Ahad, 22 Mei 2011

. Tipu, menipu, di tipu atau tertipu……..!!!!!!!!!!!!!!!

Tertipu atau di tipu … sudah menjadi lumrah , tak mengira disegi apa pun bila melakukan apa apa urusan .. tak mengira sesiapa akan terkena.. lebih lagi bila melibatkan urusan kewangan secara sedikit ataupun secara beribuan ringgit.. ianya akan berlaku secara sah, sedar atau ditipu hidup hidup.. mangsanya.. yang lemah, mudah percaya serta terlalu tamak dan tiada berhati hati bila membuat urusan.

Bergitu yang terjadi pada kalangan usahawan gaharu seluruh Asia Tenggara, termasuklah pengusaha gaharu di Malaysia tidak berkecuali… Penipuan ini berlaku dari awal, dari pembekalan spesis, kontrak perladangan, usahasama, penginokulasian , vaksin dan pembelian teras gaharu.. penipuan yang hebat… walaupun kesedaran ini telah lama diketahui.. tetapi nya tetap berlaku sehingga ke hari ini…

Kesempatan ini di pintas oleh si penipu kerana simangsa terlalu riak, bila mengetahui pulangan yang berganda dari pelaburan dibidang indutri gaharu.. Ianya di lakukan oleh broker-broker yang sering melibatkan diri dibidang peniagaan MLM serta skim cepat kaya, mereka memutar belit urus niaga bidang gaharu, untuk mendapatkan keutungan tanpa ada keraguaan dikalangan para pengusaha.
* Benih dari tisu culcure - A.Sub-Intergra dari Thailand ( di tipu, mengatakan benih dari bijih serta dijual dengan harga RM 12.00 s/pokok .)

Dari pembekalan anak benih .. awal awal penipuan terancang .. mereka mengatakan benih gaharu di perolehi semaian bijih yang diimport dari Indochina.. Pihak nursery yang mengusahakan baka baka pokok, awal awal sudah memberitahu .. spesis gaharu yang di masukkan ke Malaysia .. adalah anak tisu culture.. bukan anak semai bijih.. yang diproses di Thailand.

Renungan sebelum tertipu >>>>>>>>>>>>>>

Kes terbaru yang ditemui .. penjanjian kontrak penanaman gaharu .. ini pun tak kurang hebatnya.. Salah seorang pelaburan .. mengeluarkan sejumlah duit untuk pembelian sebidang tanah, kos pembersihan tapak ladang, baja serta pembelian anak benih… oleh kerana sibakal pelaburan ini berurusan dengan broker MLM , hanya 20% dibayar kepada pemilik tanah, tu hanya separuh harga tanah,, selebihnya 80% lagi .. hilang bersama broker maut tadi. Akibatnya .. harga tanah masih tertunggak, tapak ladang masih seperti asal.. semak samun, baja entah kemana serta tidak ternampak 1 pokok pun anak benih gaharu tiada kelihatan.

Antara tapak ladang yang telah siap pembersihan oleh group goldforest R&D gaharu untuk penanaman pada awal bulan Jun 2011.

Satu kes yang gold-forest alami sendiri:- >>>>>>>>>>>>

Kami mengedar anak benih seluruh Malaysia setiap bulan, kepada bakal bakal usahawan yang baru dan di kalangan usahawan lama yang telah mempunyai berpuluh ekar ladang gaharu berusia 2 – 3 tahun. Kami memang menghormati para para bakal usahawan ini, mempunyai kemahuan tinggi bagi menghadapi segala resiko industri gaharu Negara.

Pada awalnya .. setiap tempahan pembekalan anak benih, deposit tiada di wajipkan.. mempercayai janji mulut antara kedua belah pihak. Sayang sekali kesempatan yang kami berikan pada pengusaha ini, tidak ditepati. Ada setengahnya .. tiada membayar seperti yang di janjikan. Paling hebatnya.. perangai mereka tak ubah seperti penyamun.. setelah anak pokok selesai di isi dalam Van atau 4x4 mereka .. terus memandu dengan laju .. tanpa membayar 1 sen pun harga benih gaharu.

Siapa yang rugi…? Walaupun kami rugi harga benih gaharu, tetapi mereka terus rugi, untuk tambahan benih, yang lebih lagi … siapa nak inokulan setelah pokok gaharu hasil dari samuan berusia 4 tahun akan datang, kerana rekod peribadi mereka telah di senarai hitam oleh para para inokulan di Kelantan.

Kes yang terhebat dalam sejarah penginokulasian..: >>>>>>>>>>

Gold-forest R&D gaharu mula menjelajah seluruh daerah di Kelantan, tujuan mencari pokok pokok gaharu liar yang kebanyakkan tumbuh di atas persendirian. Bila menemu bual penduduk kampung, mereka dengan ramah sindiran yang sengaja di tujukan kepada kami.. “ alah.. banyak dah pokok di suntik En.., tiada satu pun dapat di tuai, dah berapa tahun dah.. lebih kurang 5 tahun.. nak tunggu mati baru dapat hasil.. kos nya bukan sikit ribu ribu..” kata mereka.

“ kami datang bukan nak tengok yang telah di suntik , tetapi nak beli pokok yang belum di usik.. yang telah di suntik dulu.. bagi free pun saya tak mahu..” Barulah mereka bercakap dengan nada rendah..  mula mereka bercerita panjang , satu per satu. Serta mengajak kami sama sama pergi meninjau pokok pokok gaharu yang telah dirawat dahulunya.. memang sah lah mereka juga pernah tertipu serta hilang kerpercayaan pada para inokulasian.

Ini bukan teknik inokulan , pokok ini disapu dengan bahan-bahan mekenikal ( racun rumpai serta minyak pelincir ..) resin tiada terhasil, pokok gaharu tiada dapat di pulihkan .. pembaziran.

Terlalu banyak didengari, sungutan para para pemilik, pengusaha dan pelabur industri gaharu di tipu oleh broker broker serta para para inokulan.. bukan sekali dua mereka di tipu , ditipu berterusan. Hebat..!!!
Pada awalnya, inokulan diperkenalkan di Kelantan oleh para para broker dari Negara jiran.. setelah kerajaan Kelantan menlancarkan program penanaman pokok gaharu dengan tema Kelantan Kerindor Depu. Maka berlumba lumba para para inokulan dari Negara jiran memasuki negeri Kelantan mencari mangsa.

Mangsa-mangsa mereka terdiri dikalangan golongan pertengahan dan golongan atasan yang tiada bermasalah kewangan. Topik modul penipuan mereka menggunakan tema “ gaharu boleh menjadi jutawan dalam tempoh masa 24 bulan ..”. Siapa yang tak mahu jadi jutawan….?. Dikhabarkan juga.. pokok berukuran lilit 200cm, dapat menghasilkan teras 20kg akan dijual pada harga RM20,000.00 per/kg. jumlah nya RM400,000.00 .. pelaburan rawatan cuma RM20,000.00.

Satu group yang terdiri dari kalangan peniaga ( Kes 2006 ) mengeluarkan sejumlah RM150,000.00 kos pembelian Vaksin yang di labelkan berkesan bagi penghasilan resin dalam tempoh singkat. Pembelian vaksin ini diuruskan oleh broker yang menjadi orang peantaraan ( Agen ) bagi para para inokulasian penyamar dari Negara tersebut.

Pokok berukuran 200cm keatas telah di inokulasian dengan vaksin ini , dengan jaminan 24 bulan hasilnya dapat dituai . Dalam penantian ini, bulan ke bulan, pokok gaharu yang dirawat, daun mula menguning, gugur bertaburan, dahan dahan mula patah satu demi satu. .. terlebih allergic atau vaksin beracun ..? ini yang menjadi pertanyaan dikalangan para tersebut… RM150,000.00 hangus, cita cita harapan nak menjadi jutawan gaharu terus berkubur bersama pokok gaharu… broker menuduh pembekal Vaksin sebagai penipu, Pembekal Vaksin pun mengatakan para inokulasian sengaja menambah dos vaksin, para inokulasian pula menidakan segala tuduhan.. mengata cuma mengambil upah inokulan… tetapi yang pasti broker, pembekal vaksin dan para inokulasian ini yang mendapat habuan, dari pakatan mereka.

Terlalu banyak berita berita hangat tentang penipuan dalam bidang gaharu di dengari di negeri Kelantan serta amnya di Malaysia dari awal tahun 2005 sehingga 2011 masih lagi ramai yang tertipu. Ada juga yang mencipta program MLM , bagi memasarkan vaksin gaharu secara online dan sebagainya, walaupun vaksin tersebut belum pasti berkesanannya menghasilkan resin gaharu… apakah yang mereka mahu..?

Para inokulan dan pengedar vaksin, bergiat aktif di Kelantan pada awal 2004, pelbagai bagai vaksin yang dikeluarkan dari Negara jiran dibawa masuk ke Kelantan.. tetapi sehingga tahun 2011, sebatang pokok gaharu masih belum dapat dituai, walaupun tempoh rawatan telah melebihi tempoh matang..  dimanakah silapnya..?
1)      Vaksin yang dipasarkan dan digunapakai, ramuan beracun.
2)      Kebanyakan pokok di inokulasian menjadi reput, mati serta tunbang.
3)      Tiada menghasilkan teras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan