Selasa, 10 Mac 2015

GAHARU.. 1.5 Juta.. Wou, wou !!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera khas buat pengikut-pemgikut serta pelawat, para-para peminat, para-para pengusaha serta hunter-hunter gaharu, kerana sudi mengikuti perkembangan blog ini dari masa  blog gaharu Gold-Forest R&D Gaharu, yang tiada seberapa ini, terima kasih semua. Kalau tiada silap pekiraan saya , telah hampir 4 bulan saya tiada kesempatan update catatkan terbaru blog, di sebabkan masa bergitu cemburu dengan kesibukan pelbagai-bagai hal serta urusan inokulasian kian bertambah.



Sekejap jer masa berlalu, tahun 2015 telah memasuki bulan March, telah dua bulan tahun 2014 meninggalkan kita bersama-sama azam yang belum di sempurnakan. Kikikii.. no problem . kita sambung azam tahun lepas ke tahun ini, insyaallah, dengan berkat kesabaran, keazaman kita, sifat jati diri kita dan kekuatan semangat kita, tahun 2015 kita sama-sama jayakan, upgrade semangat juang kita, ia nya pasti akan dapat dilaksanakan mengikut jadual planning yang telah kita jaya secara pelahan-pelahan tanpa memikirkan cabaran-cabaran serta permasalahan kecil akan kita hadapi, insyaallah .


Kita luangkan masa mencari Eilmu, timba pengelaman dan dapatkan maklumat tepat dari pengiat veteran, kadang-kadang ada-ada yang bercerita perbualan kosong di warong kopi, tetapi habuk pun tiada, sekurang-kurangnya kita dapat fikirkan adalah logic atau tidak cerita baru kita dengari. Penting atau tidak, logic atau tidak, kita dapat menilainya sendiri dari pengelaman yang kita telah lalui, sebagai penginokulasian pokok gaharu. Apa yang di dengari, pahit atau manis itu sudah lumrah, orang lain cuma mata memandang, kita bahu yang memikul. . kikikiki.. betul ke tidak bergitu..?.


Saya kurang gemar catatan bayangan indah-indah di blog gaharu saya, seboleh-bolehnya saya gemar patah-patah semangat para-para peminat baru gaharu. Saya gemar mengajak mereka berfikir, lakukan kajian serta cari maklumat tepat bagaimana gaharu mampu menjadikan seorang itu bergelar JUTAWAN. Kalau cuma mampu rawat pokok sendiri 10 pokok, kikikiki, lupakan lah status bergitu, jauh panggang dari api nak jadi jutawan, nak kenyangkan perut, nak sedapkan bualan, mungkin boleh, tetapi, saya ucapkan syabas, kerana anda berani menempuhi cabaran, ada semangat dan punya kenyakinan diri.


Nie apo cerito ..? Berkhemah bermalam di hutan, berjaga, risau di kebas pencuri, maka rela lah bertemankan pacat serta nyamuk kerana sebatang pokok gaharu di tebang di anggarkan, di tokok tambah berharga 1.5 juta sebesar 2 pemeluk .. wou .. wou, biar betul-betul. Kikikiki..1.5 juta bukan jumlah yang sikit boss. Sewa jentolak gali keluarkan akar-akar, batang gaharu di potong pendek-pendek senang untuk di muat ke atas van , tujuan untuk di bawa keluar hutan. Kerja bukan 1 hari , 3 hari selesai semuanya. Selesai satu hal mengangkut, bertimbun-timbun di perkarangan rumah, tetap waspada kot-kot ada penyamun terbus kebas, maklumlah berharga 1.5 juta, terbeliak biji mata dan besar telinga mendengar harga sejumlah itu, kikikiki.. bermasalah juga kan, punya batang gaharu bernilai tinggi ini, sampai nak tidur tak terlena, bercampur melayan angan-angan serta planning mahu buat apa dengan duit 1.5 juta.



Si broker silih berganti datang, semua jenis kederaan keluar masuk, pelbagai anggaran serta tawaran, dari SUV, Hilex, pelbagai jenis 4x4 sehinggalah Datsun baulu, daripada jalan masuk ke rumah rumput setinggi lutut, lumat tinggal tanah merah berdebu di lalui si broker, pelawat , kaum kerabat dan kongi-kongsi, yang sebelum ini, sunyi daripada pengunjung. Si kongsi mula curiga mecurigai satu sama satu, semasa berhadapan sama-sama setuju, 1.5 juta akan di agih sama rata, tetapi siang malam tetap tiada bergerak berada di halaman rumah si kongsi tempat batang gaharu di kumpul.


Awal pagi si broker muncul di hadapan rumah, mahu tengok batang gaharu, minta contoh, mahu bagi pada kenalan si anu si anu yang kenal baik Tok Arab di Arab Saudi. Hilang yang dulu, muncul pula seorang lagi broker, yang ini  lagi hebat, dia ada adik berkerja kat Arab Saudi, tok Arab minta dapatkan gaharu, minta contoh lagi. Bergitu lah seterusnya hari ke hari, tiada masa luang melayan kerenah si broker datang dengan pelbagai tawaran serta kerenah. Tiada di layan kan, batang gaharu tiada tahu mahu di jual kat mana, terpaksa lah ikut kata-kata janji-janji manis si broker, pengusaha minyak gaharu bagi tawaran harga murah, rasanya tak berbaloi.



Masa tetap berjalan, batang gaharu bergelimpangan mula di usik anai-anai, anai-anai pun satu tak dapat berbezakan benda berharga atau tidak, kikikiki.. ditebuk anai, bina sarang, lubang sana lubang sini. Si kongsi mula hilang kerpercayaan, mereka pula pasarkan cari broker gaharu lain, sebergitu lah seterus, seorang datang, minta contoh, diam. Jalan kerumah mula di naiki rumput semula, itu menandakan pengunjung semakin berkurangan dan batang gaharu kekal berselerakkan di halaman rumah. “ Bakar api jer lah, kan nanti bersarang lipan serta ular, buat menyemak depan rumah jer, tiada siapa mahu beli kayu buruk tu,  pergi ke kebun getah, menoreh lebih baik dari dok angan-angan .. berapa harganya pak nya, 1.5 juta..?” kata si isteri, adusss.. pedasnya bagai tergigit cili, terasa amat panas cuping telinga..Kikikiki.



Bergitu khabarnya yang diceritakan oleh pengiat veteran telah lama bersara, cerita dari pengelamannya yang di luahkan pada saya, di sini kita dapat ilmu amat berguna untuk kita nilaikan  berilmu itu amat penting daripada yang tiada berilmu. Kesimpulannya, kesilapan besar yang terjadi dari pengelaman daripada yang bergiat secara buta tuli, tiada mengasingkan kayu dan gaharu ( Carving) dan mengharap 100% pada broker mencari pasaran dan si broker pula bukan arif tentang gaharu, tak ubah seperti mengail ikan, kalau berjaya, makan besar, padahal dia sendiri pun bergantung harap pada orang lain.



Sifat tamak menjadi satu wabak di dalam industri gaharu, tak mahu tanam sikit-sikit, mesti tanan berekar ekar ekar, padahal hakikatnya memang tiada terdaya menyelarainya, utamanya kos pengurusan. Cuba kita nilai serta selidik, berapa kerat pengusaha lama mampu keluarkan kos inokulasian ? Pokok gaharu berusia 5 tahun sejumlah 1000 pokok, mahu inokulasian 1 pokok masih berkira-kira dan fikiran masih yakin dengan tidak sama banyak, fikiran sentiasa berperang, “ kan2 silap vaksin, tak terhasil gaharu. duit lagi, kalau sepokok kos inokulasian RM 180 x 1,000 pokok, mana mahu cekup sebanyak itu..” ini lah puncanya mengapa sebilangan besar pokok yang di tanam oleh pengusaha seluruh Negara tiada di inokulasi, terjawab lah soalan daripada sebilangan besar peminat-peminat gaharu yang memukakan soalan, buktikan siapa yang telah jadi JUTAWAN hasil jualan gaharu.



“ Siapa mahu khidmat upah inokulasian, kalau sejumlah itu, walaupun pulangan 1.5 juta, nak cari duit kat mana nak bayar kos inokulasian ”  Kata seseorang. “ memang lah, orang seperti kamu, memang tiada mampu, sebab memang kamu tiada kemampuan, orang lain mampu dan saya juga mampu lakukan, walaupun ratusan ribuan pokok di tawarkan, kerana saya mempunyai teknologi sendiri serta kepakaran di bidang ini, kalau tiada kemampuan saya dah lama gagal mengikut arus kegilaan saya, akhir sekali, kalau mahukan sagu, ruyung wajib di pecahkan, tepuk dada , tepuk poket dan gila lah seseorang manusia, kalau tiada mahu wang sejumlah 1.5 juta di perolehi dengan modal sejumlah sekecil kos inokulasian, kau kerja siang malam.. apa yang kau hajati..? “ menjawab serta mengulas serba sedikit prasangkal yang di dengari. Tq follow blog gaharu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan