Jumaat, 21 Disember 2012

Motivasi Gaharu power.



Terima kasih diatas sokongan anda semua, khas untuk pelawat blog gaharu Gold-Forest R&D Gaharu, Ahli Group di Laman facebook.com://ROYAL AGARWOOD (gold-Forest ) dan yang sentiasa LIKE Pages GOLD-FOREST R&D GAHARU. Di atas sokongan moral anda semua, saya dapat mengurus Gold-Forest  dengan jayanya walaupun tagged 2012 tiada tercapai seperti yang dirancang, disebabkan factor cuaca, masa dan bajet di peruntukkan terhad, tetapi, Alhamdulillah tagged 2012 melebihi 80% tercapai.
Sudah tiba masanya merangka planning bagi tahun 2013 akan tiba 2 minggu lagi. Planning asal cuma di upgrade, bagi memantapkan pengurusan pelbagai hal, dari khidmat Inokulan, Upgrade vaksin sedia ada, menambah stock vaksin, Promosi pengedaran anak beneh gaharu, khidmat kontrak penanaman, project penanaman, Kumpul pokok pokok gaharu liar, menyiapkan pembinaan kilang prosesan minyak , pemasaran kosmetik kecantikan dan produk produk berasaskan gaharu.
Bulan Disember 2012 dah penghujung, hujan mula melanda negeri negeri pantai timur. Di awal bulan Disember, sebelum hujan sempat juga lakukan perbincangan, rundingan dan lawati pokok pokok yang akan di Inokulan, Untuk di inokulan musin kering akan datang, 150 batang pokok telah dikenalpasti, ukuran lilitan dari 35sm keatas. Pokok ini akan di inokulan apabila cuaca mengizinkan bulan disember 2012.
Di saat terakhir menyiapkan project planning 2013, satu tawaran project terbesar di tawarkan oleh pengurus ladang berbangsa China, berminat mendapatkan khidmat Inokulan, pada pokok gaharu liar Aquilaria malaccesis lamk yang ribuan pokok, tumbuh melata di dalam ladang getah kerpunyaan syarikat beliau. Setelah penerangan dan taklimat di beri, dengan keputusan, inokulan akan dijalankan pada awal bulan januari 2013.
“ Boss , tambah dua pakej lagi, macamana kalau gold-forest anjurkan bengkel gaharu dan ajarkan teknik Inokulan, kan dah banyak permintaan dari bakal bakal usahawan “. Staf saya bagi cadangan. Kedua pakej ini memang tiada di planningkan sejak seawal saya bangunkan Gold-Forest, tiada niat untuk memasukkan pakej ini di dalam planning kalendar 2013. Saya tak mahu membuang masa, ke hulu ke hilir anjurkan bengkel gaharu di sana sini, bergitu juga pakej krusus teknik inokulan, cukuplah dedahan demi dedahan saya catatkan di blog gaharu saya, kalau ada sesiapa yang berminat nak lihat sendiri bagaimana kami lakukan, luangkan masa datang ziarahi kami, ketika kami jalankan inokulan sepanjang tahun.
Saya tak mahu juga di anggap, menjana pendapatan melalui jalan mudah, anjurkan bengkel kaut keuntungan ribu ribu sehari, peserta datang dapat ilmu teori yang di reka bergitu jauh perbezaan dari jawapan sebenar bila priktikal dilakukan , selesai bengkel gaharu, ilmu entah kemana. Perkara seperti ini lah, kebiasaannya berlaku, disebabkan teori terlalu banyak di terimapakai dari penceramah. Dari pada peserta membayar kos bengkel, lebih baik kos ini, dibelanjakan beli anak anak beneh gaharu, tanam sebagai asas priktikal teknik penanaman.Tahun 2013 tagged utama kami tumpukan pada penginokulasian, beribuan pokok tersedia untuk dijalankan inokulan hanya di satu lokasi. Kerja kerja inokulan pokok sejumlah ini, bukan kerja 1 bulan, kermungkinan sepanjang tahun 2013, kami tiada terdaya bagi khidmat di lokasi lain, Kecuali staf serta peralatan di tambah, tetapi bukan perkara mudah seperti dirancangkan.
Kami bukan terbaik, bukan hebat dan bukan tersohor, kami cuma ada daya usaha ,sedikit kemampuan sebagai pengusaha mempunyai pengelaman sendiri dari kajian priktikal tanpa dapat tunjuk ajar dari mana mana pihak. Cita cita, impian yang mendahului segala gala, sedemikianlah kami berani menghadapi cabaran tanpa ada sifat cabar mencabar, jatuh menjatuhkan sesesiapa atau mana mana saingan. Bagi kami tiada sesesiapa pun saingan kami, yang mahu kami pintas, tagged utamanya kerjayaan, penghasilan gubal dan mempunyai cecair vaksin yang 100% berkesan.
Dengan sedemikian kami bermula dengan kajian sendiri tanpa mengharap bantuan, kami tiada bengantung harap 100% pada pihak lain. Mungkin ada perbezaan pendapat dengan kami, bermula melalui kajian, tentu, lambat mendapatkan hasil, paling cepat dapat hasil ciplak hasil kerja orang lain atau beli teknologi dari yang telah berjaya. Sekira sedemikian pendapat anda, bersedialah anda akan menghadapi masalah, bila berurusniaga di bidang ini antara peniaga, pasti anda akan di permainkan, utamanya cecair pengalak resin atau vaksin
Bila anda membangun melalui kajian sendiri, anda selamat dari di permainkan, anda mempunyai power tersendiri, tiada sesesiapa berani mencabar anda, anda menjadi tumpuan, lebih lagi bila hasil kajian anda melepasi tagged. Anda ada bukti kajian, akan di hormati dan akan terus mencipta nama di bidang usahawan gaharu , kerana anda mempunyai vaksin terbaik, bukan vaksin inport tetapi hak hasil ciptaan sendiri, kan, betul kata saya, anda tiada mempunyai saingan kan..? tiada siapa cuba mahu saingi anda.. hehehe.. jika ada saingan.. power anda akan merimaskan saingan anda, anda bebas inokulan sejumlah besar tanpa memikirkan jumlah kos vaksin, saingan anda pula masih tergaru garu kat mana nak cekup duit, nak bayar harga vaksin.
Berwaspada selalu, jangan mudah percaya kepada segolongan pengiat gaharu, lebih lagi bila melibatkan urusan duit, pelbagai bentuk penipuan akan berlaku. Ini puncanya saya tak mahu berurusan dengan mereka, rawat pokok mereka, tak dibayar, bekal anak beneh tak dibayar dan pelbagai kerenah telah saya temui. Planning Gold-Forest 2013 adalah planning penutup bagi mereka mendapatkan khidmat kami, jangan ingat kami akan rugi, hehehehe.. kami dah terlepas dari memikirkan masalah dengan mereka. 
Saya lantang kerana kerbenaran, dari pengelaman sendiri pernah termakan umpan putar belit pengiat gaharu, segala catatan diblog gaharu saya, adalah dari maklumat hasil kajian saya, sebagai pengkaji spesis, sebagai pengedar baka, sebagai penginokulasian yang aktif, sebagai kontraktor peladangan gaharu serta dari temubual hunter gaharu, dari pemilik pemilik pokok yang pernah tertipu, pengiat pengiat gaharu tulin, bakal bakal usahawan, para pembeli lot lot gaharu, pemilik tanah yang dimajukan penanaman gaharu dan orang orang perseorangan yang terlibat secara tak lansung di bidang ini. Mahu kan perkara yang terbaik, adalah amat sukar, tetapi, kalau kita bermula dari bawah, ianya pasti berhasil… TQ. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan