Selasa, 2 Oktober 2012

Tersungkur dipangkal gaharu


  Tak di sangka betul, saya mempercayai dia hidup hidup, Pokok pokok yang dia rawat di Negara nya, semuanya menjadi, bagi saya, dia lah paling hebat daripada pengiat gaharu lain. Saya dah order beratusan liter vaksin ciptaannya, dah merawat pokok pokok hakmilik orang lain termasuklah pokok saya sendiri, tempoh rawatan ada yang usia 1 tahun dan ada berusia 2 tahun, jika dikira kos nya beratusan ribu duit telah saya gunakan untuk merawat pokok pokok tu”.
“ Fikiran saya dah mula serabut, mengapalah saya terlalai sampai ke tahaf ini, sepatutnya, saya order vaksin sedikit untuk peringkat percubaan, uji berkesan atau tidak. Mungkin kerana terlalu percaya, daripada cakap dia semasa saya lawati ladangnya. Tak pernah pula saya melakukan chek jalinan resin setelah 3 bulan, seperti gold-forest lakukan. Kersilapan besarnya saya, merpercayai orang dari luar, mengapalah ketika itu kurang yakin pada pendapat dan teguran dari gold-forest.”

“ Mengapa dia sanggup mempermainkan saya, kami kawan baik, setiap kali kunjunginya saling bertukar pendapat, order vaksin dan bagi peluang dia berurusniaga di Malaysia. Saya dah tebang 10 pokok yang di rawat 2 tahun lepas dengan mengunakan vaksin yang dia bekalkan, resin yang di temui hanya di sekeliling lubang injections jer, Cuma sedikit dijika dibandingkan dengan kos yang saya habiskan, memang tak berbaloi. Kermungkinan vaksin dibekalkan bukan original dan teknik inokulan yang di ajarkannya berlainan dari yang dia sendiri lakukan, agaknya.” Luahan hati seorang pengiat gaharu tulen yang tersohor namanya.
Terkedu saya untuk mengulas luahan hati seorang kawan baik, risau pula kot kot tersilap huraian, akan membuat hati kawan semakin kecewa. Nak dikatanya bodoh, kurang hati hati , ianya bukan calang calang pengiat gaharu, satu nama yang gah dipersada kergaharuan. Mempunyai website sendiri, telah sama sama menjelajahi seluruh Asia Tengara kerana gaharu. Jika mahu dibandingkan dengan saya,  cuma ada blog. Jauh panggang dari api, Beliau melebihi segala galanya,  kelebihan saya, tidak mudah mempercayai orang lain, utama orang berniaga.

Pagi khamis 27hb, kerbetulan hphone kerhabisan bateri, call masuk hphone terus padam, Bila di caj pada petang, 10 missed call dari nombor yang sama. “ Mengapa nie, seperti ada perkara penting, datanglah ,saya ada kat warong kopi, kita sama minum, jom .. saya tunggu.” Terus pelawa, terasa di hati, dah tentu kawan nie ada masalah sedang dihadapinya, di nilai dengan 10 missed call darinya.  “ saya lapar nie, lapar segala galanya..” guraunya yang dibuat buat, bagi menglindungi masalah yang dihadapinya.
“ Kan dari awal lagi saya dah ingatkan, jangan mudah 100%  percayai kata katanya, tak akan mungkin dia bagi ilmunya bergitu mudah. Kan dia tu bisnes, kalau dia bagi ilmunya, maka dengan sendirinya, ia akan menutup periuk nasinya sendiri. Dah berkali saya ingatkan .. berhati hati, waspada, nie tidak, semua cakapnya di dengari tanpa ada tapisan, malah di puji puji pula, dia lah yang terhebat, dengan saya nie pula, di komen itu ini, tak mampulah dan macam macam komen, maklumlah masa tu, berkawan baik dengan pembekal vaksin luar Negara, tanpa  sedari, mempergunakan kamu untuk melebarkan sayap bisnesnya di Malaysia, siapa yang untung .. kamu ker..? ” Giliran saya  memulang paku buah keras.

“ Dari awal lagi saya pernah ucapkan, bukan tagged Nombor 1 atau nombor berikutnya, tetapi penghasilan gubal nya bernombor satu, mengapa saya sentiasa upgradekan bahan kandungan vaksin.. dan mengapa setiap kali vaksin yang di beli saya, campur dengan bahan bahan lain dari kajian saya..? Pernah saya bagitahu setiap kali jumpa  berusahalah cari formula cipta vaksin sendiri , sampai bila mahu harapkan bekalan vaksin dari luar, pada ketika nanti mereka akan permainkan kita, bila mereka menganggap urusniaga mereka tercabar, kan dah terjadi perkara yang saya ingatkan awal awal dahulu “.
“ kerserasian vaksin itulah perkara utamanya mengapa jadi sedemikian, sebab itulah ada perbezaan namanya, dari fikiran logiknya, penghasilan gubal semua spesis gaharu tetap dinamakan gaharu, tetapi dikelompok genus Aqulairia ini mempunyai nama nama perbezaan, nak cakap nama nama tu, kamu lebih arif dari saya. Saya mahu bercakap cara bodoh saya, sekiranya ada perbezaan nama, maka ianya tumbuh di Negara berasingan, dengan sendirinya pokok pokok spesis ini, mempunyai habitat berlainan sector tanah dan sudah tentu iklim pun berlainan.”. Saya mulakan naik semangatnya kembali.
“ Vaksin yang mereka cipta, untuk spesis yang tumbuh di Negara mereka sahaja, yang kamu dok memandai pergi beli dan terus tuang kat batang gaharu tu, ada jaminan penghasilan gubal akan terjadi.?  Yang mereka pamerkan contoh gubal hasil inokulan mereka tu, betul, memang betul, tetapi contoh daripada spesis yang tumbuh di Negara mereka dengan mengunakan vaksin mereka sendiri. Cuma tak pasti adakah vaksin yang kamu beli tu dah dikurangkan dos nya atau sengaja untuk memperkenakan kamu., itu kamu kena fikirlah sendiri ..”

“ Tiada feadah kawan, berbudi sesama peniaga, kan sama sama berlumba cari pelanggan, lama kerlamaan kepala kita mereka pijak kerana duit. Sebagai orang dah ada nama di bidang kergaharuan nie, tak kan kamu mahu mengaku kalah, nak tutup laman di website dan nak biarkan gitu jer pokok yang tak berhasil tu. Berusaha lah cipta vaksin sendiri dan anggaplah ini semua permulaan yang ketiga .. hehehehe, kerana kerdegilan kamu sendiri, saya tak boleh nak membantu, kerana kamu saingan bagi perniagaan saya, walaupun kamu kawan baik, bisness berkecuali tak mengenal siapa....”
“ Seperti pernah saya bagitahu, pada semua pencipta vaksin, walaupun mereka pamerkan contoh gubal berged berpuluh kali berdouble super pun, saya tiada keryakinan untuk mencuba vaksin yang mereka pasarkan, Bukan saya ego, kita wajip berwaspada, 2 tahun bukan jangka masa yang pendek, bagi memulangkan kembali wang pelaburan kita dan 2 tahun ini juga, apa apa boleh terjadi, dan mereka boleh beri pelbagai alasan sekiranya apa yang terjadi, pada pokok yang kita rawat mengunakan vaksin yang mereka bekalkan .. tak ingat ker ,perkara bergini pernah kita lalui mula kita ceburi bidang ini.” Kata saya sambil memanggil empunya warong mengira harga makanan.
“ Boleh ker saya dapatkan vaksin ciptaan awak, untuk rawatan kedua pokok pokok saya tu..” satu permintaan yang telah saya jangkakan. “ Maaf kawan .. vaksin saya bukan untuk di urusniaga, di cipta untuk kergunaan sendiri , Vaksin ciptaan saya bukannya terbaik, lagipun dicipta oleh pemilik yang tak tersohor “ kata saya sambil hulurkan tangan dan minta diri. Kekadang kita mesti lepaskan perasaan, mesti bersifat kejam, bagi saya, dia adalah saingan dalam urusniaga, dengan masalah yang dihadapi itu, itu masalahnya, tanggunglah sendiri, kalau pandai gali lubang, pandailah tutup sendiri. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan