Rabu, 5 Oktober 2011

Bila kaki ku bertapak...!!!

Sampai bila …..?
Sampai bila .. mahu mengharapkan, membeli dan mengorder vaksin Pengalak resin dari pengeluar luar Negara …? Ini lah pertanyaan seringkali bermain main di fikiran saya.. pokok gaharu  sudah ditanam hampir puluhan ribu pokok dan yang akan dirawat beratusan pokok , siap sedia menanti.. Mana nak cekup duit banyak banyak .. GoldForest bukan syarikat besar. Tetapi bercita cita besar... nak tunggu hasil dari pokok yang dirawat.. 2 – 4 tahun lagi… parah jadinya.

Dalam dok hitung menghitung, kira mengira  mencari formula.. Vaksin mesti di cipta.. tapi bagaimana, formula serta bahan ramuannya .. nak dapat dimana..?  Dari hari ke hari.. dok kaji mengkaji .,. dari bulan ke bulan .,. Apakah bahan terkandung didalam Vaksin pengalak resin ..? Cuna dapatkan maklumat serba sedikit apa kandungan bahan larut vaksin ini, pembekal awal awal lagi .. berkata.. “ Tak payahlah . Tuan. beli hak kami jer..”

“Tak apa .. kalau tak mahu bagi maklumat, kita bukan nenagih simpati dan tiada niat nak tutup periuk nasi mereka, kita pun tahu mereka pun bisnes juga.. “ kata saya pada diri sendiri.. Ianya menjadi satu azam untuk mula menciptakan vaksin . Banyak perkara  terlintas dihati saya, utamanya nasib para pengusaha ladang, pemilik pokok serta nasib para pelabur yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi demi untuk mencapai cita cita mereka.. tetapi kesempatan ini lah ,yang di ambil oleh pencipta vaksin.. terus mengaut keuntungan dari hasil jualan vaksin ini… padahal ramuan vaksin tak seberapa harganya.
Hanya bermodalkan minat, berani mencuba, pekakkan telinga, tekad mahu berjaya ini lah asas saya bagi meneruskan impian sendiri dibidang Gaharu dan mungkin Allah anugerah minat serta hobi menjejalahi hutan  semulajadi dalam diri saya, satu rahmat, sifat kerberanian, sungguh seorang diri tiap kali ke hutan mengkaji spesis gaharu serta sering memburu. Disinilah saya temui pokok pokok gaharu hutan hidup subur di kawasan kawasan tertentu dan mula mengenalpasti teras teras gaharu terhasil secara semulajadi.

Orang yang pertama menjadi Jutawan di bidang gaharu .. pencipta Vaksin dan disusuli pula oleh para para inokulasi.. kedua tokoh ini lah yang akan awal awal menjadi jutawan, para pengusaha, pemilik pokok serta pelabur.. terpaksa menanti 4 tahun akan datang, itu pun bergantung atas nasib, jika pokok tumbang, maka hangus pelaburan mereka.

Sebagai permulaan kajian saya tentang apa kandungan vaksin, tiap tiap pagi,  berada di hadapan pokok gaharu hutan, kadang kadang memanjat hingga 30 meter dari paras bumi , meteliti setiap lubang lubang semut yang membuat sarang pada dahan dahan pokok gaharu, memotong dahan ini untuk melihat kesan allergic yang di sebabkan air kencing semut semut ini.. perkara sebergini amat penting sebagai kajian asas untuk mencipta vaksin.
GoldForest juga terdiri dikalangan pengusaha, petani, pemilik pokok juga sebagai pelabur, jika terus menerus membeli vaksin dari pembekal, lama kelamaan tutup kedai lah kami.. hasil masuk setiap bulan tak seberapa, tetapi aliran wang tunai setiap bulan untuk pembelian vaksin mengalir seperti air.. mana boleh tahan.. bila ada pemilik pokok nak khidmat inokulasi..tak tergamak.. kami  mengecas kan harga seperti di lakukan oleh para para inokulan lain.Kadang kadang kami syorkan pada pemilik pokok, lakukan usahasama , secara keluarkan modal 50% - 50%.

Tiap kali saya berurusan pembelian Vaksin dengan pembekal, setiap kali kenderaan mereka bertukar .. saya bukan dengki, cemburu atau irihati pada mereka.. tetapi.. jika kos mencipta vaksin itu tinggi, tak mungkin mereka bergitu cepat menikmati  kermewahan. Jika di renung dari jualan Resin gaharu dari hasil rawatan nereka, mereka pun masih baru bermula .. sama seperti kita di Malaysia.. habis tu dimana mereka perolehi duit, sampaikan bergitu mewah sekali.. hasil nya dari jualan Vaksin ini lah.. dasar cekik darah..!!

Kajian pertama saya.. ia itu alahan atau allergic yang terjadi pada kesan yang ditebuk di batang pokok gaharu, yang seakan sama seperti tebukan si semut, air kencing semut semut ini akan menyerap di sekeliling lubang tebukan nya, maka terjadilah stress dan allergic, sebagai tindakbalas dari pokok gaharu untuk menyembuhkan luka, ianya akan mengeluarkan damar atau resin atau minyak yang ber aroma manis, bergitu lah akan terjadi sekiranya pokok serta dahan nya patah atau terluka.
Bila saya terfikir .. Nano .. bererti halus.. bahan bahan yang dijadikan vaksin ini, ada molukut halus mengandungi baktiar serta mudah larut dan berbentuk cecair menyerap dengan cepat, tanpa ada unsur bahan bahan mekenikal dan racun.. Saya telah mula temui 1 formula asas, untuk peringkat 1 penghasilan vaksin yang belum sempurna.. sekurang kurang nya pertemuan ini sudah mula membuka jalan yang seterusnya.

Peringkat 2 .. bahan ini temui, campuran yang wajp ada untuk menglengkapkan ramuan vaksin dan bahan bahan lain ditambah sedikit demi sedikit .. akhirnya kersempurnaan vaksin telah lengkap, melalui proses pemeraman untuk matangkan vaksin pembiakan baktiar.. dengan kos yang tiada tinggi, bahan senang didapati.

Kajian dan percubaan telah dijalankan pada jun.2010, dan kesan stress serta allergic vaksin ini amat mengembirakan kami, ianya ada seserasian 100% pada pokok gaharu tempatan dan juga import.  Berita gembira ini dapat kami kongsi bersama sama para para pengusaha yang telah membeli bekalan anak beneh, pemilik pokok yang berurusan dengan kami , bergitu juga para pelabur yang ikut serta bersama kami dan para para peminat gaharu yang selalu memberikan dorongan kepada kami.

Mencipta vaksin tiada akan berjaya sekiranya tiada melalui proses ini, peringkat utamanya mengenai spesis gaharu, mengetahui apa dia resin, damar, minyak serta bahan bahan terdapat didalam pokok gaharu dan anda mesti atau pernah  menjalankan injections * inokulan sendiri juga pernah mencuba sendiri , salah satu vaksin yang dipasarkan atau pernah melihat bagaimana para inokulan lakukan pada pokok gaharu. Yang paling utamanya pengelaman pelbagai hal tentang gaharu harus di miliki secara amnya, untuk menilai sendiri bagaimana penghasilan resin dari vaksin yang digunapakai.
a akan perolehi bersemangat baru serta mampu menanam sebanyak mana pokok gaharu yang kita mahu, kita mempunyai vaksin sendiri, teknik teknik inokulan yang terbaik ciptaan sendiri .. selama ini kita di permainkan oleh para inokulan dari Negara jiran.. dan kita mula menglangkah dengan Cecair Vaksin Nanoteknologi terbaru kita, yang bebas dari bahan mekenikal dan dijamin 100% halal.

Kami tidak akan sia sia kan harapan anda , kita sama sama bersatu kearah satu tujuan.. hasil dari kajian atau R&D kami, kami akan salurkan pada yang mahu menambah ilmu di bidang industri gaharu.. itu kami di GoldForest R&D Gaharu. Tetap seiring dengan anda, bersama menglangkah dan membuktikan penghasilan resin melalui vaksin Nanoteknologi adalah paling terbaik sebelum ini.

Jutawan akan menjadi milik kita, sekiranya ada kenyakinan diri, berusaha, amanah serta jujur, bila kita berusaha, tawalkal.. Allah sudah tetapkan ganjarannya banyak atau sedikit, janji janji Allah tetap akan kita dinikmati .. Insya Allah… Dalam apa jua pun dipanggilkan perniagaan .. modal adalah asas utama, oleh itu laburlah kepada pelaburan yang pasti dan di urus oleh anda sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan