Jumaat, 10 Ogos 2012

RESIN , SELULOSE DAN SESGUTERPENE


TANGGAL 21 RAMADHAN 1433 HIJRAH
Sudah sebulan bercuti inokulan, bagaikan 1 tahun berehat rasanya, rindu pulak pada pokok pokok gaharu, bauan vaksin dan bunyian drill yang kebiasaanya bergema setiap pagi di pinggiran bukit. Lebih lagi terasa jemu tiada sempat menaip catatan baru blog GOLD-FOREST R&D GAHARU, tiada di UP kan berbulan bulan, kerana masa terhad di kala bulan ramadhan al’mubarak ini, diwaktu pagi 5 jam khas berada dibengkel seni kraf bagi menyiapkan pembinaan kotak kotak koloni Trigona bee (Kelulut) untuk diternakan sebagai memenuhi masa lapang sebulan bercuti inokulan.

RESIN , SELULOSE  DAN SESGUTERPENE 
Ada yang memangginya GAHARU satu nama yang tersohor dan ada yang mengelarkannya TERAS GAHARU, yang terhasil daripada pokok spesis family Themalaccensis , dengan pelbagai gelaran nama dan ada juga yang memanggilnya DAMAR. GUBAL dan RESIN.  Nama nama ini ianya, ada lah sejenis minyak yang terdapat pada spesis ini, dikenali dengan nama saistifiknya SESGUTERPENE dan pokok gaharu mengandungi 80% carbon ( c15-c15 ).

Antara  perbezaan  spesis ini antara spesis pokok lain, Ia mengandungi cecair SESGUTERPENE dan Carbon, manakala spesis pokok lain mengandungi TERPENOID. Pokok dari kelompok Genus Aquilaria  akan mengeluarkan SESGUTERPENE yang banyak bila batang di sakiti atau di stresskan melalui teknik inokulan. Sesguterpene mengandungi minyak berAROMA yang akan mengawal system pertahanan pokok dari bahan bahan berbahaya dan beracun., ianya tak ubah berperanan sebagai benteng pertahanan semulajadi pada semua spesis pokok gaharu.
Sebagai contohnya, Setelah pokok ini di rawat melalui inokulan injections ( Tebukkan ) hanya Nanoteknologi yang mampu menggangulkan selulos pokok , pokok akan bertindak dengan pantas, ianya akan mengeluarkan selulos ( ANTICELL SELULOSE ), bertujuan mengelak, mengawal RESIN dari bahan bahan berbahaya yang tercampur didalam  cecair pengalak RESIN ( VAKSIN ) yang telah di suntik atau di tuang ke dalam batang nya.
RESIN ( SESGUTEPENE ) berbentuk cecair ianya akan membentuk sebagai DAMAR pembeku, akan mengeluarkan AROMA bauan yang halus dan manis ini berkumpul dibahagian pokok mengalami stress. Perbentukkan RESIN ini dapat dilihat dalam tempoh 2 minggu dan akan matang sebagai GUBAL GAHARU dalam tempoh 2 hingga 4 tahun dari tarikh rawatan di jalankan.

Setelah tuangan Cecair pengalak RESIN ( VAKSIN ) di lakukan , Cecair ini akan menyerap pada tisu XILEM dan FLOEM dengan cepat.  Kerana pokok ini mengandungi carbon manakala Cecair pengalak RESIN merupakan molekul yang halus ( NANO ) dan Tisu Xilem pula bertindak sebagai pengalir penyedupan, membawa cecair pengalak RESIN keseluruhan tisu tisu pokok, dengan kadar 3 hingga 10 minit, ianya di sokong bersama penyerapan air yang di sedup oleh akar akar, penyerapan vaksin akan mengalir se hingga ke dahan dahan dan ranting pokok.
Dalam kajian University of Mannisota mendapati bahawa semua spesis pokok gaharu boleh dirawat melalui Nano Teknologi dan berupaya menghasilkan GUBAL sejumlah yang banyak serta berkualiti tinggi, tempoh masa 10 kali ganda daripada penghasilan GUBAL gaharu secara semulajadi. Jika di fikirkan secara logic dan teori nya, Gubal gaharu yang terjadi semula semulajadi, akan terhasil bila bahagian pokok ini stress atau di bahagian batang pokok yang terluka, berlubang dan kerjadian semulajadi.

Yang menjadi kelebihan utama Nano Teknologi ianya mampu menggangukan SELULOSE pokok , bertindak sebagai ANTICELL SELULOSE  mengeluarkan RESIN melalui proses SESGUTERPENE sejumlah yang banyak. Ini bererti Teknik Nano Teknologi terbukti mampu dan berkesan penghasilan RESIN pada spesis pokok gaharu, Teknologi ini juga dapat dilakukan pokok berukuran dari 40sm ke atas, bermampuan bergantung pada dos setiap jenama cecair pengalak RESIN yang di gunakan.
Kita dapat melihat Resin ini membentuk setelah batang pokok gaharu di lukai, di potong dan dari kesan kesan rekahan semulajadi, walaupun tanpa bantuan ANTICELL SELULOSE., pengeluarkan SELULOSE tetap akan berlaku membantu cecair RESIN berkumpul bertujuan menyembuhkan kesan kesan luka yang dialami pada pokok gaharu, walaupun pernah ditemui RESIN yang terbentuk dari kerjadian semulajadi ini berkualiti tinggi tetapi jumlah RESIN yang terkumpul adalah paling sedikit.

Cecair RESIN adalah benteng pertahanan utama yang dimiliki oleh pokok gaharu, cecair ini akan berkumpul membuat benteng di sekeliling bahan batang yang terluka, ianya akan berkumpul sedikit demi sedikit, lama kelamaan ianya akan bertukar menjadi keras ( damar ) dari berwarna merah akan bertukar kerhitaman, peranan RESIN membantu atau memahan tisu pokok dari bahagian terluka menjadi reput.
Cecair pengalak RESIN adalah cecair Allecgic dan inokulan ( tebukan ) berperanan sebagai permaksaan stress, dua factor ini Allergic dan stress di lakukan untuk penghasilan RESIN  ( penghasilan RESIN GAHARU secara  TEKNOLOGI ). Cecair pengalak RESIN ini diciptakan dengan mengamalkan pengunaan teknik Inokulan injections allergic stress strain (Nano Teknologi) dengan teknik sapuan dan tuangan dilakukan pada spesis pokok gaharu.

Bahan larut cecair pengalak RESIN (MOLEKUT) yang merupakan baktiar yang halus, akan menyerap dengan pantas ke seluruhan pokok melalui tisu tisu Xilem. Ada setengah pencipta menambahkan dos vaksin dengan bahan bahan beracun, walaupun pada logicnya, habitat pokok gaharu dapat menyahkan racun, tetapi kesan kesan sampingan tetap ada. Dan satu kelebihan pokok ini, walaupun semua kulitnya di siak atau di lukai, ianya dapat bertahan dan tiada alahan penyakit. Kerana RESIN nya bertindak sebagai benteng pertahanan semulajadi.
Cecair pengalak RESIN ( Vaksin ) setelah dituangkan ke dalam batang pokok gaharu, akan menyerap pantas, ianya seperti air minuman campuran bahan larut. Bahan larut yang terkandung di dalam cecair vaksin , ramuan diperolehi daripada tumbuhan, buah buahan dan di pasti ianya bebas daripada bahan bahan kimia Asid SENTITEK buatan manusia, yang tidak membahayakan kepada kesihatan ..TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan