Ahad, 18 November 2012

Gaharu , Terbaik..!!!

Kami luangkan masa, meninjau pokok pokok yang telah di inokulan di 2 lokasi, tempoh masa inokulan 6 bulan di Pasir Kelang, Kuala Krai, jumlah pokok telah di Inokulan 9 batang. Manakala di lokasi kedua di Kampung Jeram, Pasir Puteh. Kelantan  dengan jumlah pokoknya 11 batang. Kesemua pokok pokok di inokulan serta di tuang dengan cecair vaksin GF AisMicro 100% organic Formula, yang telah di upgrade, keputusan jalinan resin amat membanggakan.

 Tempoh 6 bulan Inokulan
Pokok pokok pelbagai size dari 70sm hingga 200sm , kami inokulan untuk menilai berkesanan penyerapan cecair vaksin, keserasian cecair vaksin, stress, furgus, allecgic, alahan kulit pokok, permukaan lubang injection , penutup bamboo stick, kertahanan pokok dan tindakbalas perubahan pokok selepas di inokulan.
Dan masih ada beberapa lokasi lagi belum sempat di tinjau , tempoh inokulan 8 bulan, 9 bulan dan 1 tahun, yang telah di rawat dengan vaksin yang sama. Kesemuanya pokok ini telah di checking penilaian jalinan resin semasa tempoh 3 bulan dan kami akan melakukan sekali, menilai penghasilan jalinan resin bagi merekodkan perubahan resin setiap 4 bulan sekali.
Beratusan pokok yang telah di inokulan awal tahun 2012, sudah ternyata akan memulangkan modal yang telah di laburkan di bidang ini. Hasil kajian kami, sudah berakhir, R&D sudah memberi hasilnya, lebeh dari terbaik dari yang di harapkan. Tapi kami tetap mengekalkan nama Gold Forest R&D Gaharu, yang telah menaikkan nama kami sebagai R&D cecair vaksin, spesis gaharu dan teknik penanaman ,amnya di Malaysia.
 Jalinan Resin 6 Bulan
Kami sudah memiliki cecair vaksin ciptaan sendiri yang betul betul serasi, penyerapan yang pantas, berkesanan terbaik, dari bahan bahan 100% organic, Penat lelah, kenangan pahit, cabaran demi cabaran, pernah mengalami kewangan yang parah, suka duka kerana di sindir, di cabar dan akhirnya Allah gandakan dengan satu kerjayaan yang tiada terucap oleh kami di GOLD-FOREST R&D GAHARU KELANTAN. Allahamdulillah.

Jalinan Resin 4 bulan
4 Bulan
 
 6 Bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan