Selasa, 23 Oktober 2012

Cendana pun Gaharu..!!!


Salam buat semua peminat, pengiat, usahawan, bakal usahawan dan hunter gaharu, yang berada di Malaysia dan tak lupa juga kepada peminat gaharu di Negara Negara Asia. Pada para penginokulasian, dah berapa pokok siap di rawatan..berapa pokok tahun nie ? dan pada para usahawan baru, dah siap ke bersih tapak penanaman ?, musin hujan telah bermula nie ..
Bulan November dan Desember kerbiasanya musin terkujuh akan melanda di seluruh negeri di Malaysia, jika di ikutkan teori inokulan boleh di jalankan, tetapi di segi soal panjat menanjat yang sudah tentu menjadi masalahnya, pokok gaharu di dalam keadaan licin dan di pangkal pokok , si pacat pula merayap bukan main banyaknya .. isk isk .. yang ini lah tak dapat bertahan, jika kulit alahan, menjadi penyakit gatal dan berkudis. 
Banyak pertanyaan di ajukan oleh bakal bakal usahawan, tentang penanaman, bagaimana mengenal tanah yang sesuai, berapa pokok boleh ditanam keluasan tanah ½ ekar , pelbagai pertanyaan cara cara mengurus selepas di tanam, tiada tertinggal pertanyaan rawatan atau inokulan, kos inokulan, tempoh matang, size pokok dan perbandingan pokok yang ditanam , pokok tumbuh liar iaitu Depu,karas, atau gaharu , nama sainstifik nya Aquilaria Malaccesis lamk, adakah gubalnya setanding  di antara pokok Candan nama saistifiknya Aquilaria Hirta dan Sandalwood atau Cendana.

Saya sudah terangkan nama nama spesis gaharu di catatan blog GOLD-FOREST yang lepas tajuknya Mengenali spesis. Dari kajian mengatakan spesis gaharu Genus Aquilaria ini melebihi 25 spesis family Malaccesis, antara yang popular Aquilaria Malaccesis Lamk, Hirta, Sub-Intergra, Crassna dan Agallocha Roxb. Spesis yang telah di komersil secara perladangan, spesis dari Malaysia iaitu Aquilaria Malaccesis dan spesis yang bawa masuk dari Thailand Sub-Intergra ,  dari Indochina aquilaria crassna dan Agollocha Roxb.
Secara ringkas saya nak huraikan spesis yang tumbuh di Negara kita iaitu Aquilaria Malaccesis lamk, Sundalwood dan Aquilaria Hirta. Aquilaria malaccesis Lamk juga mempunyai pelbagai bagai spesis, berdaun lebar, berdaun panjang dan berdaun halus, seakan akan sama antara spesis yang dibawa masuk dari Negara Thailand iaitu Aquilaria Sub-Intergra, ada penyebab utama yang menyokong huraian saya, Sub-intergra di klonkan antara 2 spesis, aquilaria malaccesis lamk dan Aquilaria Crassna secara mengunakan Teknologi kultur tisu.

Ada 1 spesis gaharu tempatan yang sukar untuk di komersilkan secara peladangan, iaitu Aquilaria Hirta ( Candan ) Candan daun berbulu dan candan minyak, punca utamanya ianya sukar hidup dikawasan perkampungan, tetapi tiada mustahir ianya boleh di tanan di kawasan tanah di pinggiran banjaran hutan belantara. Ada satu spesis yang baru kami temui, orang orang kampong memanggilnya dengan nama Depu Pelandok, penghasilan gubal, kuatiti nya belum dapat kami pastikan lagi.
Di kalangan Genus ini juga terdapat lagi satu spesis yang hidup subur di bumi Malaysia , Sundalwood atau di panggil Cendana, walaupun pada dasarnya gubal nya tak seberapa nilainya, tetapi permintaan di pasaran amat mengalakkan. Saya pernah menemui gubal cendana di hutan simpan di Ulu Kelantan, cendana mempunyai gubal gubal yang berbentuk unik pelbagai bentuk berwarna kerhitaman. Ianya boleh ditaman secara komersil tetapi tumbesaran agak perlahan dan spesis ini tak payah di rawat, ianya menghasilkan gubal sendiri, inilah kelebihan sandalwood.

Ini cuma pendapat saya, anda nilai sendiri mana yang terbaik menanam gaharu antara cendana ( perbandingan ). Spesis gaharu tiada termasuk Cendana, mesti di rawat ( Inokulan ) bagi penghasilan gubal, manakala cendana mampu menghasilkan gubal tersendiri. Jika saya ditanya secara berdepan pokok gaharu spesis manakah yang saya minat menanam, sudah tentu saya beri jawapan “ pokok Cendana’, mengapa saya memilih cendana..?
Bagi saya, kita mampu mengeluarkan kos permulaan membersihkan tapak bakal ladang gaharu, masih mampu membeli beneh beneh spesis gaharu, mampu membeli baja dan masih mampu mengeluarkan kos perjagaan selama 3 – 4 tahun akan datang. Contohnya kita usahakan ladang kerluasan 4 ekar, jumlah pokok gaharu yang siap ditanam sejumlah anggaran 4,000 pokok.. banyak kan .. tak kisahlah, kan kita banyak duit..hehehehehe .. tetapi…

Mampukah kita keluarkan kos rawatan atau inokulan untuk 4,000 pokok sekali gus..? jikalau harga inokulan di kira borong RM180.00 sepokok, cubalah kita daraf dengan 4,000 pokok, berapa jumlahnya..?. RM720,000.00 betul ker kiraan saya, mana tahu kot2 silap.. hehehehe. Anda ada jumlah ini secara tunai..? Pada pendapat saya, walaupun anda mempunyai duit sejuta tunai sekali pun, anda tak akan mungkin menghabiskannya tujuan mengupah para inokulasi merawat pokok pokok gaharu anda dan para penginokulasian juga memikir beberapa kali untuk menerima tawaran dari anda, dalam fikiran mereka ada nada keraguan, anda akan bayar antara tidak. Sorry bukan tak percaya tapi tak seberapa yakin ..hehehehe.
Sama juga kos permulaan yang anda keluarkan tujuan menanam spesis gaharu juga, tetapi menanam sandalwood atau cendana, walaupun harga gubalnya murah, berpatutanlah gubalnya terhasil dengan semulajadi tanpa ada kerisauan bagaimana nak merawatnya. Sekiranya 4000 pokok ditanam, kalau dianggarkan sepokok hanya berharga RM200.00, ini sudah bererti anda sudah mampu mendapatkan pulangan RM800,000.00.. sudah berbaloi, mana yang anda mahu habiskan RM720,000.00 kos upah inokulan spesis gaharu lain antara dapat RM800,000.00 hasil dari jualan gubal cendana.
Walaupun apa apa, kalau betul betul mulakan penanaman, pilihlah baka yang paling cepat tumbesarannya, perbandingan saya di atas itu, adalah contoh pulangan, tempoh masa pulangan, cara cara mengurus bajet kos inokulan dan mahukan setiap pelaburan di bidang ini dapat memberikan pulangan berganda, tak kiralah spesis gaharu apa yang anda tanam, walaupun hanya spesis gubal berharga murah, cendana pun tetap gaharu ..TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan