Selasa, 9 Oktober 2012

Gaharu, Biar betul..!!!



Dalam kaji mengkaji, timbul pelbagai bagai soalan pada diri sendiri ,  mungkin juga tiada terfikir selama ini mengapa di Negara Vietnam , Myanmar, Kemboja dan di Negara Asia lain nya. Mengapa terhasilnya gaharu semulajadi jumlah yang banyak tanpa di lakukan rawatan atau inokulan. Dan mengapa pihak University of Minnesota bergitu aktif menjalankan kajian di Papua New Guinie penghasilan gaharu dengan mengunakan Teknologi..?. Catatan Sejarah mengatakan perdagangan gaharu bermula seawal abad ketiga, dalam tulisan Wa Zen dari Dinasti Wu. Wa Zen  bahawa gaharu diperolehi dari Vietnam.
Negara manakah yang pertama pencipta cecair pengalak resin atau Vaksin Gaharu..  Thailand, Myanmar  Kemboja atau Gold-Forest R&D Gaharu di Malaysia.. ?  Hehehehe.. itu bukan jawapan nya. Vaksin gaharu di permajukan di Negara Vietnam oleh Syarikat terbesar yang telah lama berkencimpung industri gaharu, bukan di Thailand, Myanmar atau di Kemboja. Teknologi di perkenal di Papua New Guinei oleh para pengkaji University of Minnesota dan di kembangkan  di Negara Vietnam ini, dibawa masuk ke Negara Negara asia lain oleh para para pengiat penghasilan gaharu teknologi.

Mengapa pula gaharu semulajadi banyak di temui di Negara Indochina..? Faktor utamanya adalah perperangan saudara, hehehehe .agak pelik pendapat saya.?. mungkin anda tertanya tanya dengan pendapat saya , mengapa pulak saya kaitkan perperangan antara gaharu..?.  Ini adalah pendapat logic , bila sebuah Negara mengalami suasana perperangan ianya tiada dapat lari dari mengunakan senjata api dan senjata senjata berat. Setiap kali berlaku pertempuran, bukan am nya berlaku  di kawasan Bandar, ianya menyeluruh berlaku di kawasan pergunungan, bukit bukau dan perkampungan. Di Negara Negara Indochina ini perperangan berlarutan dari zaman maharaja hingga ke zaman era revolusi.
Dari ledakan peluru senjata berat, dari senjata kecil ini mengenai pokok pokok gaharu yang tumbuh di persekitaran medan perang, yang mengakibatkan pokok gaharu mengalami stress bergitu lama.  Yang akhirnya terhasillah gaharu semulajadi yang di temui di Negara Indochina sejumlah terbanyak. Bergitu juga di Negara kita Malaysia, gaharu semulajadi banyak di temui di kawasan hutan belantara pernah mengalami perperangan zaman menentang penjajah dan anasir komunis.

Dengan sebab ini lah mengapa para para pengkaji dari University of Minnesota mula menjalankan kajian di Papua New Guinie, setelah mengetahui bahan bahan yang terdapat dari pokok ini banyak mendatang menafaat dan telah berabab lamanya menjadi buruan di kalangan para para pendagangan dari Asia barat. Pendagangan ini mengelarkan gaharu black gold from forest yang dapat menghasilkan minyak mengeluarkan aroma berbau manis, yang bergitu tinggi nilainya di pasaran.
Oleh kerana mengalami kepupusan, spesis gaharu mula di komersilkan sebagai tanaman perladangan, bermula di Negara Vietnam, Thailand, Kemboja, Myanmar, Malaysia, Indonesia, Brunei, India dan seluruh di Asia Tenggara. Lambakan pelbagai spesis mula merebak, dari baka anak biji, cambah hinggalah anak kultur tisu. 100% tujuan perladangan ini , bergantung penghasilan gaharu secara teknologi, iaitu mengunakan teknik rawatan ( inokulan ), Sebelum penanaman di komersilkan  formula vaksin telah ditemui.

Didalam bidang pertanian di antara Negara Negara di Asia Tengara, Negara Thailand adalah satu satu Negara mempunyai teknologi tertinggi dibadang pertanian  , penduduk nya kerbanyakkan para petani, dengan sedemikianlah Negara Thailand lebih popular di bidang kergaharuan teknologi. Walaupun pada asasnya, vaksin gaharu di ciplak dari Negara Vietnam dan masih ada di kalangan pengiat gaharu di Thailand, mengaku Formula awal Vaksin di perolehi dari Vietnam.
Di Negara Malaysia tempias penanaman dan inokulan merebak bergitu pantas, adakah 2 tahun kedepan Malaysia dapat membekalkan gaharu di pasaran dunia ?. Dengan ikhlas saya catatkan sebagai pendapat saya, 10 tahun lagi, tiada akan mungkin, Negara kita tiada dapat menandingi Negara Negara Asia lain sebagai pembekal gaharu utama, jika dibandingkan dengan Negara Vietnam , Thailand. Brunei dan Indonesia, yang bergitu jauh meninggalkan kita di bidang ini.

Betul ker, di Malaysia sudah mempunyai ramai pakar pencipta cecair pengalak resin atau Vaksin gaharu , yang di pasaran oleh penginokulasi, vaksin ciptaan mereka sendiri..?. Saya bukan niat nak perkecilkan bangsa sendiri, Bangsa Melayu di Malaysia utamanya para para pengiat gaharu. Para para pengeluar Vaksin dari luar Negara pernah bagitahu saya, ketika saya melawati ladang inokulan mereka, kata mereka 100% penginokulasi dari Malaysia membeli vaksin ciptaan mereka, hehehehe.. adakah pemberithuan dari mereka semua ini betul, anda mahu percaya atau tidak.. itu hak anda.
Itu lah sebab utama mengapa saya katakan 10 tahun lagi, tak akan mungkin Negara Malaysia berada didalam ranking pengeluaran gaharu. Hanya satu cara sekiranya, Negara kita mahukan industri ini terus mencipta nama, semua pihak berkenaan di bawah badan badan kerajaan memainkan peranan utama, mewujubkan satu badan yang mengambungkan semua pengiat gaharu teknologi dan berkongsi ideal, timba ilmu cari formula menghasilkan vaksin yang betul betul serasian pada pokok gaharu yang tumbuh di Malaysia.

Sekiranya pihak berkenaan hanya mengharapkan syarikat swasta memberi ideal, formula vaksin, ianya tiada akan berjaya, walaupun dibayar sejuta pun, tiada yang sanggup mengadaikan formula vaksin dengan duit. Kerana mereka pun banggun berdiri dengan kaki sendiri, tanpa ada bantuan moral, subsidi daripada badan berkenaan, jalan terbaiknya, formula vaksin tetap menjadi rahsia dan boleh di urusniaga sendiri tanpa ada saingan mencabar.
Kalau tak mampu nak tubuhkan pergambungan pengiat dan para penginokulasian di bawah satu bumbung .. Untung juga kan. ? siapa siapa nak inokulan pokok gaharu, hanya kita mempunyai vaksin, kos inokulan ikut keluar dari mulut, pemilik tak sanggup keluarkan modal, kita orang tak rugi apa apa pun, boleh rawat pokok sendiri. Hehehehehehe .. tiap tiap bulan asset kita orang bertambah, kalau pemilik dan para pelabur sayangkan duit, jangan malu malu gigit jari.. hehehehe.. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan