Khamis, 30 Oktober 2014

GAHARU.. Kerana MU

Terbik catatan blog gaharu sudah tak mengira jadual seperti biasa, waktu seakan-akan bergitu cemburu, awal pagi telah berada di tapak ladang baru, mengejar musin terkujuh akan menjelma tak mengira, kita bersedia atau tidak untuk menghadapinya. Kerja kerja memotong batang-batang pokok kayu hutan yang berselerakkan setelah selesai kerja dilakukan melalui khidmat jentera jentolak,  setelah siap di kerat dan dipotong, harus dikumpulkan untuk proses pengeringan bagi proses terakhir pembakaran, semuga ALLAH permudahkan segala-gala urusan hingga semuanya proses pembersihan dapat di selesaikan mengikut jadual.. Insyaallah.


Bukan ada niat saya mahu menunjuk-nunjukan kemampuan, agar di cop sebagai salah seorang pengiat tegal kegaharuan yang cekal berusaha, bagi saya, ini semua adalah planning, tagged serta kerjaya sebagai seorang yang telah lama berkecimpung di sesuatu bidang kerjaya. Inginkan perubahan dari masa kemasa, tanpa ada rasa jemu, tanpa ada putus asa walaupun pelbagai-bagai permasalahan sekitaran, permasalahan kewangan serta permasalahan bantuan menyiapkan kerja-kerja perladangan, sekurang-kurangnya dari catatan pengelaman yang saya terbikan, dapat juga membantu para-para bakal pengusaha, mencari maklumat serta paduan bagi memulakan kerjaya gila-gila ini.. kikikikikiki.


Seakan-akan saya bergitu ingin buktikan apa yang telah saya usahakan ini bukan usaha sia-sia, ada noktahnya, pada si pematah semangat, pada pengkomen serta pada yang memberi pendapat ikut sedap mulut .. kikikiki .. Engkau jangan pula pulak melatah..!!!. Saya tak akan pandang serta thilang rasa hormat pada si mudah patah semangat, yang tiada berani berusaha atau pada yang mahu melihat kegagalan orang lain. tetapi, bagaikan semua catatan blog gaharu saya tujukan pada si dengki dengan kejayaan orang lain, yang betul-betul menyakini bahawa berusaha itu adalah punca utama mecapai sesuatu kerjayaan dan semuanya ini bukan perkara mustahil, Cuma sesorangan ada sifat keberanian berusaha sahaja yang berhak menikmati kejayaan.


“ Bagitahu kat abang tu, tak payah tanan pokok gaharu, kawan saya ada sebesar empat pemeluk, tiada siapa mahu beli..”. Salah seorang kenalan berpesan secara mulut ke mulut supaya sampaikan kepada saya. Kikiikiki.. ini yang membuat saya tergelak, itu pun belum saya tujukan beberapa soalan tentang gaharu. “ Adakah anda mahu berhenti atau was-was dengan apa yang telah di-usaha bertahun-tahun..?”  Bergitu sifat-sifat siketam, ianya tak menyedar diri sendiri berjalan tiada betul, mahu pula mengajar anaknya berjalan betul, maaf, saya bukan mahu merendah-rendah diri seseorang, tetapi ini adalah kerjaya hak peribadi kita dan tiada sesesiapa pun tiada dapat maklumat tepat dari apa orang lain lakukan, apa tujuan dan arah mana hala tujuannya.


Saya memang dilahir bersifat keras kepala, susah mahu mendengar teguran serta nasihat orang lain, kikikikiki.. jika ada yang ingin nasihatkan saya, “supaya jangan tanam pokok gaharu”, sila beri hujah daripada kajian sendiri tentang gaharu, jangan sesekali hujah yang di perolehi dari mulut ke mulut, kikikikiki.. jika hujah dari kajian sendiri, itu pun kena banyak menjawab juga, kena ready betu-betull jawapan tepat nanti, sebabnya, nasihat serta pendapat anda berikan telah terlewat, kerana saya telah bergelar pengusaha, penginokulasian serta hampir meletakan diri 100 peratus status usahawan gaharu teknologi, ini bukan bererti saya memandang rendah pada seseorang, ini adalah kebenaran kerana saya ada halatuju sendiri. Luangkan masa kejap, kita sama-sama renung bagaimana sifat anai-anai membina busut, tak mengira waktu, berkerja terus berkerja, dari tapak yang rata akhirnya terbina sebuah istana.


Sebagai pengusaha serta berurusniaga di bidang ini, sebenarnya tiada niat nak pelawa, menyuruh atau beri pendapat pada sesiapa supaya sertai serta ikut bergiat seperti saya. Kalau setakat minat buat-buat kerjaya ini sebagai hobi, saya syorkan lebih baik anda lupa niat bergitu, ini adalah kerjaya sepenuh masa, yang mesti anda akan hadapi bagaimana aliran duit anda tak ubah seperti air yang mengalir. Cuba anda selidiki, berapa kerat pengiat dahulu mampu bertahan ke hari ini dan berapa buah kilang prosesan minyak masih aktif beroperasi,?. Kikikikiki.. sekurang-kurang ada baiknya.. kan..? para pengiat era baru boleh teruskan tanpa banyak saingan, kerana pengiat lama dah gulung tikar, kemungkinan pengiat lama dah jadi JUTAWAN dari hasil jualan gaharu, dah buka urusniaga besar agaknya, gaharu-gaharu dah tak main atau pun dah kayap, sebetulnya mereka masih kaya raya dengan angan-angan tak kesampaian… sorry boss.. gurau jer.


Saya mahu patah-patahkan semangat berkobar-kabor anda, kerana terlalu ghairah berminat nak digelar usahawan jutawan gaharu, lupakan planning mahu tanam pokok gaharu puluhan hektar, lebih lagi mahu inokulasi pokok liar, anda tak akan berjaya. Kikikiki.. laburkan duit anda ke jalan lain, pelaburan yang akan memtenteramkan jiwa anda, pulangan pelaburan di bidang ini, tiada apa-apa jaminan tepat, silap-silap haribulan lingkup terus. Tentu kau salah kan aku pula, siapa suruh  kau percaya, terperdaya dengan iklan promosi aku kat facebook, kat twister, kat blog dan google pun satu dok bantu aku promosi wat per, kikikikiki. Pengiat gaharu seangkatan pun sama, adakan bengkel kat sini, adakan kat situ, disokong pula badan-badan berkenaan pun satu hal, hebuh dok reka cerita tanam gaharu akan menjadi jutawan .. kau percaya wat per, semuanya tu angan-angan mat jenin modem.. kikikikikii, kan, si ketam, menyepit tu kerjanya.


“ Yang kau tanam berpuluhan ekar, sampai inokulasi pokok-pokok serata dearah, sampai habis pokok gaharu liar kau kebas tu., sebab apa, bukan nak jadi jutawan ?” Agaknya bergitu soalan bermain-main di fikiran anda. Kikikikiki.. Saya gemar menghadapi cabaran, gemar berkebun dan suka kaji mengkaji, berjaya atau tidak, itu dari Allah, tetapi kita sebagai manusia, wajip berusaha mengikut factor  betul serta seatiasa mengunapakai ideal-ideal logik yang Allah anugerahkan, tiada sesekali melakukan tanpa ada kajian terperici. Kegagalan pada peringkat awal, sudah menjadi adat, kerana kita kurang ilmu, kurang pengetahuan serta tiada pengelaman disertai sikap tamak dan ego diri yang menyebabkan kita terlalai kerana terlampau ghairah ingin mencapai kejayaan secara pantas.


Satu kepuasan atau satu kegilaan..? Anda tentu pasti kan, tanpa ada usaha, tiada kecapi kejayaan, tiada percubaan tiada temui kegagalan, tapi lebih terbaik mencuba sekurang-kurang dapat ilmu dari pengelaman kegagalan. Berani mencuba berlandaskan ilmu, ilmu tiada akan datang kecuali kita mempelajari, masa pula tiada akan menanti waktu luang kita, selaju mana kita kejari masa, ia tetap akan berlalu. Sedang Kau tidur, ketika kau layan angan-angan, waktu kau reka planning setiap hujung tahun ker, masa tak pandai menanti, kau teruskan jayakan planning atau tidak, kau tetap di tinggalkan, setelah kita terus lakukan planning, kita temui satu kepuasan, itu lah saya, anda, saya tak tahu. Kikikiki. Untuk dapatkan pelbagai sepsis, saya rela keluar masuk hutan, ada ketika mandikan hujan seorang diri, ini pun satu kepuasan demi memcapai impian, anda sanggup bermalam keseorangan di hutan..?.


Ini adakah satu kegilaan..? bagi saya, memang kegilaan, lebih bertambah kegilaan, bersemangat kegilaan menjadi-jadi setelah tanpa henti di kunjungi oleh para-para peminat baru, bakal-bakal pengusaha dan para-para pengusaha, Dengan pelbagai-bagai tujuan, ingin mendapat khidmat pengurusan ladang berkontrak yang kami amalkan, ingin melawat ladang inokulasi, lawat ladang gaharu kami, ada pula menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan dan menawarkan share pokok untuk di inokulasi serta pembelian benih-benih gaharu, ini lah satu kepuasan bagi diri saya., sekurang-kurangnya terasa di hargai serta dihormati walaupun ilmu kegaharuan tak seberapa. Kerana gaharu, mereka sanggup datang, meredah malam sampai ke sini, berhujan di ladang, rela  berpanas, rela di gigit nyamok, si pacat biasa lah, ada yang terpekik terlolong, geli bila pacat merayap di kaki .. kikikiki.. cuma untuk kepuasan hati mereka.


Jika anda tiada yakin pada industri ini mampu merubah ekonomi anda, anda tersilap jangkaan, ada bakal pengusaha berani laburkan hampir RM500,000.00 untuk memulakan projek penanaman berkontrak bersama kami. Hanya sekali kunjungi bersua muka dengan kami, terus minta siapkan perjanjian dan siapkan draf kos penanaman, kami bawa lawat ladang-ladang inokulasi kami, menbawanya lawati ladang gaharu kami serta tapak ladang sedang giat di bersihkan, mengapa beliau bergitu berani sampai sanggup laburkan sejumlah yang amat besar..? kikikikikiki.. anda fikirlah sendiri bagaimana muncul kegilaan secara tiba-tiba di hatinya. Ini semuanya kerana mu .. gaharu, itu pun belum lagi kami pamerkan hasil-hasil kajian inokulasi yang kami jalankan… Anda mahu tunggu bila..? TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan