Sabtu, 3 Ogos 2013

Gaharu ..Cekal.


Senang bercakap daripada berusaha, dok sembang sembang tak sampai sejam sudah boleh angan angan capai kerjayaan. Berhelaian kertas draf project dibentangkan mengikut teori, kalau kalau di tanam 1000 pokok gaharu, tolak bagi daraf, status jutawan dalam gemgaman. Itu lah yang dibual hari hari, pagi petang dan sambung ke malam. Tetapi mahu ditanam kat mana, tanah hakmilik hanya sekangkang kera bersama nama bersama ahli keluarga. Itu, tiada masalah, kita pohon sewa pajak tanah kerajaan, kikikikiki.. tunggu lah sampai berpuluhan tahun, project yang di draf entah jadi entah tidak.

Nak pohon sewa pajakan tanah kerajaan, wajip kena daftar syarikat SDN BHD, Tubuh Koperasi dan sudah tentu Lesen Kewangan wajip ada. Nak melengkapkan semua ini, kena pakai duit banyak. Yang kita cuma ada di akaun bank cuma ratusan ringgit. Prosesnya pula, turun naik tangga jabatan tertentu, Jabatan Pertanian, Jabatan Tanah, Jabatan Saliran dan berani berani kan diri, lobi set set YB YB, berstatus Exco. Sekali pergi, kos terpaksa melayang ratusan ringgit, jamu kakitangan jabatan supaya permohonan di cepatkan, kalau dapat berbaloi, sekiranya tak dapat.. kojol, hakikat ini terpaksa di terima, kerana bergitulah resminya sekira mengikut peraturan.

Mengapa bangsa lain senang di luluskan permohonan sewa pajak tanah kerajaan..? Semuanya bermula dengan duit, jika duit jalan dahulu, maka senanglah segala urusan. Dan ini puncanya maka kaum kita tertinggal jauh setiap bidang antara kaum lain, kerana kita sebetulnya tidak berduit, yang kita ada hanya suara sumbang, jarang jarang di ambil perhatian oleh jabatan tertentu. Kita akan dicari, dipandang setelah hasil dari usaha kita telah popular, telah berjaya mencipta nama. Disini lah permulaannya, tawaran demi tawaran mencurah curah datang, kononnya mahu membantu, memasarkan, upgrade produk yang telah kita pasarkan dengan jayanya.

Setiap kerjaya yang kita bina akan melalui pelbagai pengelaman memeritkan, jika. tanpa ada sokongan modal serta moral. Jangan sesekali mudah kita menerima tawaran yang ditawarkan, kerana ada muslihat tersembunyi menanti waktu kita terlalai. Kan sudah lumrah sifat manusia, suka menumpang, melobi untuk kerpentingan diri sendiri. Setelah mereka memperolehi yang dihajati, pelbagai bagai keburukan akan dilontarkan pada kita,  kerana kita telah merupakan saingan terkuat, kerana kerjaya yang mereka mulakan adalah sama antara kita.

Dibidang kegaharuan ini, boleh dikatakan di Malaysia jarang yang boleh di anggap profisional sebagai penginokulasian penghasilan gaharu melalui teknologi, semua yang berurusan niaga bidang ini mengikut amalan teori, yang di dengari atau di waris ilmu dari hunter hunter gaharu. Jikalau mereka profisional di bidang ini, selama puluhan tahun inokulasian telah merebak di Malaysia, tiada terbaki walaupun satu pokok, semua telah di inokulasi oleh mereka, kerana dari mulut mereka ini lah yang mengatakan, menghebuh dan merwar2kan hasil gaharu boleh jadi jutawan.

Cuma pandai cakap, pakai draf planning dan pandai buat buat cerita, kerana mereka terdedah awal mengenai gaharu, tapi hasilnya, hak mereka sendiri sepokok pun tiada di tuai, kerana fikiran mereka masih berbelah bagi tiada berani mengeluarkan kos inokulasi.  Dan belum merasai manis atau masin duit hasil jualan gaharu melalui penghasilan secara teknologi. Yang lebihnya cerita kerjayaan, imej imej gaharu yang di ceduk dan jadi broker, jadi marketing memasarkan gaharu dari luar Negara. Bila ditanya, mana gubal gaharu, mereka mengatakan, kami boleh bawa jumpa direct owner kat luar Negara dan berapa kilogram mahukan sambil tunjukkan imej imej gubal gaharu, padahal imej imej yang di tunjukkan, gubal nya sudah di jual oleh owner bertahun tahun sebelumnya.

Anda ditawarkan juga pelabur inokulasi pokok gaharu , entah betul entah tidak pokok yang berada di luar Negara, dengan janjian pulangan ratusan ribu.. kikikikiki.. kita cuma mampu keluarkan kos inokulasi 2K hingga 5K jer, tu pun pinjam atau pakat pakat dengan kawan, sah kan nak gi jengok pokok, nak tanggung kos perjalanan pun tak mampu, tapi jika anda berani tanggung riziko.. sila kan. Yang mengurus pelaburan ini, awal awal dapat komisyennya dari duit anda, dia boleh reka cerita itu ini bergitu bergini, disebabkan anda tak pernah menjengok pokok yang anda laburkan.

Saya bukan dengki, tapi dedahkan daripada pengelaman saya, tahaf mana kecekalan saya, sampai saya terdaya bertahan  secara solo sampai ke tahaf ini. Sudah bosan mendengar , di perkatakan di copkan, semua pengiat gaharu tiada boleh dipercayai, kerana kerbau yang se ekor membawa lumpur, maka di coplah pengiat gaharu semua pandai menipu. Tetapi masih terdapat dikalangan pengiat ini bermuka tembok kontrik, masih tiada akui dari mereka lah berpunca permasalahan itu.

Kadang kadang pertanyaan seperti menyindir, berapa pokok telah di inokulasi, berapa batang telah di tebang dan berapa nilai hasil jualan di perolehi. Bila di bagitahu jumlah yang telah saya inokulasi dan bukti gubal hasil saya inokulasi, kelain pula di minta nya, formula vaksin dan berapa hasilnya kalau di beli secara borong. Jawaban sinis akan terkeluar dari mulut saya..” engkau pergi lah jumpa mana mana pencipta vaksin, kalau engkau minta formula, bererti engkau minta nyawa nya.” Sapatah jawaban sebagai noktah permintaannya.

Ini lah bidang gaharu, ilmu kegaharuan boleh di sedekah, saya tetap bermurah hati pada sesiapa yang berhajat, tetapi formula vaksin, anda berusaha lah untuk memperolehi sendiri, jika ia nya sukar untuk perolehi, bergitu juga saya di awal awal melibatkan diri di bidang ini. Dan bergitu juga kemana gubal gaharu akan di pasarkan, bukan melalui broker atau tiada orang tengah memasarkan gubal gubal hasil inokulasi. Jika anda inokulasi sendiri, itu menjadi tanggungan anda, kat siapa, dimana dan harganya, terletak di atas kepala anda sendiri. Jika anda perlukan khidmat kami, syarat syarat, peraturan dan penjanjian anda tandatangani bersama kami.  TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan