Jumaat, 6 Mei 2011

Gaharu AND gold-forest

Sebut sahaja GAHARU .. GAHARU boleh buat air wangi, boleh jadi kaya..” itu perkataan yang hangat di bualkan ketika ini… Perkataan menjadi kaya, paling mudah di sebut, tetapi hakikat sebenarnya.. bukan perkara mudah, GAHARU dapat menjadi kaya.

Bila pihak akhbar, media massa, elektronik, website, blog serta wartawan-wartawan bidang terjun di kampung kampung mula memainkan peranan sebagai pengulas.. maka heboh serata negeri.. penanaman gaharu boleh jadi kaya. Tetapi masih ada segelintir yang tiada mengakui, mana mungkin gaharu dapat menjadi kaya, tiada pernah terdengar teras gaharu dapat dihasilkan melalui rawatan.

                                                  Teknik yang betiul untuk penghasilan Teras

Daripada dedahan ini, walaupun pelbagai reaksi , pendapat serta andaian , sekurang kurang mesej penanaman gaharu sedikit sebanyak mula bertapak di hati masyarakat.. Minat ingin tahu sudah ada di fikiran mereka, cuma malu untuk bertanya, bila mereka mengingati perkataan “ tiada pernah orang lakukan sebelum ini, gaharu diperolehi dari pokok sakit sahaja, cuma orang yang bernasib * bertuah saja yang menjumpainya, kalau tanam 100 tahun belum tentu dapatkan terasnya, mati dulu”.

Bila teknologi stress di perkenalkan, berlumba lumba lah kalangan para inokulasian memasuki Negara Malaysia , amnya di negeri Kelantan yang menjadi tumpuan bagi para inokulasian menlancarkan misi mereka, para inokulasian ini kebanyakkannya berasal dari Negara jiran. Pada dasarnya teknologi inokulan ini, teknologi yang tulen, tetapi di rosakkan oleh segenlitir para inokulan ini sendiri, yang membuatkan ramai pengusaha sudah hilang kerpercayaan, bila mendengar gaharu dapat dihasilkan melalui rawatan.

Bila periuk nasi sendiri ditaburkan pasir.. para inokulasian menghilangkan diri, tektik kotor mereka terbongkai, setelah tempoh rawatan yang mereka jalankan pada pokok gaharu liar menyebabkan kerbanyakkan pokok mati serta reput, tiada teras terhasil, ada setengahnya pula, teras terhasil tiada dapat di jual.. kerana vaksin yang di gunakan mengandungi racun, mekenikal.. ini lah yang menyebabkan punca utama, mengapa para pengusaha dan pemilik pokok hampir hilang kerpercayaan.
Salah satu batang pokok gaharu musnah akibat mengikut fikiran logik sendiri, disapu bahan beracun ( minyak pelincir dan racun makluk perosak ) .. Siapa yang rugi .....?

Sifat tamak para pengusaha dan pemilik pokok gaharu ini sendiri ini yang mengakibatkan para para inokulasian, pembekal anak benih dan pengeluar vaksin, mudah mengambil kesempatan.. anak benih di jual dengan harga yang tiada sepatutnya bergitu juga dengan kos inokulasian yang ditawarkan.. dari tahun 2005 se hingga 2008, kerugian di anggaran berjumlah berjutaan ringgit dikalangan para pengusaha dan pemilik pokok di sapu oleh para para inokulasian ini.. mereka menghilangkan tanpa dikesan, hanya tinggal broker broker mereka.. yang menanggung akibatnya di soal oleh pemilik pokok.

Kenapa pengeluaran GAHARU Malaysia terus menurun….?
Kepupusan gaharu, telah lama di alami di Malaysia, banyak factor yang menjadi punca , dari kejadian alam, penebangan, terokai hutan, pembukaan ladang serta pencuri gaharu sendiri dikalangan raayat tempat juga pencuri gaharu dari luar Negara, yang sengaja memasuki Malaysia dengan niat mahu mencari gaharu. Dan gaharu yang mereka perolehi dengan bergitu senang mereka membawa pulang ke Negara mereka.. tanpa ada sekatan, tanpa membayar cukai, tanpa visa, tanpa permit, tanpa izin mereka bebas berada di belantara Malaysia, menebang pokok gaharu suka hati mereka , tinggal berbulan bulan di bumi Malaysia.

 Pokok menjadi reput, kesan bahan bahan kimia yang disapu.

Betapa baiknya rakyat Malaysia.. ada pula yang sudi membantu mereka, menjadi broker, menjadi penunjuk arah, menjadi pemandu mengeluarkan hasil kekayaan bumi Malaysia menghantar ke Negara jiran.. ini sifat raayat Malaysia, selalu bersedia membantu para para pencuri gaharu. Yang dibayar  tak seberapa, jika dibandingkan hasil jualan yang diperolehi oleh pencuri gaharu ini.

Ini bukan khabar atau cerita yang di ada-adakan, kita boleh menjelajahi sendiri hutan belantara Malaysia.. akan menemui sendiri, bagaimana pokok pokok gaharu ini dimusnahi serta ditebang dan ditinggalkan tanpa di usik.. apakan tujuan mereka yang sebenarnya…?

Bila spesis gaharu Malaysia pupus.. mereka pula mengambil kesempatan.. dan sekarang sudah terbukti .. mereka mula membawa masuk spesis gaharu dari Negara mereka serta Negara jiran mereka di pasarkan di Malaysia.. salah satu caranya mereka mengaut keuntungan dari pembekalan baka spesis gaharu dan mereka juga rekakan khabar mengatakan spesis dari Negara mereka saja dapat menghasilkan teras gaharu melalui rawatan.

Tetapi mereka terlalai .. dengan tektik kotor mereka, dengan tersendirinya mereka dedahkan ilmu, teknik rawatan, teknik perladangan kepada sebilangan rakyat Malaysia. Dan mereka juga terlupa.. masih banyak lagi pokok pokok gaharu liar yang tumbuh di atas tanah persendirian belum terusik, yang sentiasa mengeluarkan bunga setiap tahun. Dari kelalaian mereka membawa masuk spesis-spesis gaharu ini.. maka pertambahan spesis-spesis  di Malaysia secara pantas telah berlaku.. walau mereka mengaut keuntungan segera dari segenlitir pemilik serta pengusaha secara umumnya mereka telah kecundang , segala ilmuan mereka telah di pelajari oleh para pengusaha industri gaharu malaysia.


Vaksin …?
Kita kena akui juga para para pengkaji, para penyelidik serta para para inokulasian di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Peminat gaharu bukan hanya dikalangan pencari gaharu .. ianya termasuk semua golongan, bergitu juga para para inokulasian yang bergiat aktif di seluruh Malaysia. 

 

Ramai nama-nama besar yang mendahalui ranking pengkaji gaharu Malaysia, lebih menceriakan lagi bidang kergaharuan ini mula bertapak di IPT IPT ternama, badan badan kerajaan , syarikat syarikat swasta dan orang perseorangan, merupakan petanda yang terbaik untuk para para pengusaha kearah industri gaharu berteknologi.

Vaksin … adalah punca segala-galanya.. tanpa vaksin industri gaharu akan lenyap.. pengusaha tidak mempercayai vaksin yang di import dari Negara Thailand. Kermungkinan dari apa yang telah dialami sebelum, membuat para para pengusaha hilang keyakinan pada vaksin dari Negara jiran ini.
Bahan kandungan larut dalam vaksin ini, terbanyak terdapat di bumi Malaysia. Tak mustahil kita boleh menciptakan ramusan vaksin lebih terbaik, berkualiti daripada vaksin yang mereka pasarkan. Ramusan vaksin ini juga mereka perolehi dari Malaysia, untuk menjaga dari tiru atau di ciplak .. perkara ini di rahsiakan.

Gold-forest R&D gaharu, membuat kajian khusus ramuan kandungan larut vaksin, untuk menilai sendiri tindak balas vaksin ini pada pokok gaharu liar.. bagaimana berkesanannya, jalinan resin serta kesan stress. Para inokulasian harus mengkaji secara mendalam untuk mencipta vaksin sendiri.. walaupun mencipta vaksin mengambil keputusan berkesanannya agak lama.. ianya akan berbaloi.
Berkesanan penghasilan dari kajian, wajip di beritahu pada pengusaha secara jujur .. kerana penginokulasian merupakan satu pelaburan yang bukan melibatkan kos yang kecil, jangan sesekali hanya mahu mengambil kesempatan, mempalsukan segala keputusan.

Bukan bererti mahu mendedah ramuan kandungan vaksin, setiap formula adalah satu rahsia pada pencipta vaksin. Ianya merupakan perniagaan, tiada boileh di wal walkan. Yang dinyatakan di sini, bahawasanya, para para penginokulasian tidak lagi bergantung vaksin yang di import dari luar Negara, sekiranya vaksin terbaik telah di cipta di Negara sendiri serta boleh menjimatkan kos inokulasian, sudah tentu ramai pengusaha mampu untuk melakukan inokulasian.

JIka ini semua di perolehi dengan sempurna… maka betullah dengan apa yang suarakan … “ tanam gaharu boleh jadi kaya ..”. jika tidak .. yang terdahulu kaya .. hanya para pengedar  benih gaharu dan para inokiulasian.. pengusaha pulak .. gigit jari, tepuk poket, kena mengira setiap sudut, mampu atau tidak untuk meneruskan gelaran usahawan industri gaharu.. terpaksa melupakan niat mereka untuk menjadi usahawan gaharu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan