Rabu, 28 Ogos 2013

GAHARU .. dari Angka kosong.



Saya mula terbikkan blog gaharu ini pertengahan tahun 2011, kikikiki., kalau tidak silap kiraan saya, maklum lah dah berumur bergini, banyak perkara yang terlupa dan sekarang ini dah masuk penghujung tahun 2014. Jika dinilai secara rambang, sejarah paparan tatapan blog gaharu ini, bergitu terbaik sambutannya dari peminat gaharu dari seluruh dunia, teruja setiap kali checking gambaran statistik sejarah paparan semasa hampir mencecah 18,000 paparan tatapan, saya hanya mampu ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan moral anda semua, tanpa anda, blog gaharu ini tentu sepi.

Saya mula buat kajian tentang gaharu di awal tahun 2002,Jika di kira blog gaharu ini, sudah terlalu lewat di terbikkan dari tempoh kegiatan aktif awal saya di bidang kegaharuan pada tahun 2008, itu pun setelah bertekad bidang ini saya bangunkan sebagai kerjaya. Itu puncanya ia mengambil tempoh agak panjang untuk terbikkan blog gaharu ini. Pertengahan tahun 2011 saya bermula terbikkan blog gaharu secara belajar sambil kongsi pengelaman.

Saya draf awal bagaimana catatan akan diterbikkan nanti, topic paling utama dedahan perkara yang benar, teknik penanaman, pemilihan baka, pengurusan ladang , factor gaharu terhasil, teori di gunapakai, kongsi pengelaman, bagaimana teknik menghasilkan gaharu melalui inokulasian, imej imej gaharu, imej pokok gaharu dan video menunjukan bagaimana penginokulasian menjalankan tugas inokulasi.

Untuk dapat sagu nya, ruyung mesti di pecahkan, bergitu lah nasihat orang tua tua kita, erti kata, kalau mahu berjaya, wajip belajar dan mempunyai daya usaha bersemangat kental, tetapi walaupun bagaimana sekalipun, kewangan terletak di nombor satu, baru lah planning untuk menjalankan sesuatu project akan berjalan lancar. Kita tiada  dapat memulakan kajian, sekiranya tiada dana khas untuk menampung kos kajian kita. Tetapi, saya bermula dari angka kosong .. kikikikiki.. tentu anda tiada percaya, mungkin di fikiran anda bisik bisik, mustahil bermula dengan angka kosong.

Kita jangan mudah menilai orang lain ketika mereka dalam kemewahan, kita wajip memandang kebelakang bagaimana payahnya mereka berusaha untuk memiliki semua itu. Pernah tak, terjumpa mereka lepak di kedai kopi, dari pagi sampai petang.. ada pernah terjumpa, mereka buang masa di papan dam.. dimana mereka berada ketika masa luang ?. Saya tujukan pertanyaan ini pada anda. Jika kita buang sifat serta amalan, berusaha seperti mereka, kita pasti memiliki lebih dari mereka miliki, bergini cara saya berfikir dan meneruskan kerjaya sebagai pengiat gaharu teknologi secara aktif.

Membina kerjaya di bidang kegaharuan, bukan perkara senang, orang yang bagi ilmu, ramai, kejap kejap ada penganjur yang anjurkan bengkel gaharu, berserta yuran ratusan ringgit Malaysia. Penganjur dapat duit tunai dan kita dapat ilmu kegaharuan, dapat lihat contoh gubal gaharu, yang ini gred double super, double king, alur batu, bulu rusa, gred B serta pelbagai bagai gred lain dan dapat hidu bauan aroma minyak dan bagaimana rupanya yang dikatakan minyak gaharu. Ada juga para penganjur berhati ikhlas, betul betul mahu membantu peserta yang hadir tandus ilmu tetapi peserta ini pula, bersemangat berkobar kobar cuma 3 minggu , masuk sebulan dari tempoh bengkel di sertainya., semangat entah kemana, punca utamanya , modal untuk memulakan project gaharu, tiada. Kikikikikiki.. cakap senang bos, bikin itu perkara susah.

Saya bukan ada niat nak patah patahkan semangat anda, sekurang kurang saya ingat ingatkan anda dan diri saya sendiri, rupa rupanya duit memainkan peranan paling utama, duit lah pembakar semangat, duit menjadikan hati kita tabah dan duit akan menjayakan sesuatu project yang kita planning kan. Kita wajip tanam di hati kita sifat kerberanian mencuba, buang sifat cepat mengalah, sekiranya tiada termampu lakukan sekali gus, kita tetap lakukan secara ansur ansur sekadar yang kita termampu, ingat pesan orang tua tua, sedikit demi sedikit lama kelamaan menjadi bukit, lihat bagaimana anai anai membina busut, ambil tauladan ini sebagai contoh tujuan membina sasuatu kerjaya. Kerjayaan di bina dari kerpahitan, sensaraan serta cemuhan, bergitu besar nikmatnya, kita sentiasa berwaspada, selalu bersyukur dan tentu sekali sifat egoan tiada bertakta di sanubari kita.

Bersifat amanah pada diri sendiri, merupakan tonggak sesuatu kerjaya, di sini lah orang menilai kita, boleh dipercayai atau tidak. Kikikikiki.. orang zaman ini tak pandang pada pakaian, cakap besar kita serta kenderaan mewah yang kita miliki, kalau berjanji selalu tak di tepati. Sekiranya kita juga gemari sikap orang berterus terang, bergitu juga orang lain gemar dengan orang bersikap sedemikian. Saya masih ingat dan gunapakai pesan orang tua tua, jadi seperti padi semakin tunduk semakin berisi, buang sifat lalang semakin, meninggil semakin kosong isi nya.

Jangan ada suara dari hati, nak mula project gaharu, nak dapatkan modal kat mana, amalkan seperti saya catatkan, jika ada tanah, tanam sikit demi sedikit. Jika ada pokok tumbuh liar, pelbagai bagai pakej usahasama kami tawarkan tujuan sama sama membantu serta sama mendapat menanfaat. Jika anda mampu mengeluarkan kos hanya sepokok berukuran 40sm, terus dapatkan khidmat penginokulasian dan seterusnya lakukan ketika ada peruntukan lebih, tetapi jangan sampai membebankan diri, jika amalan ini anda lakukan bermula dari angka kosong, pasti kerjayaan milik anda. TQ.

2 ulasan:

  1. Terima kasih Tuan,

    Entri yang penuh dengan nasihat berguna. Bermulalah dengan sedikit Dan apa adanya. Jika kita terlalu mencari kesempurnaan Dan segala galanya lengkap, hanya ada 2 kemungkinan :
    1) anda memulakan project setelah orang lain menuai hasil
    2) anda tidak akan Bermula Langsung.

    "Begining is half done"

    BalasPadam