Ahad, 4 November 2012

GAHARU terkunci mulut

Di kelendar project inokulan pokok di Pasir Kelang , telah memasuki tempuh 6 bulan. Bergitu pantas masa berlalu tanpa di sedari.  Sudah sampai masa dan ketika , chekking jalinan resin mesti di lakukan , bagi penilaian berkesanan Vaksin yang telah di upgrade., adakah berkesanan kerserasian melebihi dos vaksin digunapakai sebelum ini, jika ianya berjaya, satu percapaian terbaik didalam sejarah vaksin ciptaan formula Gold-FOREST R&D GAHARU.

Kalau teringat si pacat, rasa malas ke Pasir Kelang di waktu musin musin hujan bergini, tetapi, bila memikirkan kos pelaburan bergitu besar telah di laburkan , hanya 9 batang pokok gaharu big size, nak tak nak terpaksa menghadapi kerenah si pacat. Lagipun masih ada beberapa pokok gaharu lagi yang belum di inokulan , pemilik pokok dah berkali kali bertanya bila agaknya pokok nya mahu di rawat, saya hanya mampu memberi pelbagai alasan membeli hati mereka.

Didalam fikiran pelbagai bagai andaian, berbelah bagi, sekiranya vaksin telah di upgrade kurang berkesan, tiada kerserasian tak mencapai 50% akan terasa tak berbaloi memproses bahan bahan terpilih 100% bersih serta proses pemeraman terlalu lama. Tapi, bila hati berkata, kita hanya mampu berusaha, mengikut factor, teori dan priktikal yang betul, tak mustahil ianya akan berjaya dengan izin Allah, selagi kita tiada menyimpang mengikut jalan yang salah.
Semua pengiat gaharu ada niat menjadi yang terbaik, daripada pemilik pokok, pelabur, penanam hinggakan hunter gaharu, melebihi lagi saya sebagai pencipta cecair pengalak resin ( Vaksin). Setiap kali vaksin di upgrade, keputusan berkesanannya bukan dapat menilai satu atau dua hari, ianya memakan masa berbulan bulan, hati sentiasa didalam debaran dan dua pertanyaan timbul di hati .. jadi atau tidak .. Bukan hilang keryakinan pada vaksin ciptaan sendiri, cuma sedikit keraguan selalu bermain dihati.

Ada pertanyaan.. Vaksin ciptaan saya, adakah terbaik dari vaksin yang dipasarkan..?. Jawapan ini, saya tak akan beri komen, bagi saya, saya tiada boleh menilai hasil kerja orang lain atau pengiat penginokulasian lain. Kerana saya tak pernah bertanya khabar, kenal mengenal semua penginokulasian yang aktif bergiat di bidang ini. Yang mampu memberi nilaian, mereka terdiri daripada pemilik pokok, para pelabur dan peminat gaharu, yang pernah mendapat khidmat dari mereka.
Debaran jantung saya kencang semasa menjejaki kaki di tebing sungai Pasir Kelang, memang hilang rasa kesabaran, mahu berlari ke lokasi 9 pokok yang telah di inokulan. Setelah tarahan dilakukan pada pokok yang pertama di lakukan, tanpa di duga, kelihatan warna kerhitaman bergitu besar di sekeliling kesan injections. Yang mengambarkan kerasian vaksin ciptaan di upgrade telah melepasi tahaf yang tak pernah di jangkakan.. Alhamdulillah.

Kami susuri pokok yang berikutnya, lepas satu lokasi ke satu lokasi selama 2 jam ditemankan si pacat. Semua pokok yang telah di inokulan, telah mengalami jalinan resin yang terbaik. Terbaik penghasilan resin dari sebelum ini, jika di banding antara vaksin inport yang telah kami upgrade, yang telah di gunapakai sebelum ini. Sebagai penginokulasian aktif , dari melihat jalinan resin sudah dapat mengakui, vaksin GF AisMicro Gold-Forest Formula, adalah satu satunya cecair vaksin paling serasi di gunakan pada spesis gaharu Aquilaria Malaccesis Lamk.
Bukan ada niat walau sedikit di hati mempunyai rasa riak, ego dan mula lupa diri, sesiapa pun mempunyai perasaan seperti saya ketika itu, bila hasil ciptaannya berjaya dengan cermelang. Kergembiraan, berpuashati dan semangat akan bertambah yakin dengan bidang yang kita ceburi, maka usaha mesti di tingkatkan sebaik baik yang boleh, bagi mendapat keputusan paling terbaik sepanjang masa.

TERKUNCI Mulut dan suara sumbang sebelum ini, yang gemar memperkecilkan usaha orang lain, yang gemar bersuara tanpa mengikut fikiran tanpa mengkaji, yang suka memandang sebelah mata usaha orang lain, Orang lain telah ke depan, yang kita dok di tahaf lama, sembang di kedai kopi berjam jam, itu ini bergitu bergini, air yang di minum pun kawan yang bayar .. itu bentuk pelaburan kah bergitu..?

Walaupun bagaimana berjaya sekalipun, kami tetap berpegang pada planning awal kami, tiada sesekali cecair vaksin ciptaan kami di urusniaga secara runcit , ianya di urusniaga bersama khidmat inokulan bersama kami, bagi memestikan berkesanannya berkekalan, untuk mengelak perkara perkara tak di ingini berlaku. Bukan cabar mencabar sesiapa pun, ini ada bisnes, berkecuali dalam apa bentuk hubungan, yang leka akan rugi, yang lewat akan terlepas, setiap peluang datang wajib di rebuti, ideal harus di upgradekan , ilmu wajib di timba walaupun sukar sekalipun. 

Sehebat mana pun kalau tiada izin dari NYA, semua ini tiada mungkin terjadi segala kertentuan dari NYA jua, di berikan kepada kami, ilham, usaha, sedikit kenyakinan diri, berani menghadapi cabaran , tanpa ada perasaan jemu, memekakkan telinga dan tanpa mahu mengalah setiap kali menerima ujian dari NYA. 
Kepada para usahawan yang sentiasa berurusan dengan kami, yang join kami di FB, yang selalu menghantarkan email , yang sering like kami di FB dan yang sering mengikut blog gaharu ini, Terima kasih ( Thanks You All ), tak mengira di mana anda berada di Malaysia atau di  Negara mana jua, anda lah pencetus semangat juang kami di GOLD FOREST R&D Gaharu, tanpa anda siapa lah kami. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan