Khamis, 29 November 2012

Upgrade ..!!!



Bukan Ting Kosong..!! catatan baru kali ini..? hehehehe. Tiada apa topic yang lain selain hal dan tentang gaharu teknologi, tiada isu politik, tiada isu perkauman, Tiada isu menaikkan darah orang lain. Semua isu dan topic catatan, bertujuan menaikkan semangat, daya saing, menupuk kenyakinan diri, tiada rasa rendah diri, supaya berani menempuhi segala cabaran untuk di jadikan paduan kepada sesiapa yang mahu memulakan kerjaya sebagai usahawan gaharu Teknologi.
Dan mungkin timbul pertanyaan di hati anda, mengapa tajuk besar blog ini berubah ( GOLD-FOREST R&D GAHARU * Kop Usahasama Anak Kelantan Berhad (KOP.UAKB) Rej No D-4-0606 ) tertera di atas. Seperti saya maklumkan di status FB saya, bagi menlancarkan segala urusniaga sah di segi undang undang, tanpa ada rasa curiga di mana mana pihak yang sering berurusan dengan Gold Forest (GF) , topic utamanya melibatkan pelaburan inokulan, ada kah pengambilan wang tunai, serta perkara perkara lain meragui anda dan ada pendapat mengatakan mengambil wang secara pelabur salah di segi undang undang. Betul ker ..?
Share Inokulan bukan pelaburan, ianya satu bentuk perniagaan secara share dengan pemodal antara pemilik pokok melalui perjanjian peribadi suka sama suka, manakala pihak Gold Forest hanya menjalankan khidmat mengambil upah sebagai penginokulasian dan bagi pihak pemodal , pemilik pokok bersetuju bersepakat melantik Gold Forest sebagai wakil pemantauan pokok gaharu yang share di jaga, di inokulan, di tebang, di bersihkan dan hasil tuiaan gaharu di pasarkan, mengikut garis garis peraturan peraturan yang telah di setujui bersama di antara 3 pihak yang terlibat.
Kerbiasaan Gold Forest memperolehi pokok pokok gaharu liar depu, atau karas atau gaharu * Aquilaria Malaccesis Lamk di tawarkan oleh para para pemilik pokok kepada kami melalui perjanjian , disebab mereka tiada mampu menanggung kos inokulan dan sebagai peniaga khidmat penginokulasian yang modal tak seberapa, Gold Forest tawarkan pula pokok pokok pada sesiapa yang mampu share menampung kos tersebut, bila hasil tuaian di jual, semua yang terlibat akan mendapat keuntungan mengikut peratusan yang telah di tetapkan.

Niat ikhlas Gold Forest mahu kembangkan industri gaharu teknologi, pada para peminat tiada mempunyai pokok, tiada tanah untuk perladangan, pihak kami tawarkan segala kemudahan yang kami miliki. Jika di fikirkan dengan jelas, pelaburan share inokulan bukan pelaburan, ianya urusniaga di bidang pertanian pokok gaharu yang dirawat melalui keadah teknologi bagi penghasilan gubal. Cuma anda yang mengeluarkan kos atau modal menganggap ianya pelaburan, mungkin juga betul pendapat anda.
Jika di kira dengan kemampuan kami di Gold Forest, memang kami tiada akan termampu merawat ribuan pokok gaharu setiap tahun, jumlahnya modal yang diperlukan bukannya sedikit, ditambah pula setiap bulan, semakin bertambah jumlah pokok di tawarkan oleh pemilik kepada kami. Dengan sedemikian lah, kami bagi peluang pada para para peminat gaharu ikut sertai kami di bidang ini.
Kami kenalpasti pokok pokok yang akan di inokulan mengikut ukuran lilitan, lokasi, keselamatan pokok, pengesahan status hak milik tanah , kebenaran tanpa waktu melawat pokok setelah di inokulan dan 100% di anggap pemilik sah bagi pokok yang di tawarkan. Pemilik tiada berhak, memajak, mencari pemodal, menebang, memusnahkan, mencacatkan pokok setelah perjanjian ditandatangani dengan kami, sekiranya mereka engkar, semua kos inokulan dan caj caj lain akan di kenakan, tanpa ada kemaafan.
Tagged utama inokulan kami sejumlah besar pada pokok gaharu spesis Aquilaria Malaccesis Lamk, dimana pokok gaharu tumbuh liar banyak terdapat di Malaysia. Seperti kita mengetahui pokok ini tumbuh berselerakkan dari cambahan biji, tumbuh di kampung kampung, dusun buahan, di kebun getah serta hutan pinggiran bukit. Bagi pendapat saya sebagai pemilik solo Gold Forest, pokok spesis ini cepat memulangkan kos pelaburan jika dibandingkan antara pokok yang baru di komesilkan baka yang di bawa masuk ke Malaysia, iaitu Aquilaria Crassna, Aquilaria Sub-Intergra dan Agarlocha Roxb.
Urusniaga Gold Forest tetap tiada berubah walaupun disatukan di bawah bumbung dengan KOP.UAKB ( Koperasi Usahasama Anak Kelantan Berhad ) ianya mengikut slogan asas urusniaga “ Together Toward One Direction “ iaitu Bersatu Ke Satu Arah. Ini bukan bererti saya utama KOP.UAKB, ianya satu badan induk menumpang Gold Forest, tiada mempunyai apa kerpentingan, tiada hak atau berkuasa membuat keputusan atau bantahan di pengurusan urusniaga Gold Foret.

Niat saya, mahu mengekalkan planning Gold-Forest R&D Gaharu lebih terbaik, lebih mantap setiap segi, dari edaran baka , teknik inokulan, teknik penanaman, khidmat kontrak penanaman di perluaskan dan bergitu juga kajian kami untuk sentiasa upgrade ramuan cecair pengalak resin. Walaupun tahaf ini, cecair pengalak resin ciptaan di anggap terbaik, bukan bererti kami telah berpuashati dengan penghasilan gubal dari tuangan cecair ciptaan kami.
Kami bukan terhebat, tiada mempunyai tabung kewangan teguh, apa yang kami lakukan hanya sekadar yang mampu, berusaha terus berusaha untuk mencapai impian kami sebagai usahawan gaharu teknologi, mengikut teori, priktikal, factor di sertai kajian kajian kami berlandaskan ilmu adalah satu anugerah dan ianya wajip di salurkan pada yang berminat. Dengan sedemikian lah mengapa saya ganbungkan Gold Forest R&D Gaharu bersama Koperasi Usahasama Anak Kelantan Berhad. TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan