjaya di lakukan impian hanya satu, siang malam, ketika baring nak lelapkan mata, fikiran jauh melayang, difikiran tetap mencari jalan bagaimana mahu menjadi jutawan satu ketika nanti. Ada setengahnya menjadi broker, jual tanah orang, sambil mengharapkan untung berganda, ada pula reka pelbagai skim untuk dapat duit cara mudah, jadi kontraktor, rela labur duit, angan angan agar pulangan berganda, semua nya tiada tujuan lain, mahu hidup didalam serba kemewahan.

Saya tidak mengata pada orang lain, ambil contohnya diri saya sendiri, sifat tamak terlalu sukar untuk di kikiskan dan dibendung, kikikikiki..Mungkin dah sebati jiwa kot. Apa puncanya..? Kerana terlalu ingin capai status jutawan ini lah, sikap tamak bermaharaja lela di hati, tetapi bukan mengikut jalan pintas, tetap megikut garis garis panduan, jalan jalan lurus dan tetap mengelakkan dari terpesong akidah serta urusniaga secara diharamkan. “ oh .. dengan cara bergitu entah bila lah baru capai impian, mungkin tak merasa kot..” ini lah ayat sering terdengar di telinga saya.

Perkara sama di angankan oleh semua di kalangan pengiat, pengusaha, para peminat dan hunter gaharu, terlalu mengharap dari hasil jualan gaharu nanti impian mereka terlaksana, sekurangnya dapat ratusan ribu walaupun tak mendapat status jutawan dari hasil sebatang pokok gaharu sebesar 2 pemeluk. Itu cuma 1 pokok, kalau dah 10 pokok sebesar 2 pemeluk, tiada mustahil impian, cita cita mereka tercapai. Ini bukan cerita dongengan, cerita rekaan saya, kalau anda tak berapa yakin dengan catatan saya, sila kunjung kami tempoh masa terdekat, melihat sendiri hasil dari rawatan kami, pokok sebesar 11/2 pemeluk mampu menghasilkan gubal 75 kilogram pelbagai gred.

Jka lah 10 pokok sebesar ini di tebang serentak, hasil gubal gaharu sejumlah 750 kilogram, dikatakan lah cuma bergred C dan berjaya di jual di pasaran terbuka cuma RM4,000.00 p/kg .. dah berapa jumlahnya..? cuba anda kira. Bukan kah status jutawan sudah di miliki..? sorry .. Saya cuma mengira untung jer, modal kos inokulasi wajip di keluarkan banyak juga, tetapi tiada sebanyak pulangan pelaburan yang akan di perolehi, tolak, darap dan campur kos inokulasian cuma sekerat kuku jer, daripada hasil di perolehi. anda tentu termampu mengeluarkan kos inokulasian bergitu kecil.

Kalau sayang duit nak keluarkan kos inokulasian , lupakan angan angan kearah jutawan, dari dahulu hingga sekarang, cara bergini tak pernah berubah, duit cari duit. Jika hanya mengharapkan tulang empat kerat, perah keringat, paksa kederat, mahu jadi jutawan .. kikikikiki, patah pinggang pinggang, meniarap, terlentang, terduduk, tak akan mungkin cita cita bergitu tercapai. Berilmu sekalipun, ada ijazah, sihat tubuh badan dan network merata dunia, tanpa ada pengorbanan modal di keluarkan, usaha dan halatuju, status mahu jadi jutawan semakin jauh.

“ Sedapnya cakap, macam macam topic bertujuan mengajak kita orang ikut sertai dia, yang awak tu, dah berapa pokok inokulasi pokok milik sendiri..” ini lah soalan bermain di fikiran anda kan ?. Jawaban saya, saya tak mahu buktikan di sini, tentu anda tiada percaya, luangkan masa anda 2 hari atau 3 hari , kunjungi kami bila bila masa anda luang, kuatkan semangat menempuhi pelbagai halangan semasa di hutan, kami akan bawa anda satu lokasi ke lokasi di seluruh daerah , lawati pokok pokok pelbagai size telah siap di inokulasi dan pokok pokok yang bakal di inokulasi, di sini lah anda kan terkunci mulut dari sebarang pertanyaan, yang pasti terkeluar dari bibir anda.. “ berapa jumlah agaknya akan awak peroleh dari jualan gubal semuanya ini..?. 

Jika anda masih tetap meragui gaharu mampu menjadikan anda seorang jutawan, tak payah buang masa melayari website, blog dan pages gaharu. Di kalangan pengiat gaharu teknologi, mereka cuma tahu cakap, tahu cerita bagaimana gaharu membolehkan seseorang menjadi jutawan, kerana mereka semua ada bukti, hujah kukuh dari pengelaman mereka sendiri yang  menyokong kebenaran dari kata kata mereka. Anda cuma membaca, serta mendengar dari mulut ke mulut, namun minyak gaharu tiada pernah di hidu bauannya lebih lagi dan pasti tak pernah melihat bagaimana gubal gaharu sebenarnya. Tak payah anda mengambil tahu, berapa harga gubal gaharu berged double king sekilogram dan bergitu juga dengan harga minyak 1 tola. Saya syorkan supaya anda tutup angan angan anda mahu capai status jutawan dari hasil jual gaharu. TQ.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Sy sangat Suka membaca catatan tuan. Penuh maksud tersendiri dan berinformasi. Saya juga antara generasi yg tidak mengenali gaharu pada mulanya, Namun semuanya adalah tidak mustahil jika kita bersedia untuk mencari ilmu.

    Mudah mudahan suatu masa nanti diberikan masa Dan peluang untuk turut serta melihat pokok-pokok Tuan.

    Salam kemerdakaan.
    Aminah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Aminah
      Terima kasih atas ulasan. kami cuma pengiat kampung bergiat kecil2an catatan sekadar kongsi penfelaman.

      isyaallah di pelawa kunjungi kami, kami akan luangkan masa untuk kunjungan semua para bakal usahawan, pengusaha dan sesiapa saja sudi kunjungi kami.

      salam merdeka.
      gold-forest.

      Padam