Ahad, 13 Julai 2014

Gaharu.. Big Problem.

Coretan Pengelaman 2008
Bila memikirkan kegagalan, kita pasti hilang semangat juang, fikiran bertambah buntu dari terus mencuba dan untuk membina semangat baru bertambah sukar. Tetapi, bila memikirkan kejayaan semakin hampir, terpaksa anggap semua kegagalan itu ada satu jalan untuk menuju kejayaan, kikikiki .. tak nak kuburkan usaha kerjaya yang telah di bina bertahun tahun, terpaksa menelan walaupun sepahit pahitnya dan kita bina semula dengan azam, kita pasti akan berjaya dan bersedia menempuh sebarang cabaran. 


Munculnya tahun 2008, genap 8 tahun bergiat ala kadar, lakukan apa yang di bagitahu, yang di dengari dan meniru apa yang pengiat lain lakukan. Kikikiki.. tak boleh jadi, dok meniru jer, mesti ada cara sendiri, kalau dok meniru, dok membeli vaksin, tak akan sampai tagged dan terlintas di fikiran, lama kelamaan pengedar vaksin akan boikot dan jahanan lah segala galanya usaha. Lagipun pokok pokok liar semakin banyak jumlah nya di tawarkan untuk di inokulasian.


Mula jauhkan diri dari pengiat tersohor, mesti berdirkari atas kaki sendiri, jika berjaya tiada siapa boleh menghubungi kait dengan mereka, tiada mahu di hantui oleh bayang bayang mereka. Dari berusaha secara diam diam, secara sambilan mesti di ubah menjadi satu kerjaya. Kikikikiki.. yang pasti Big Problem akan pasti dihadapi, itu perkara biasa jika mahu berjaya berdiri di atas kaki sendiri. Sudah tiada masalah akan timbul lagi, pokok pokok liar kian bertambah ditawarkan, Pembekal benih sedia membekal stok, tapak perladangan tiada menjadi masalah dan bergitu juga vaksin, telah memilik formula bagaimana menghasilkan cecair pengalak resin sendiri.


Sekiranya tiada selesaikan masalah ini, pasti akan hadapi masalah semakin besar, pengusaha order benih nak ambil kat mana, pokok pokok liar yang di perolehi, nak inokulasi nak guna vaksin apa dan sudah pasti menyiapkan ladang sendiri akan melibatkan kos yang tinggi. Kalau setakat ambil upah inokulasi, baik tak payah, tu cuma kerja kayakan orang jer, orang tuai pokok, yang kita cuma bantu, apa yang kita dapat..?. Sambil berurusniaga, kita juga bergelar pengusaha, mempunyai vaksin ciptaan sendiri , ada pokok di inokulasi hak sendiri, mempunyai ladang sekurang kurang 1,000 pokok permulaan, walaupun itu cuma sejumlah kecil, ada bukti hakmilik sendiri.


Tahun 2008 umpama hidup kembali bernafas jarang jarang, bersama azam, bertekad berusaha, berikhtiar dan bertawalkal, berwajah baru serta planning baru bergerak secara solo, urusniaga tertumpu 100% di bidang gaharu teknologi. Ia nya bukan lagi berbentuk kajian tetapi perlaksanaan mengikut factor, lojic serta teori berlandaskan dari pengelaman selama 8 tahun. Bukan masa yang singkat kegagalan di alami, segala galanya adalah satu sumber pembelajaran membentuk diri menjadi lebih teliti serta matang.


Dari tahun 2005 sehingga hari ini, rupa rupanya bukan kita seorang menemui kegagalan, setiap seorang pengusaha yang di temui, cuma kedengaran  nada keluhan telah menghadapi masalah besar. Masalah, masalah dan masalah, penginokulasian dijalankan tiada menghasilkan gaharu, nasib lah kau … Kikikiki.. Kita pernah alami keadaan serupa, habis, mahu gulung tikar..?. Kumpul duit kembali, duit yang telah hangus tu, lupakan lah, tak akan diperolehi kembali dan pasti kali ini kita terus berjaya, berjaya setelah mengalami kegagalan yang parah, kita sama teruskan perjuangan.


Sekiranya kita amalkan perkara yang sama, iaitu masih bergantung harap bekalan vaksin import, baik lupakan azam baru mahukan kerjayaan. Tak payah nak berangan angan wang di laburkan sebelum ini, seperti perkataan yang pernah terkeluar oleh pembekal vaksin dulu dulu, No Problem bos, money back guaranty, yang terjadinya bila big problem di hadapi , sorry bos, no money no back guaranty. Ianya hanya mengekalkan cerita lama atau mengulangi kembali peristiwa lama .. bertambah penuh di memori kita dengan kenangan silam yang tiada manis, semuanya kenangan pahit pahit, ditambah pula sindir sindiran oleh orang yang paling hampir, tentu panas cuping telinga, juga kan..?  kikikiki.


Pada tahun 2007 di uji terus di uji, lepas satu masalah, timbul satu masalah, di cop dah perangai gila gila,pada fikiran mereka kita buat perkara tiada berfeadah, sengaja gila gila masuk hutan keseorangan dan semua di lakukan di anggap pelik di mata mereka. Maklumlah baru membina kehidupan baru, mencari tapak asas tujuan membina semula semangat, corak penghidupan dah jadi resmi ayam, tidur tidur ayam, fikiran sentiasa memikirkan bagaimana mahu mendapat suntikan modal, rezeki kadang kadang dapat, tetapi, banyak yang tidak,  kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi, bernasib baik tidak berkaki ayam .. kikikiki.


“ Ok .. aku mau test vaksin ciptaan kau untuk 1 pokok buat permulaan, jika ia mampu menghasilkan jalinan resin sempurna dalam tempoh 3 bulan, semua 4 pokok 350sm ini, kau inokulasi, aku sediakan duit cash membayar khidmat inokulasian kau jalankan nanti..” Cabaran dari seorang kawan. Penghujung tahun 2007 Big problem mula beransur ansur pergi, maka bermula lah era baru di awal 2008, tempahan anak benih bertambah, kontrak perladangan lepas satu, satu selesai di lakukan, bermula projek peribadi inokulasi pokok share dengan pemilik pokok dan stok vaksin kian bertambah.


Bukan senang mahu senang, bukan susah mahu susah, kita di uji bukan erti ianya satu musibat tetapi rahmat yang terselindung, menguji kita tahaf mana kesabaran kita, mampu kah kita mengucapkan Allhamdulillah ketika menghadapi ujian dari Nya. Kegagalan sudah pasti ada puncanya, kemungkinan segalanya berlaku dari kesilapan kita sendiri, cuma kita tiada mahu mengaku silap diri sendiri, kerana kita manusia ini terkenal bersifat keegoan .. kikikikiki.. betul ke..? TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan