Khamis, 13 Disember 2012

Gaharu, Semakin Stress.



Tentu anda membaca salah satu catatan blog saya, Gaharu.. Biar betul. Yang terkandung pendapat saya tentang gaharu semulajadi banyak di temui di Indochina dan di temui di kawasan yang pernah berlaku peperangan. Pendapat ini saya ajukan semula sebagai soalan kepada sesorang mahir, pakar serta seorang aktif melakukan kajian di bidang ini. Tergaru garu dan terpegun beliau memdengar persoalan serta hujah yang saya timbulkan secara ikhlas, tanpa niat untuk menguji pengelamannya.
Ini pengakuan salah seorang pengusaha bergelar usahawan gaharu yang bersama saya di ketika itu “ Harga Vaksin habis puluhan ribu, kos inokulan, Pengurusan dan masa dok menanti tempuh matang, tak ubah perangai kera dok depan cermin, bila di tebang, berbaloi ker boss.. Masa inokulan, angan angan, impian dan bualan bukan main, tuai jer pokok ini, pasti dapat ratusan ribu.. hehehehehe, bila dah tuai camnie.. aduhai.. nasib lah juga dapat kayu prosesan minyak, boleh lah  hasilkan produk, tetapi kena keluarkan modal sekali lagi, cari kilang hasilkan produk.. nampaknya nak jadi jutawan, semakin jauh lagi boss”
Saya mengulas pengakuan usahawan ini. “ Terdapat terlalu banyak penyebabnya, Yang pertama adalah cecair vaksin tiada upaya memberikan kesan allergic, yang kedua factor cuaca dan yang terakhirnya kandungan air didalam batang pokok melebihi. Terjawablah persoalan ini, mengapa cecair yang sama di gunapakai berkesan di Negara Negara Asia lain, di Negara kita hanya berkesanan cuma 30%, inilah punca punca utamanya.. Fikir dan kaji bagaimana mahukan nyahkan kandungan air didalam batang pokok berlebihan”
“ Sorry boss.. saya bukan nak tunjuk pandai..” kata saya pada pakar ini yang telah mengembara seluruh asia tenggara kerana gaharu. “ Kami mahukan yang terbaik, terbaik dari Negara dari Asia yang lain , kami tak peduli jika ada yang beranggapan berbeza perkara ini dengan kami, pada yang pernah berkata kami tak mungkin mampu kami capai, mereka sudah terlalai ketika ini, kami telah memdahului mereka dalam diam, sebagai pengiat sehaluan, kami memang mengharapkan komen dari boss, lagipun boss, dah termasuk didalam group pengkaji gaharu serumpun dengan kami”.
“ Di antara semua pengiat gaharu yang aktif mempunyai pendapat, pandangan berbeza dari fikiran logic mereka sendiri, tentang penghasilan gaharu melalui teknologi. Disini timbullah sifat pentingkan diri, sering tuduh menuduh, memperkecilkan usaha orang lain. Saya bukan irihati boss.. tapi saya kasihan pada bakal bakal usahawan, yang menjadi mangsa  menghadiri bengkel bengkel gaharu yang mereka anjurkan. Yang menganjurkan bengkel gaharu ini, bukan dikalangan usahawan, bukan penginokulasian, bukan empunyai ladang gaharu tetapi mengambil kersempatan untuk mendapat income segera, jika seorang di cajkan RM600.00, kalau 100 orang hadir.. berapa mereka dapat..? peserta yang dapat, ilmu pembohongan mereka..” kata saya.
“ hahahahahaha..” ketawa besar pakar gaharu nie.. “ wou.. patutlah boss kita nie mempunyai peminat paling ramai, blog nya mendapat tempat dikalangan usahawan dan bakal usahawan seluruh dunia, bergitu lantang, tegas, bernas, berani, tak pernah merasa cukup ilmu kergaharuan di perolehi setiap hari dan hinggakan berjaya cipta cecair vaksin sendiri. Saya terkejut bila dapat tahu, Gold-Forest R&D Gaharu bergitu pantas menglintasi saingan veteran dalam diam diam, hari ini ternyata kerbenarannya Gold Forest R&D Gaharu bukan calang calang penginokulasian dan vaksin ciptaannya, Tahniah boss..” katanya.
“ Betul seperti apa yang di soalkan pada saya, itu bukan pendapat, itu satu reality, gubal gaharu semulajadi banyak di temui di kawasan yang pernah berlakunya peperangan serta lokasi yang mengalami musin kering yang panjang. Perkara seperti ini, memanglah terlepas dari fikiran kita, Cuma andaian dan kajian tertunpu pada pokok, tapi pada cuaca, air bawa bumi, keadaan tanah dan sekitaran di pandang ringan “.
“ kalau hanya menjalankan kajian mengikut teori, sampai bila tiada temui punca, itulah sebabnya kita terpaksa habiskan masa , duit dan tenaga kerana memampung kos kajian priktikal dan kita temui factor factor utama penghasilan gaharu secara teknologi. Seperti boss terangkan tadi, walaupun sebaik mana dos vaksin ianya tiada dapat menghasilkan gubal gaharu terbaik, sekiranya kita berpendapat memandailah apa yang ada. Terlalu banyak teknik sampingan di lakukan untuk stress yang kedua, hehehehehe.. tentu boss dah terfikir agak bagaimana mencipta teknik susulan tu.. betulkan,,? Ujarnya lagi sambil bertanya pada saya.
 “ hehehehe.. betul, ada bermain main di fikiran saya, bagaimana teknik susulan akan saya lakukan nanti .. hehehe. TQ boss..”. kata saya. Hanya sepetang bersama beliau, tetapi padat dengan perbincangan A – Z tentang penghasilan gaharu melalui teknologi. Kersempatan di ambil kami bersama melawati beberapa lokasi ladang inokulan Gold-Forest, ladang share, ladang hak milik kami dan kesempatan petang itu juga di ambil melawati pokok yang akan di inokulan. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan