Rabu, 2 Julai 2014

Gaharu.. Tak seperti di cakap.

Coretan Pengelaman 2006.
Pagi petang siang malam, bercerita tentang gaharu, yang pasti tajuk utamanya tanam gaharu boleh jadi JUTAWAN , Betul ke..? Tiada tujuan lain, termimpi mimpi untuk menjadi jutawan , bergitu juga angan angan serta impian. Tanam 50 pokok 8 tahun nanti boleh di tuai dan sudah pasti ratusan ribu ringgit boleh di perolehi. Kikikikiki.. senangkan, tak payah bersusah susah, beli beneh berapa ringgit jer sejumlah tu, untung pula berganda ganda, masuk akal ker..?


Itu lah planning kita, itu lah bermain di fikiran saya seawal awal bergiat di bidang ini, lihat dan dengar orang tanam sana sini, kita mula gatal tangan, pantang ada duit lebih, bersih tanah dan mula lah berkebun gaharu. Pantang terjumpa pokok gaharu liar malaccensis lamk bersize besar, mula geram beli vaksin, belajar inokulasi sendiri, teknik penginokulasian ikut dengar orang cakap, semuanya main bantai, bukannya pandai, cuma buat buat pandai jer, jadi atau tidak itu lain cerita, janji pokok idaman siap di inokulasi bersama impian 2 tahun nanti pasti boleh di tuai dan gaharu akan di jual beratusan ringgit sepokok.


Kata orang, tanam pokok ini tak payah di jaga, kan pokok hutan, pokok tumbuh liar, senang hidup, tak payah taburkan baja, ia membesar tanpa jagaan .. kikikikiki.. senangkan. Ada pula yang bagitahu pokok ini lambat membesar, 50 tahun belum pasti dapat hasil, lagi parah memikirnya, kan kita dah tanam, mengapa lah baru bagitahu perkara sedemikian. Mahu atau tidak mahu, terpaksa teruskan juga, lantaklah apa orang nak kata, 50 tahun ker, 100 tahun baru dapat hasil, ikut lah apa nak jadi, kita dah bermula dan tak dapat nak berundur lagi.


Tanam menanam tetap di teruskan, bergitu juga penginokulasian tetap dilakukan. Keraguan pada vaksin yang di beli tiada timbul, telah diyakini berkesan menghasilkan gaharu. Beli hati sendiri, 2 tahun nanti semua pokok yang di inokulasi boleh ditebang. Setiap 3 bulan datang melawati pokok pokok big size yang di inokulasi, terasa bangga mula timbul, dahan pokok mula gugur daun .. kan itu menunjukkan stress. Tempoh 6 bulan datang lagi, kikikikiki.. hati mula tertanya tanya mengapa dahan dahan nya patah, jatuh berlempangan di pangkal pokok, hebatnya berkesanan vaksin import ini .. ya ker..?


Dia orang bagitahu bila pokok gaharu mati meninggalkan gaharu, hebat kan, kalau betul bergitu. Bila masuk tempoh inokulasi 1 tahun, gi jengok lagi.. hebat terlalu hebat, kikikiki.. semua dahan dahan berselerakan gugur , sampai nak masuk rapat ke pangkal terpaksa mengerat dahan dahan sebesar sepemeluk. Tebang pokok yang tak berdahan dengan andaian , berkilo kilogram pasti dapat gaharu.Tebang pokok gaharu yang hampir reput, sah kan dapat gaharu, nak proses minyak pun tak dapat , bertambah malang nasib si mat jenin.


Tak pernah patah semangat, lawat pokok yang di tanam berusia 2 tahun, bergelempangan rebah di pukul ribut, kikikikiki.. Garu sana garu sini, apa sudah jadi..? Bangkitkan semula, bubuh penyokong supaya ianya tegap semula, berhari hari kerjakan kerja yang tiada pernah di duga. Semasa order beneh dulu dulu, dia orang cakap baka dari bijih, bukan baka kultur tisu, tu yang order, tanam pun mengikut sistem biasa, jarak tanaman 8 x 8 x 8 kaki,  kan anak bijih tahan lasak akar tunjangnya panjang, walaupun di tiup angin kencang sukar juga tumbang.


Datang ziarah lagi selepas 3 bulan, aduhai, pokok pokok yang di bangkitkan semua tiada berdaun, batangnya dah kering, ternyata dah mati kerana semasa di bangkitkan akar akarnya putus. Ini lah puncanya silap diri sendiri, sayang nak luangkan masa untuk cari ilmu teknik perladangan gaharu, tanam dari dengar cerita daripada orang yang tak pernah menanam walaupun sepokok. Kikikiki .. Tak seperti dicakapkan, semuanya senang, tanam jer tak payah di jaga ianya akan membesar sendiri dan bergitu juga inokulasi, drill jer masuk vaksin, tunggu 2 tahun dapat pokok dapat di tebang.


“ Yang pokok engkau masih berbaki tu, kau rawat jer, tak kira usia, sebesar lengan pun dah boleh di rawat..” dengar percakapan seorang kawan. Ya tak ya juga, kalau dirawat awal, lama kelamaan gubal menjadi tebal, biar terus membentuk dari kecil lagi. Apa lagi, beli vaksin lagi, kita rawat pokok tanam pula, tanpa mengira size. Kejap jer kerja inokulasi di lakukan, maklumlah dah mahir katakan, lagipun gunapakai vaksin amat menjimatkan, kan pokok sebesar lengan, kacang jer.


Masuk bulan disember, pokok pokok yang dirawat mula mengeluarkan pucuk pucuk baru, tambahan pula selepas di bubuh baja tanpa ada tanda kesan stress. Pokok yang telah di inokulasi sebesar lengan tadi terus subur, gembira kerana teknik inokulasi pokok bersize kecil telah berjaya. Enam bulan selepas itu, perubahan cuaca bermula, dari keadaan kering, berubah musin hujan dan berangin kencang, yang mengakibatkan pokok pokok ini patah di tiup angin, betul di kawasan yang di inokulasi. Kikikiki.. lagi haru jadinya.


Apa yang tak kena pula nie..? kajian selidik bermula, factor faktor utama, mungkin agaknya , kawasan tanaman terlampau terdedah tiupan angin, vaksin terlampau double dos, tak sepatut lakukan inokulasi pada pokok usia 2 tahun atau kereputan terlampau telah berlaku. Jika perkara yang tak sepatut kita lakukan, kita lakukan juga, berginilah jadinya, kikikikiki.. Tak sama seperti dicakapkan oleh dia orang, inokulasi tunggu, tanpa kita fikirkan factor factor lain, kebodohan diri sendiri yang mengakibatkan kegagalan, tiada boleh menunding jari menyalahkan orang lain.


Dari kebodohan kita, sekurang kurang mendapat menimba pengelaman baru, ilmuan dari kebodohan kita. Kikikikiki.. sabar jer lah, pengelaman mengajar kita menjadi lebih berhati hati, kita telah menjadi lebih matang membuat satu satu keputusan. Kita tiada rugi, dari diperbodohkan kita menjadi lebih berhati hati untuk mempercayai kata orang lain. Bila sikap berhati hati kita mula sebati pada diri kita, bertambah sukar untuk mempercayai kata kata seperti yang dicakapkan kepada kita. Sekurang kurangnya kita telah perolehi ilmu secara terus dari pengelaman. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan