Khamis, 6 Oktober 2011

Buktikan Kebenaran..!!!

Jika anda seorang yang gemar melawati blog blog gaharu , laman website tentu anda terfikir dan bertanya Tanya.. akan berkata.. pelik nya blog goldfrest.blogspot.com, perniaga ker R&D..? Tentang dedahan komplot penipuan para inokulan, pemilihan spesis, teknik penanaman dan tentu ada dikalangan para para pencipta vaksin terkejut pula dengan dedahan terbaru bagaimana goldforest R&D gaharu mencipta vaksin sendiri.

Bagi kami, ianya sesuatu yang perlu di dedah secara umum, tiada perlu takut , malu serta hormati sesiapa.. yang paling utamanya .. dedahkan apa yang benar..!!!.Mengapa nak dirisaukan semua pengusaha pokok gaharu jadi JUTAWAN ..? Mereka ada modal, ada kermampuan dan ada tanah untuk usahakan ladang gaharu…Kita kena ingat.. rezeki bukan dari kita, tetapi dari Yang Maha Berkuasa yang menentukan segala galanya .. tiada siapa boleh mengarah,menyekat, menentukan kekayaan dari hasil gaharu  ini hak mereka.


Ilmuan kergaharuan .. bukan hak persendirian, gaharu telah wujub dizaman datuk serta nenek kita lagi .Adam dan Hawa. ..di awal bumi dijadikan Allah.. sudah berjutaan tahun. Ketika Mushyi Abdullah mencatatkan dalam penulisannya, gaharu diperdagangan oleh orang darat sewaktu kerajaan melayu Melaka, yang sebelumnya, telah lama kergunaan gaharu ini di amalkan oleh kaum Arab, India, seluruh Indochina dan dikalangan lain kaum di Asia Tenggara.

Bagi kami ,, bila kaki sudah menglangkah .. tiada lagi kenal erti berhenti.. Kami telah usahakan dari penanaman sehinggalah inokulasi yang bukan melibatkan ratusan ringgit, bukan perkara main main.. ianya sudah menjadi satu kerjaya .. dari kehari hari asset pelbagai aspek semakin bertambah .. nak tinggalkan bergitu sahaja..? tak mungkin .. hari ke hari dah semakin hampir impian kami akan tercapai.. Alhamdulillah… Insya Allah.

Memang kami sedari, dari segala dedahan ini membuatkan para para group gaharu menjadi tiada kerpuasan hati pada kami.. Dan kami akan bertanya bila ada suara sumbang yang akan menimbulkan rasa tidak puas hati pada kami.. Mereka harus faham, kami juga perniaga tetapi membangunkan goldforest R&D gaharu tanpa ada bantuan serta sokongan dari mereka, lebih lagi dari badan badan yang bertanggung jawab di industri gaharu.

Tiada salah bagi kami hebuhkan peluang terbaik ini kepada rakyat Malaysia, sama sama dapat rasai yang pernah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan .. Tanam Gaharu boleh jadi JUTAWAN ketika perlancaran Kelantan Keridor Depu.. Tiada siapa yang terhebat di bidang gaharu ini, semuanya sama.. jika ada yang mengaku group mereka yang terhebat .. itu adalah satu perbohongan .. Kita berusaha, tetapi yang menentukan adalah Allah jua. Walaupun vaksin terbaik di gunapakai untuk inokulasi .. tanpa izin dari Nya .. ianya tak akan berjaya..

Antara teras semulajadi dan rawatan .. mana yang terbaik ..? sekiranya lah .. teras rawatan di dahului pernemuan dari teras semulajadi .. pertanyaan bertukar .. antara teras rawatan dan semulajadi .. mana yang terbaik..? Kedua duanya ada sama nilai kualitinya., kedua dua tetap dipanggil gaharu .. bila disebut gaharu .. tetap mengeluarkan Aromanya, bauan nya pula ..perbezaan cuma sedikit .. aromanya berbeza dikalangan spesisnya.

Pencipta wangian peribadi adalah sebahagian yang memerlukan minyak gaharu untuk pelbagaikan aroma bauan air wangi mereka, permintaan semakin bertambah dari masa kesemasa , bekalan gaharu dan minyak gaharu semakin berkurangan, Bergitu jugalah permintaan bahan bahan yang terkandung di dalam pokok gaharu yang tersebar luar mempunyai khasiat tersendiri, hinggakan pucuk daunnya dapat dikeringkan menjadi tea herba.

Adakah  kita rugi , telah melabur di bidang penanaman, melabur rawatan ..? Sebenar nya orang berkata merugikan itu lah yang rugi .. Kita yang telah berusaha, telah mempunyai esset sedang menanti matangnya pelaburan kita untuk di tuai. Salahkah kami memdedahkan di laman goldforest.blogspot.com, niat kami untuk kebaikan bersama, bersama kami ke satu arah sama sama berjaya di industri gaharu.

Awal awal kami suarakan .. kami adalah petani, pengusaha, pelabur, kontraktor perladangan, pengedar beneh, inokulan dan juga R&D gaharu.. jika inokulan gaharu tiada berjaya.. apakah faedahnya kami laburkan keatas benda yang sia sia ini…? Kami pun sama seperti anda, sayangkan duit, daripada membazir tak menentu .. lebih baik duit pelaburan di laburkan tempat lain.

Bergitu juga dengan pembelian pokok gaharu hutan, setiap jajahan kami mempunyai pokok gaharu hutan yang telah siap dirawat , beratusan pokok gaharu lagi siap sedia menanti untuk di inokulasi , serta proses pembersihan tapak ladang sedang giat dijalankan untuk penanaman di bulan 10 – 12 /2011 .. jika semua ini satu perusahan sia sia.. tiada akan kami teruskan.. mengapa kami teruskan ..? tepuk dada tanya hati anda sendiri, renung dan fikir , jikalau anda tiada berpuashati lagi dengan catatan kami .. silalah rujuk jabatan perhutanan ( MPOB ), asas tani dan Bioteknologi Kelantan, UPM dan badan badan berkenaan tentang hala tuju Gaharu.

Jika rujuk pertanyaan kepada orang perseorangan yang tiada menanam sepokok pun, ia tentu akan berkata.. “ tak payah lah tanam, indah rupa dari khabar..” jika anda meragui kata kata saya tadi .. cuba bertanya. Jika anda bertanya yang mempunyai pokok gaharu hutan.. nak jual ker .. dan mereka akan berkata .. berapa ribu mahu bayar.. Berharga atau tidak, mahal atau murah .?. yang tahu tentang nilai gaharu ini adalah orang arif, pernah mencari gaharu, ada pokok sendiri dan pernah mendapat hasil dari nya.

Kami bukan yang hebat .. Cuma dari apa yang kami catatkan semuanya melalui pengelaman kami selama kami bergiat aktif pelbagai aspek di industri gaharu. Kami ada hala tuju sendiri, memajukan , menafaatkan ilmuan gaharu, berkongsi pengelaman, berkongsi nanoteknologi hasil ciptaan kami agar industri gaharu bertambah meriah, tiada di ulangi peristiwa ketika 2005 – 2007 iaitu kes penipuan vaksin. Walaupun apa anggapan .. itulah kami di GoldFrest R&D Gaharu.. mempunyai arah sendiri, berniaga sambil membantu pada yang memerlukan khidmat nasihat kami.

R&D yang kami jalankan bertujuan mempertajamkan Ilmu gaharu, kenal spesis gaharu yang di rekodkan mempunyai lebih dari 25 spesis., tetapi yang pernah dinyatakan hanya 17 spesis saja dikenali.. mana yang betul..?. Dalan kajian tentang spesis spesis ini, termasuk kajian sector tanah untuk kenal pasti, tanah yang bagaimana pokok gaharu hutan boleh tumbuh subur, Stress serta bagaimana terhasilnya teras gaharu  semulajadi dan betul kah spesis yang diimport cepat tumbesarannya..?

Usah kita berhujah soal berapa spesis jumlah spesis gaharu .. Yang pentingnya betulkah pokok diimport cepat tumbesaran nya, kerana kita baru bermula untuk proses penanaman. Kami akui .. setelah menanam sebagai percubaan selama 16 bulan .. ukuran lilit nya dah berukuran 25cm, betul lah dari apa yang wal walkan , tempoh 3 ½ tahun pokok yang ditanam telah berukuran 40 – 50 cm rawatan boleh dilakukan… penghasilan teras di anggarkan sepokok 4 kg, harga sepokok gaharu anda bernilai RM12,000.00.. wau.. tak mustahil anda jadi JUTAWAN.

“ Nantikan .. tiada yang mahu beli dan bila dah banyak harga menurun…” satu pertanyaan paling terbaik. Adakah sebelum kita menanam gaharu .. tiada pendapatan tetap.. tentu ada kan..? Banyak kilang kilang terhenti operasi sementara waktu kerana tiada bekalan atau kayu kayu gaharu untuk diproses menjadi minyak.. mereka telah laburkan puluhan ribu untuk bina kilang, mereka tetap mahukan gaharu untuk di masak. Gaharu semulajadi.. dah pupus, pokok pokok nya dah habis dicuri oleh pencuri , rakyat Malaysia sendiri dan termasuk pencuri dari Negara Negara jiran… Ketika itu harga gaharu terletak di mulut kita, murah murah ..kita tak akan bagi.. lagi lama gaharu kita dipokok , lagi mahal nilainya.

Sekiranya .. anda tiada mampu membeli baja dipasaran.. itu bukan masalahnya, tahih kambing ada, tandang kelapa sawit ada, sekan padi bakar ada.. semua kos yang paling murah.. jika ladang anda cuma 2 ekar.. hari minggu anda mampu bersihkan sendiri bersama ahli keluarga.. ianya paling menjimatkan. Anda tanam sendiri dan harga inokulan 3 – 4 tahun lagi.. tentu menurun .. ini jaminan dari kami, kerana vaksin kami cipta sendiri dan anda adalah rakan urusniaga kami.

Kergiatan kami 100% dibidang gaharu, ianya kerjaya tetap, ladang ladang kami ada berusia 1 tahun, 8 bulan , 2 tahun, 4 bulan , masih lagi proses pembersihan tapak untuk ditanam gaharu., beratusan pokok telah dirawat sedang menanti tempoh matang dan dari bulan ke bulan .. masih kami jalankan inokulan setiap bulan .. sanggupkah kami meninggalkan apa yang telah kami usahakan..? Tentunya tidak sama sekali.. kami sudah semakin hampir ke tempoh menuai.. hasilnya sudah pembeli yang sanggup membayar deposit, tu cuma sekali mereka datang melawat ladang inokulan kami.

Sifat dasar terbuka kami ini, mungkin terdapat tiada senang hati dikalangan group group gaharu, para inokulan serta pencipta vaksin. Kami adalah kami, perbezaan yang amat ketara dengan mereka.. mereka berniaga cuma mahukan keruntungan sekali, tetapi kami berniaga tetap mahukan untung, tapi ada caranya .. iaitu bersama sama dengan para pengusaha, berganding bahu, tukar pengelaman, bantu membantu memdedah ilmu .. tujuan  kami, untung kedua duanya .. Dunia dan akhirat… Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan