Rabu, 9 Januari 2013

Gaharu Inokulan 2013



Catatan ini adalah catatan pertama di awal tahun 2013, imej imej terbaru dari aktiviti kami, Tiada azam tahun baru, azam lama di upgradekan untuk memamtapkan lagi pengurusan, jadual kerja inokulan di susun semula, setiap staff di dedahkan teknik inokulasn sebagai penginokulasian yang mahir dan dipadatkan jadual kerja inokulan setelah saya menilai permintaan khidmat inokulan serta vaksin mendapat sambutan di luar jangkaan.
Setiap hari dari bulan kebulan tahun 2012 telah meninggalkan kita, bagi saya telalu pantas masa berlalu sepantas vaksin yang saya tuang di batang pokok gaharu. Anda, berapa pokok yang telah ditaman, berapa pokok telah di inokulan dan berapa pokok telah ditebang..? saya telah menebang 2 pokok untuk pemprosesan minyak, air sulingan akan diproses untuk bahan bahan kosmetik dan manakala patinya pula di jadikan colok.. Anda bagaimana..?

Sebagai blogger dan usahawan, mungkin tabiat semulajdi  bercampur antara blogger dan usahawan agaknya, suka dedah mendedah terang terang apa yang tak betul, berterus terang, suka kongsi maklumat, pengelaman. Mungkin ada sifat berhati hati disebab banyak kali terkena, dipermainkan pada awal awal penglibatan saya di bidang ini. Bukan niat saya mahu mengutuk, mengata dan mahu menjatuhkan sesesiapa dikalangan pengiat gaharu veteran.
Yang tak baik kita jadikan iktibar, yang baik kita jadi pembelajaran, yang telah terkena, seawal penglibatan ianya satu pengelaman. Walaupun susah mendapat duit, rezeki Allah taburkan merata, jika Allah dah tetapkan bukan hak kita, apa apa boleh terjadi. Sekurang kurang kita bermula dengan sifat baru, berhati hati setiap kali lakukan dan jangan mudah percaya putar belit dari seseorang yang mengaku mereka pengiat gaharu.

Kermungkinan pengiat gaharu yang mempunyai website atau blog, hanya mengatakan mereka terbaik dari pengiat lain. Bagi pendapat saya, selagi mereka bergantung harap vaksin inport, mereka bukan terbaik, sampai bila mereka mampu mengharapkan bekalan vaksin dari luar, sudah tentu perkara tiada ingini berlaku sama seperti saya mula mula menceburi bidang ini.
Bukan saya tamak, inokulan beratusan pokok setiap tahun, sebagai usahawan, saya mempunyai tagged sendiri. Hari kehari semakin banyak permintaan diterima, pemborong mahukan pokok siap inokulan tempuh 6 bulan, 10 bulan akan ditebang untuk diproses menjadikan minyak dan bahan bahan kosmetik. Walaupun harganya dibayar dengan harga murah, setimpal dengan tempuh 6 bulan, sudah boleh dianggapk berbaloi.

Rasa bertuah memiliki vaksin ciptaan sendiri, hasil ideal Allah berikan pada saya,  tiada menjadi bermasalah jika mahu inokulan ribuan pokok dalam setahun. Setiap hari saya ditawarkan inokulan pokok pokok liar di seluruh Kelantan. Tahun ini saya akan inokulan pokok berukuran dari 35sm hingga 100sm, inokulan dilakukan diatas permintaan dari pemborong dan pokok pokok big size pula di inokulan untuk kergunaan kilang pemprosesan minyak sendiri. Saya dah siapkan planning membina kilang pemprosesan pada pertengahan tahun ini.
Tiada niat saya mengangkat ekor sendiri, lebih lagi mengaku vaksin ciptaan saya adalah Number One .. hehehehe, yang pandai menilainya, para para usahawan yang telah berurusan dengan saya, mereka yang pernah melihat hasil Inokulan, yang pernah melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana jalinan resin penghasilan tuangan vaksin ciptaan saya. Jika anda masih maragui kata kata saya, ajukan pertanyaan kepada yang pernah ikut saya semasa setiap kali ujian jalinan resin dilakukan.

Saya tiada kisah, jika ada dikalangan pengiat gaharu pertikaikan, tiada mengakui Gold-Forest R&D Gaharu mendahului mereka dan mencipta nama di bidang kergaharuan di Malaysia. Itu semua tiada penting bagi saya, lagipun saya tiada pernah berurusan dengan mana mana pengiat gaharu di Malaysia, Jika ada yang mengaku mengenali saya, itu adalah pembohongan, Gold-Forest R&D gaharu bergerak secara solo, tanpa ada sokongan dari mana mana pihak.
Bangsa lain mempercayai dengan penuh keyakinan tanpa ada kermusykilan pada kami, mereka tawarkan pada kami, bagi tanggungjawab 100%, untuk mendapat khidmat kami, inokulan ribuan pokok. Dan sudah tentu ada sebabnya, mengapa pengiat gaharu tersohor, memohon khidmat inokulan, setiap pokok yang di inokulan di tuang vaksin ciptaan kami..? Selama ini pengiat tersohor agong agongkan  vaksin inportnya. Dari 2 kes ini, membuktikan kami adalah yang terbaik, terbaik dari group pengiat gaharu lain
Allah berikan kelebihan kami, semangat kental, suka mengkaji, setiap teori di ambil kira, mengikut factor  di sudahi melalui priktikal, tak pernah sayangkan duit untuk kajian dan tiada pernah kenal erti jemu. Bila saya bagitahu pada pengiat gaharu tersohor, saya akan inokulan ribuan pokok sepanjang tahun 2013, spontan keluar dari mulutnya, beruntungnya mempunyai vaksin ciptaan sendiri.
Stock vaksin, tiada masalah, sudah tersedia sejumlah 500 liter dan akan ditambah 500 liter lagi. Jika di kira dengan jumlah pokok, stock vaksin sebanyak itu belum mengcukupi. Terpaksa menjalankan inokulan mengikut Fasa, barulah bajet tak lari, masalah kos vaksin, tiada timbul, yang menjadi masalahnya kos pengurusan dan upah staff pulak.. hehehehehe .. kita orang perahu kecil jer, kalau tak ikut perancangan, alamat tak berasap lah dapur.TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan