Jumaat, 13 Julai 2012

Jutawan Gubal Gaharu

Mampu kah kita menjadi seorang JUTAWAN, tanpa ada usaha dan modal di keluarkan..? Satu pertanyaan pada diri sendiri, se awal  menceburi bidang ini. Dimana mahu dapatkan modal bagi memulakan peringkat pertama sebagai usahawan gaharu, nak berhutang, siapa yang percaya, lagipun ketika itu tiada siapa yakin, pokok gaharu boleh dirawat bagi penghasilan gubal.
Urusniaga awal di dalam bidang ini, saya hanya edarkan beneh-beneh gaharu sambil memberi khidmat penanaman secara kontrak, kepada pengusaha berurusan pembelian beneh dan membawa masuk para para pemborong gaharu dari Asia Barat, di atas pertolongan kawan kawan yang pernah berkerja di sana, ini adalah satu satu jalan pada fikiran, bagaimana mahukan modal terkumpul bagi memulai cita cita.

Saya bukan mahu cerita hal diri sendiri, tetapi sebagai contoh bagaimana untuk memulakan sesuatu mesti ada modal, yang keduanya wajip mampu berusaha dengan semangat gigih. Kiranya kita ada modal, tiada usaha, apa apa yang kita lakukan hanya sampai separuh jalan, modal di keluarkan hangus bergitu sahaja, kecuali kita memberikan lerpercayaan kepada orang lain atau kita membeli masa orang lain , tujuan perlaksanaan segala cita cita kita impikan.
Tanan pokok gaharu, jadi jutawan..!!! Tanam 1 pokok dan rawat 1 pokok ker, tentu akan jadi Jutawan..? Kalau rawat  hakmilik sendiri 10 pokok ukuran 80 sm, tak mampu lagi jadi jutawan, tu baru berapa ringgit jer kos rawatan, tak kan modal habis 10k , keuntungan nya dah boleh jadi jutawan.?. Sekiranya kos rawatan sejumlah itu anda keluarkan, anda sudah boleh angan angan, sekurang kurang ratusan ribu tentu akan anda perolehi.

Catatan kali ini banyak berkalau kalau .. hehehe . Kalau anda seorang minat berkebun, di persetikaran halaman kediaman anda menanam pokok spesis gaharu 30 pokok. Anda menjaga  dan taburkan baja 3 kali setahun. 3 ½ tahun masa terlalu singkat, pokok yang anda tanam sudah   boleh dirawat. Setelah dirawat 3 hingga 4 tahun akan datang pokok yang belai setiap masa di masa lapang sudah boleh dituai.Ini bererti pelaburan anda matang selama 9 tahun.
 Hasilan tuaian 30 pokok, tak mampu lagi anda menjadi jutawan , usia pokok 9 tahun bukan nya sebesar pemeluk, Sudah tentu gubal gubal berbentuk nipis yang terhasil cuma sedikit dari rawatan atau inokulan. Walaupun teknik inokulan atau Teknologi Nano mampu membantu proses jalinan resin hingga ke dahan, pokok berusia ini tak mampu menghasilkan gubal 10 kilogram, memandai lah sekira nya penghasilan gubal pelbagai gred yang dituai 3 kilogram, jika 3 kilogram sepokok, anda telah mempunyai tuaian dari 30 pokok sejumlah 90 kilogram gubal, di jual kepada pemborong anggaran harga RM2k p/kg, dah jadi jutawan ker..? belum lagi.

Saya cuma mahu focus kepada topic ini dahulu , tak mahu nak bandingkan sejumlah selebih dari ini, punca nya bukan semua peminat gaharu mampu, ada mempunyai tanah terhad dan tiada masa luang. Ini adalah satu contoh paduan untuk anda bandingkan , untuk menjadi jutawan gaharu bukan sejumlah kecil pokok ini wajip di tanam., untuk mencapai impian jutawan, sekurang kurangnya 500 pokok siap tersedia di ladang anda. Sila siap calculation dan mula mengira.. hehehehe.

Satu topic lagi, kos atau modal di keluarkan khas untuknya amat amat mengerumkan, inokulan atau rawatan. Sebagai pemginokulasian, petani dan urusniaga di bidang ini yang bergantung 100% dari hasil tuaian gaharu. Setiap bulan kami lalui pahit manis, bagaimana nak cekup, nak dapatkan modal, bagi tujuan merawat pokok gaharu liar. Adakalanya kami di minta memberi khidmat inokulan pokok pokok milik orang perseorangan., bila sebut harga inokulan, ramai para para pemilik ini tiada mampu mengeluarkan modal.
Setiap perkerjaan mahu kan duit segera, kami bukan badan kebajikan, awal awal sudah dibagitahu , kos inokulan di bayar tunai, setelah selesai inokulan di jalankan. Jika Setuju, kami jalankan inokulan, tak setuju kami tak kisah, jika pemilik mahu bayar ansur, awal awal kami tolak, hutang hutang bergini punca pergaduhan akan wajip berlaku di hadapan hari.
Kita teruskan topic ini. Sekiranya anda mempunyai 20 pokok gaharu liar, setiap batang pokok berukuran lilit 200 sm atau lebih, anda telah boleh di cop bakal jutawan.. Selepas inokulan di jalankan tempuh masa 3  hingga 4 tahun , anda boleh menuai peringkat pertama, dengan cara menebang kertinggian 3 kaki dari pangkal… Mengapa bergitu pulak..? pokok ini akan mengeluarkan tunas tunas baru

Dari hasil tuaian pertama, anda sudah mampu mendapat kembali wang pelaburan kos inokulan, dari anggaran pokok berukuran lilit 200 sm ini, anggaran gubal nya 15kg pelbagai gred. Sekiranya 20 pokok anda menuainya, jumlah keseluruhan 300kg, contohnya semua gubal begged E, anda sudah memperolehi pulangan yang berganda, cuma tuaian dari tebangan 3 kaki ke atas dan anda masih ada asset pelaburan, ia itu tunggul yang bertunas untuk tuaian kali kedua yang membolehkan anda menjadi jutawan.
 Dua perbandingan ini saya huraikan, pokok yang ditanam antara pokok liar, yang mana lebih cepat mendatangkan hasil…?  Tentulah daripada pokok tumbuh liar. Pokok yang ditanam terpaksa menanti selama 9 tahun dapat di tuai, manakala tempoh matang pokok tumbuh liar pulak cuma  2 hingga 3 tahun dari tempoh inokulan dijalankan ianya dapat di tuai. Itu pun bergantung di atas kersabaran anda, mahu jual gubal berkualiti, sabar menanti sehungga 4 tahun atau di jual sebagai kayu minyak dari 6 bulan hingga 2 tahun.
Ada dua golongan para para inokulasian, satu golongan mahu kan kayu minyak sahaja dan satu lagi mahu kedua duanya, ia itu gubal berkualiti dan kayu prosesan minyak. Bagi pihak kami pula, kami mahukan kedua duanya, jika dikira pulangan pelaburan sama sama berganda. Untuk kayu prosesan minyak tempoh 2 tahun tuaian pertama akan dilakukan, manakala untuk jualan gubal, kami menanti selama 4 tahun untuk menuai tunggul yang bertunas. Mengapa keadah ini kami lakukan..? Tunggul tunggul di biarkan, supaya resin terdapat pada akar akar yang telah terbentuk semakin berkualiti dan tagged untuk mencapai impian JUTAWAN GUBAL GAHARU akan tercapai.. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan