Isnin, 31 Disember 2012

Gaharu, Belang Rimau .. You.!!



Edaran zaman pantas berlalu, dari membakar gubal untuk menghidu bauan, perubahan menghasilkan minyak bermula. Teknologi semakin cepat merebak, pucuk mudanya pula dijadikan tea herba, dari  masa ke masa, air sulingan nya pula di jadikan kosmetik, perfume, sabun mandi, biskut, pati serbuk peprosesan minyak di jadikan colok dan para pakar perubatan sedang mengkaji bahan bahan serta biji dari pokok ini untuk proses menjadi bahan kergunaan medical.
Golongan pengiat gaharu sentiasa mencari gubal gubal bergini, Bulu jagung, teras kerepot, Ulas Limau, alur batu, belang rimau, kepala kayu, gred E, gred C, gred B, gred A, Double suoer , Double king dan pelbagai bagai lagi, entah nama apa apa gubal gaharu, yang utamanya semuanya tetap gaharu, kebiasaannya di temui pada sebatang pokok kelompok genus Aquilaria ini, telah berabab abab lamanya menjadi buruan pengiat gaharu di seluruh asia tenggara dan menjadi kegilaan oleh semua bangsa kaum Asia barat. bahan medical, andaikata, sepokok batang hingga ke daun semua berguna..
Habis tu, mengapa pokok ini dimusnah sewenang wenang nya..? satu faktornya di tebang untuk dapatkan gubal semulajadi, yang terdapat pada dahan dahan, bahu bahu dahan kesan kesan luka lama, tempat tempat damar damar terkumpul, dibahagian pokok yang pernah mengalami stress. Dan satu factor lagi, ianya di jadikan papan keranda serta di tebang di musnahkan , kerana mereka menganggap pokok ini tiada menghasilkan gubal.

Jika mengikut teori, gubal terhasil melalui, pokok ini di sakiti, ditebuk, di paku, di lukai, disiat kulit nya, pokok yang mati secara semulajadi dan pelbagai teknik lain ,, Ini hanya teori, hehehehe .. tetapi saya tak pernah lakukan, Jika ianya terhasil, itu adalah bernasib baik. Tetapi ada juga bernasib baik, beruntung daripada memcuba, secara kerbetulan dapat gubal berkualiti.
Sebagai pengamal Penginokulasian, saya tiada mengharap teknik lain selain dari inokulan. Ada setengah pendapat mengatakan gubal yang terhasil dari Inokulan , kurang berkualiti, bagi saya itu tidak penting, tagged saya, mahukan jumlah penghasilan gubal berkuantiti besar, seboleh bolehnya sepokok dari akar, batang, dahan serta ranting menghasilkan gubal, biar lah setengah pendapat mengatakan harga gubal rawatan murah, kalau dah banyak, banyak jugalah hasil jualannya.

Jika harganya agak murah, mengapa ada yang tanam beratusan ekar, ada yang tak henti henti inokulan..rela beli vaksin ratusan ringgit hanya 1 liter, mengapa kaum lain  mendahului kaum kita..? Saya sendiri pun sukar nak menjawab soalan ini secara tepat. Ada setengah kaum lain, mengupah hunter gaharu, mencari gahatu liar di hutan belantara dan ada dikalangan mereka mempunyai kilang prosesan minyak.
Jika ada masa luang, ingin rasa mengikuti hunter hunter memasuki hutan belantara mencari gubal semulajadi, sekurang kurang dapat mengenal serta maklumat, bagaimana gubal yang dinamakan bulu jagung .. hehehehehe, jangan di beri nama bulu ketiak dah lah. Gubal bulu jagung gred kayu minyak termasuk belang rimau dan kepala kayu kalau di kira bukan lagi di golongan gred E. Tetapi , bila terlintas di fikiran, ianya satu kesalahan, niat terpaksa dibatalkan.

Teras Kerepot, ianya merupakan kepingan gubal yang ditemui pada batang , dahan dahan daripada kesan luka. 70% teras Kerepot terhasil dari teknik inokulan, didapati dari dahan dahan dan batang dengan pelbagai gred. Manakala dibahagian akar akar dan bahu dahan pula, jika inokulan dilakukan dengan sempurna dan ada kersabaran , ianya akan terhasil gubal berged A.
Belang rimau, ianya terbentuk dari kedutan sekeliling pangkal yang berbonggol bonggol dan di temui juga di bahu bahu dahan , kerbiasaanya di temui pada pokok Big Size. Kerbanyakan gubal ini terhasil daripada proses semulajadi. Kerana garis gubal nya melintang, ianya dinamakan belang rimau.

Alor batu, Ianya kepingan gubal berwarna kerhitaman, keras dan ada bentuk panjang sebesar jari , ada pula sebesar tapak tangan, gubal ini didapati dari spesis Hirta atau Candan terhasil secara proses semulajadi. Gubal ini digemari oleh pemborong gaharu dari Negara Timur Tengah.
Di kalangan besar kaum kita masih tiada mengetahui apa itu gaharu, hehehehe .. tarak belajar sejarah ker ..? kaum Timur tengah, di Negara mereka sepokok gaharu tiada tumbuh, mengenal apa itu gaharu. Mereka rela datang ke Asia termasuk ke Negara kita hanya untuk mendapat gaharu dan minyak gaharu, bukan sedikit mereka belanjakan sekali mereka datang, ratusan ribu ringgit.

Kerbiasaan mereka akan memborong gaharu dan minyak gaharu, tempoh 3 – 4 bulan sebelum musin Haji, Setiap kali mereka datang, Negara Singapura akan menjadi transit,, kerana di situlah lambakkan gaharu dari serata Asia tenggara berkumpul. Memasuki Malaysia melalui broker broker gaharu, dari sini lah penjajahan mereka bermula, ke Johor, Pahang, N9, Melaka, Perak, Terenganu dan Kelantan, mencari di manakah tinggalnya penduduk peribumi untuk dapatkan gaharu berharga murah dan seterusnya hinggakan ke Sabah dan Sarawak.
Hairan juga.. mengapa para para pemborong ini, bebas mengeluarkan hasil Negara, membawa pulang ke Negara kita. Padahal, semua gaharu semulajadi yang mereka beli, di curi di hutan hutan simpan tanpa kerbenaran. ( tak di panggil pencuri pulak , kalau ada kebenaran .. hehehehe ) Lain lah, kalau mereka beli gubal gubal inokulan dan beli minyak, yang tentu halal, di jual oleh para pengiat yang di sahkan peniagaan oleh kerajaan. Yang penting, kita urusniaga secara halal.
Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 khas buat para para pelawat blog gaharu saya, pada para bakal usahawan, pengiat pengiat gaharu, usahawan gaharu, para para peminat gaharu, para para usahawan yang berurusan dengan kami, yang pernah mendapat khidmat inokulan kami, yang share inokulan bersama kami.. Insyaallah tahun 2013, kami gandakan lagi khidmat yang terbaik, Thanks You ALL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan