Isnin, 9 Julai 2012

YOU ALL Number One


Satu jam di sebelah pagi dan satu jam disebelah petang , Saya suka berbincang mengenai pelbagai bagai hal berkaitan  semua topic  tentang gaharu dan perkhidmatan kami, teknik inokulan, bekalan beneh gaharu, stretegi , promosi, tagged, blog gold-forest, jumlah pokok , inokulasi di lokasi mana  terdahului akan di jalankan dan berapa liter jumlah vaksin diperlukan untuk pokok 250 batang. Inokulan selepas raya puasa. Cuma satu benda yang tidak di bincangkan, upgrade vaksin,  ianya adalah hak cipta terpelihara  hak peribadi saya sebagai pencipta .. hehehehe. Sorry.
Kita cuma pandai sesuatu bidang yang kita ceburi, tapi bodoh di satu bidang yang tiada kita amalkan. Oleh yang sedemikian kita harus membuka minda, mendengar perbagai-bagai isu, pendapat dari semua pihak.  Kita sudah memiliki maklumat, topic serta ilmu dari pendengaran bergitu, jangan ada sifat sesekali menilai seseorang, hanya pada status kerdudukannya, wang ringgitnya  serta gayanya, jika menilai, dia  pandai segala segalanya, maka tertipulah kita oleh mata serta akal kita sendiri.

Saya sebagai tuan punya, pemilik 100%  , Blogger gaharu, pencipta vaksin, pengasas GOLD FOREST R&D GAHARU , juga orang utama memainkan peranan 100%  meletakan nama Gold-Forest tersenarai di kalangan sebilangan group group gaharu di Kelantan dan juga di Malaysia. Saya tetap mempunyai para-para penyokong setia, pemberi semangat dan sentiasa mendapat bimbngan moral daripada semua golongan, kawan kawan serta 10 orang  staf yang amanah.
“ Kita tiada akan berjaya, sekiranya kita hidup sendirian..” Ertikata, setiap insan saling perlu mermerlui antara satu dengan lain. Sikaya perlukan khidmat dari yang susah, yang pandai perlukan yang bodoh, bergini lah lumrah putaran kerhidupan kita. Tiada bernombor dua, tiada bernombor tiga, pada dasarnya semua bernombor satu, Si kaya, si susah, majikan serta buruh, Jika tiada khidmat dari mereka , segala hal yang kita tiada kermampuan, tiada dapat di selesaikan, itu lah takdir penghidupan semua manusia.

Bila ada yang menyuarakan, Gold-Forest NO 1, membuat saya tergelak panjang, maklum lah saya tak pernah bayangkan ranking – ranking bergini. Bukan ranking teratas yang saya kejar, tetapi tagged   perlu saya utamakan, ia itu pulangan daripada pelaburan yang dikeluarkan setiap hari. Kemana gubal-gubal akan dipasarkan,  berapa liter minyak gaharu akan dihasilkan setiap bulan, bila memulai kutipan pucuk-pucuk gaharu bagi proses menjadikan tea  ,  produk dari gaharu bagaimana  akan laris dipasaran ,  lokasi mana serta berapa ekar lagi bumi yang diperlukan untuk di tanam pokok gaharu.
Tiada masa nak memikirkan ranking, minda hanya berfikiran bagaimana nak selesai inokulan beratusan pokok, bagi mencapai tagged tahun ini dan pelbagai bagai hal lain yang berkaitan. Bukan senang mahu senang, tak susah jika mahukan susah, kata seorang kawan.  Jika ada, group yang mengaku telah tersenarai teratas, padahal baru inokulan pokok hak sendiri 10 batang bersize 40sm, tanam 10 pokok sekeliling rumah,  jual minyak jadi broker,  jual gubal pun  jadi broker dan cuma blog yang di hasulkan, dapat sambutan hebat .. nombor satu ker tu..?. 

Bukan bergitu caranya, jika bernombor satu, semuanya telah dimiliki, kilang proses minyak, produk gaharu berlambak di pasaran, minyak yang siap diproses berpuluhan  liter sebulan, pekerja carving gubal berpuluhan orang, ladang gaharu hakmilik beratusan ekar ,  pengeluaran gubal setiap bulan beratusan kilogram dan hari hari hasil dari ladang sendiri di tuai. Kalau hanya setakat blog gaharu yang menyengat, dah tentu perut terpaksa di ikat, makan pagi, bila petang nyanyi lagu keroncong.. hehehe.
Ini penyebab utama mengapa , pengiat, group gaharu menceburi bidang ini secara kerja sambilan, mereka ada kerja tetap, kalau nak harapkan perdapatan bulanan di bidang ini., lapar dulu lah. Itu puncanya, bila berjanji mereka tiada tepati, mereka terikat dengan majikan. Kalau di Kelantan, pengiat ini awal awal bagitahu, boleh jumpa mereka hanya hari jumaat dan sabtu sahaja. Jika mereka juga mengata mereka bernombor satu, jauh panggang dari api, pengusaha baru lebih baik daripada mereka, dah ada ladang yang telah siap ditanam beribuan pokok, yang ada setengah dikalangan pengiat ini ,  cuma tanam dipinggiran dapur.

Pelabur  mampu dan berani keluarkan kos inokulan pulahan ribu, mereka pula hanya memuliki 10 atau kurang pokok yang di inokulan,  tak sampai sepuluh ribu nilainya ,. mengapa..? mereka cuma mahukan income segera, bila inokulan di jalankan,. Wang keluar seperti air, vaksin kena beli, kos sara pengurusan, Sudah tentu upah para inokulasi wajip di selesaikan setelah tugasan mereka selesai. Mereka tak mahu hadapi reziko, mereka lebeh gemar urusniaga khidmat inokulan. Para pengusaha serta pelabur akan membayar secara CASH. Ada pula dikalangan ini, sanggup meminta perbayaran deposit 50% sebelum memulai kerja-kerja  inokulan, ini mengambarkan mereka mahukan duit dahulu, sebagai modal untuk membeli vaksin dan upah inokulan.
Dari perbandingan ini, tentu anda sudah memahami, mengapa para pengiat lebih gemar, rela datang jauh  bertemujanji dengan anda.  Mereka akan bawakan contoh contoh gubal yang mereka mengaku hasil dari inokulan mereka. Lebih pantas mereka akan datang, sekiranya anda mempunyai bilangan besar pokok gaharu  tumbuh liar dan lebih cepat lagi, mereka datang, tanpa mengira pelusuk mana anda tinggal, bila anda bagitahu semua jumlah kos inokulan di bayar tunai. Siapa yang Nombor satu, anda ker atau pengiat gaharu, bagi saya anda yang bernombor satu, ada halatuju, berani, tabah dnn bersemangat kental dari mereka. Kalau anda tiada salurkan pelaburan, beli beneh dan tiada berurusan dengan mereka, meteka juga tetap boleh makan melalui pendapatan bulanan dari perkerjaan rutin harian, itu lah puncanya mengapa mereka kerja di bidang ini tiada kersunguhan..
Semua ini adalah satu kerbenaran, kermungkinan anda telah melakukan temujanji, atau telah berurusan , melalui pembelian lot lot gaharu, pelaburan inokulan, pembelian beneh serta pelbagai bagai hal yang melibatkan urusniaga tentang gaharu. Sudah tentu YOU ALL NUMBER ONE jauh berbezanya dari pengiat gaharu yang mempunyai pokok inokulan 10 batang sahaja. Tapi anda mempunyai puluhan batang telah di inokulan dan mempunyai pokok yang siap ditanam beribuan pokok. Yang betul betul number one nya mereka, pandai reka planning dan pandai cakap… hehehehe. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan