Ahad, 29 Mei 2011

Alamak...... Mahalnya kos inokulan & Vaksin ...!!!!!

Nak Usaha atau Tak Mahu jadi Jutawan ?

Dua soalan ini.. sering kali menjadi pertanyaan.. oleh kalangan peminat, pengusaha serta pemilik pokok.. “ boleh dipercayai ker, tanam pokok gaharu boleh di rawat akan menjadi usahawan Jutawan gaharu .. takut juga,mana tahu bila dah ditanam serta dituai nanti, harganya menurun, risaunya  akan terjadi sperti pokok Setan, Jarak, Teja, Akarsia, Jati emas serta pelbagai lagi.. dulunya heboh semuanya menjanjikan pulangan berganda .. sekarang sunyi sepi.. yang mana menanam dulu, semuanya tak tahu nak di jual ke mana, pihak berwajip yang mengalakan dulu pun tak muncul muncul pun..?”

Kemungkinan pandangan dari goldforest agak ada pebezaan dari si penanyaan ini. ada banyak factor harus dikaji sebelum melakukan atau memulakan satu satu projek:-
1)      Permintaan
2)      Komersil
3)      Kreativitif.
4)      Teknologi

Permintaan :-
Bahan dari pokok gaharu, mempunyainya khasiat yang tersendiri, bahan darinya bukan sahaja dapat menghasilkan minyak wangi yang bermutu tinggi mempunyai nilai tinggi dipasaran antarabangsa. Produk dari gaharu sudah popular di kalangan industri herba, kosmetik serta pelbagai bagai produk telah dihasilkan untuk perubatan, pemakaian serta minuman.

Permintaan tinggi air wangi kian mendapat sambutan, pelbagai bagai jenama terkini telah berada dipasaran dengan aroma aroma tersendiri. Aroma gaharu amat berbeza diantara aroma ciptaan, aroma ciptaan ini tidak dapat bertahan lama jika di bandingkan aroma dari spesis gaharu. Kegilaan terhadap aroma gaharu, yang mengeluarkan bau manis ini, mempunyai kelasnya yang tersendiri bergitu juga dikalangan pengemar aroma dari spesis gaharu, walaupun harganya terlalu mahal, berbaloi jika dapat di miliki.

Pokok gaharu ( Genus Aquilaria ) termasuk spesis Herba, bahan bahan dari pokok ini tidak kurang pentingnya didalam perubatan tradisional dikalangan penduduk Asia. Bahagian pucuknya boleh diproses menjadikan minuman sebagai Teh serta boleh menyegarkan urat saraf. Dalam proses percubaan bijih gaharu dikeringkan dan di kisar dijadikan kopi gaharu. manakala kulit pokok ini, boleh dijadikan tali.

Walaupun pokok gaharu liar senang ditemui, tetapi tiada dimenafaatkan dengan komersil kebanyakkan terbiar, ditebang, dimusnahkan bergitu sahaja. Kepupusan spesis ini telah lama berlaku di Malaysia, tanpa ada sekatan, kawalan yang khusus dari pihak pihak berwajip. Apabila permintaan mula bertambah , mengeluaran mula susut, gaharu bertambah sukar untuk diporelehi. Maka timbullah ilham bernas dari pihak pihak yang bertanggungjawab, mempertengahan serta memberi galakan, memperkenalkan penanam pokok gaharu ditanam secara perladangan gaharu bersama Teknologi inokulan.

Komersil
Untuk memkomersilkan satu satu yang baru, bukan perkara mudah, lebihan pula tiada bukti asas yang kukuh untuk menyokong para usahawan yang berminat untuk mencapai kejayaan pelaburan berganda sepertimana digambar gemburkan oleh berita berita yang diceduk dari luar Negara.
Memang terbukti Malaysia adalah Negara subur, spesis gaharu boleh tumbuh di bumi kita tanpa ada alahan penyakit. Tidak dapat disangkal, perladangan gaharu boleh berjaya di Malaysia..Tetapi… adakah pelaburan peladangan ini dapat memulangkan semula modal pelaburan.. atau tanam sahaja sambil menanti teras terjadi secara semula jadi..?

Jika dikira penanaman gaharu sudah mencapai tahaf komersil, telah berjuta juta pokok spesis gaharu telah ditanam, dari pelbagai spesis, spesis import dan spesis tempatan, manakala pokok gaharu liar yang tumbuh merata dipinggiran kampung belum di usik masih lagi banyak, kecuali satu spesis gaharu yang hampir pupus, iaitu A.Hirta atau dikenali dengan nama candan daun berbulu.

Sekiranya kami diberi peluang memberi pendapat, topic yang kami utarakan supaya para para petani mengusahakan penanaman satu spesis tempatan ini di komersilkan. Dari pengelaman, temubual pemburu Candan serta pemborong teras.. teras gaharu dari spesis A.Hirta.. ianya merupakan teras yang amat digemari oleh pembeli pembeli dari Asia Barat. Dan salah satu spesis gaharu * A.agallocha Roxb dari Vietnam dan India juga merupakan penghasilan teras berkualiti tinggi yang mempunyai permintaan yang amat mengalakan dikalangan para pembeli.

Kemanakah badan badan berwajip serta pengkaji spesis gaharu,  mengapa terlepas pandang kepada dua spesis ini..? Jika mengikut logic atau factor, kedua spesis ini sudah cukup , jika betul betul ada hala tuju mahu kemorsilkan industri gaharu Negara.

Kreativitif
Untuk menanti  pokok gaharu berusia  7 tahun, bukan masa yang singkat, dari bulan ke bulan, modal perlu di keluarkan, utamanya kos pengurusan ladang, pembajaan, pembersihan serta upah. Jika mempunyai duit sebesar gunung pun, jika di gali dan di gali, akhirnya akan susut juga.

Jangan sekali kali mendabik dada, mengatakan industri gaharu tidak mempunyai resiko .. jika sebergini anggapannya.. anda akan kecundang, dijamin pokok gaharu yang ditanam sekadar tanam, cuma hangat hangat tahih ayam jer..anda akan kehilangan modal pelaburan, jika tiada kreativitif untuk diolah, bagaimana anda akan mendapat pulangan dari pokok gaharu sebelum hasilnya dapat dituai.

Sebagai contohnya .. pucuk gaharu boleh dijadikan teh minuman herba .. ianya dapat dikomersilkan dikeringkan atau dijual serta boleh diproses sendiri , bijih gaharu dapat diproses dijadikan kopi… Yang penting kreativitif anda sebagai pengusaha, tentu ada ihlam yang di fikirkan, sebagaimana mahu mengkomersil bahan bahan dari pokok gaharu.. sekurang kurangnya pendapatan sampingan dari bahan bahan ini dapat menapung kos pengurusan ladang anda.

Inokulan & Vaksin

Hebat juga Industri gaharu, tanpa teknologi pokok gaharu yang di tanam akan menjadi sia sia.. Pandangan ini mungkin tiada yang mahu berhujah dengan gold-forest, Kami bertegas berpendapat, bukan andaian dan bukan dari pendengaran. Penanaman pokok gaharu wajip seiring teknologi inokulan… jika tidak .. usah menanam walaupun 1 pokok..  mengapa gold-forest R&D gaharu berkata sedemikian…?0

Jika anda hanya .. angankan, impikan untuk menjadi jutawan dengan cara melabur modal dalam industri gaharu.. Simpan kan sahaja modal anda di Bank..sudah tentu ada akan memperolehi faedah nya setiap bulan…anda tiada sakit kepala, tiada resiko, tiada sibuk, tiada memikirkan bagaimana nak cari duit , nak inokulasian pokok gaharu anda. Tak perlu memikirkan inokulasian yang dijalankan berhasil atau tidak dan tidak perlu nak memeraskan otak , nak dijual dimana hasil gaharu anda… cuma 2 atau 6 tahun nanti.. anda dapat tergaru garu.. tersenyeh senyeh.. secara percuma, mendengar ada pengusaha gaharu, telah menjadi jutawan dari hasil usaha dan pelaburannya. Kita apa peduli .. kan..  bukan kita…!!!

Apa jua idaman akan menghadapi kesukaran, lebih lagi untuk menjadi jutawan industri gaharu. Peringkat pertama, disegi kajian asas kami, semua para pengusaha pernanaman gaharu boleh melepasi secara mudah, tiada banyak halangan.. Anda mampu mengeluarkan modal secara tunai, dari sejumlah RM20,000.00 – RM 50,000.00 untuk proses pembersihan tapak tananam serta pengurusan selama 4 tahun.

Tetapi .. peringkat ini lah yang paling utama dan penting di dalam industri gaharu.. tepuk dada tanya poket.. mampu atau tidak wahai bakal pengusaha…!!! Jika anda hanya ada baki duit tunai RM20,000.00 nak dapat khidmat inokulasian pokok gaharu yang anda tanam beribu ribu pokok..? Lebih baik anda lupakan.. baik beli pokok liar berukuran 200cm, dapatkan khidmat inokulasian, 2 tahun dah tentu dapat hasil.

Aduhai.. mahalnya kos inokulasian…? Yer ker mahal..!!!. kalau mahal .. jalankan sendiri, cipta vaksin sendiri .. tak kan tak pandai  dan boleh ker, kita menilai harga satu satu Teknologi.. boleh kah ianya di jual sama dengan barangan lain..? Yang terlalu lancang bercakap itu.. mengapa..?, kalau ianya tiada di jual di mini market, pasar borong dan pasar malam., dah sah lah ianya perkara sukar untuk diperolehi.. mahal ker, terpaksa kita terimanya, tetapi cuba anda fikir..  kos cuma RM2,000.00 dijalankan ke atas pokok berukuran 120cm.. ( Contoh ) hasilnya bila di tuai .. dapat 14kg .. teras gred E .. jumlah jualan .. anggaran RM 40,000.000.. Siapa yang untung banyak .. inokulasian atau pengusaha.. mahal atau murah …???

Tahukan anda …? Teknologi Inokulasian di ciplak dari Negara jiran…!!! Ini kita wajip akur, bidang pertanian di Negara jiran bergitu pantas , maju serta mendahului dari Negara kita.. Di Malaysia.. hanya cadangan dilaksanakan, dilakukan dan aktif pada tahun pertama perlancaran.. tahun tahun berikutnya terus berkubur.. walaupun gah dengan jumlah peruntukkan berjutaan ringgit .. Yang kaya kontraktor pertanian yang dapat projek awal.. petani jilat ibu jari .. kosong.

Pengusaha Tress….!!!!

Dapatkan Vaksin ciptaan kami .. !!! ( dari iklan ).. Ini satu contoh iklan di internet.. betul ker vaksin ciptaan mereka..? Senang nya mereka dapat mencipta Vaksin, ialah.. di nilai dalam usia setahun jagung berkecinpung dibidang kergaharuan, dah dapat cipta vaksin.. orang lama yang dah pahit di tipu, hampir ratusan ribu hangus, masih tak berjaya dan tak tahu apa ramuan yang terkandung didalam cecair vaksin..

Mana contoh, bukti Teras hasil dari vaksin ciptaan anda…? Bila kami hubungi . “ Sila lawati laman website kami .. Http://www.garubual.com.. ( Contoh ) tuan..” . mereka menjawab.  “ ini teras contoh,..?  emejnya pernah saya tengok tuan, bukan dari spesis tempatan .” kata kami... “ Memanglah contohnya dari luar Negara, vaksinnya dari sana juga..”  jawab mereka... Malaun…...sungguh.. mengapa tak mahu cakap betul jika mahu urusniaga lama..

Teknologi inokulan, walaupun ianya di ciplak atau dicuri secara halal atau tidak halal, itu tiada menjadi hal siapa.. nak saman .. siapa mahu saman siapa. Di Kelantan .. ramai para pengamalnya terdiri dikalangan pengusaha gaharu secara sepenuh masa… ada setengahnya pula terdiri daripada broker broker MLM yang sentiasa mencari peluang mahu mengambil kesempatan… untuk dapatkan duit segera .. dapat duit .. terus hilang.. para pengusaha gaharu tulen yang dapat nama yang buruk.. akibat angkara para para broker maut ini.

Setiap dari R&D yang dijalankan oleh syarikat swasta menlibatkan teknologi kajian di bidang gaharu .. adalah sulit dan peribadi…!! Ini adalah urusniaga .Tuan ... bukan perkara boleh memberikan secara percuma.. .. “ saya dah tanam gaharu, berpuluh puluh hektar bos, macamana nak injection ini, jika kos agak tinggi …” kata seorang penanam. “ siapa suruh tanam banyak, kalau tak mampu, buat apa tanam.. jangan buat andaian yer, masa depan kos inokulan dan Vaksin turun harga ..andaian ini ada satu kesilapan..” kata kami.

Nak jadi jutawan.. bukan perkara mudah.. lebih lagi di bidang industri gaharu, kecuali jika anda mampu .. menceburi urusniaga di bidang industri gaharu.. dari mempunyai ladang gaharu sendiri, inokulan, mempunyai kilang prosesan minyak, pemborong, pembekal , industri bahan bahan berasaskan gaharu .. jika ini, anda mempunyainya… anda sudah hampir menjadi jutawan gaharu… jika tidak .. yang menjadi jutawan terdahulu.. para pembekal, para inokulan dan yang mengurus ladang anda , yang memiliki perjanjian kontrak  memasarkan hasil tuaian ladang gaharu anda.

Selagi anda tiada mampu menghasilkan atau menciptakan vaksin sendiri, anda seumpama anjing menyalak bukit jer.. tiada faedah apa apa..  para inokulasian tetap dengan pendirian mereka .. bisnes tetap bisnes U. Nak kan kepakaran inokulasian , mencipta teknik inokulan bukan perkara mudah, bergitu juga nak perolehi Vaksin yang 100% menghasilkan teras ..  Jangan harap nak beli vaksin ini, untuk nak jalankan inokulasian sendiri..  pengusaha harus faham.. ini urusniaga bukan untuk membantu, bukan badan kerajaan nak bagi subsidi , menolong atau baik hati .. jika tiada duit tunai, jangan harap mahu jalankan inokulasian,..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan