Jumaat, 27 Jun 2014

Gaharu.. Merapu sikit..!!

Pelbagai bagai ragam perangai manusia, ada yang perangai buat buat semua tahu, hal itu ini bagaikan semuanya telah di lalui. Pantang kita lepas cakap, apa kita usahakan, mulalah di hurai dari awal hingga akhir .. kikikiki.. lebih mahir dari kita yang telah tahun tahun menceburi sesuatu kerjaya. Bercakap bukan main dengan gaya gaya sekali, kita cuma mampu tersenyum ,  cuba cuba gelak jarang jarang dan kadang kadang mengeluarkan kata mengapi apikan, jadi batu api, supaya biar dia nampak kata kata bualan membuktikan yang dia pengelaman dan dia menganggap bualan itu semuanya betul.


Ikhlas saya catatan, saya sedikit pun tiada perasan dengki dan irihati pada pengiat gaharu lain, siapa lah saya, cuma pengusaha kecil, tiada tersohor, hanya bergiat mengikut kemampuan sendiri. Kalau ada terlintas di hati mereka yang saya ini adalah saingan, itu kena terima hakikatnya, sebab kita sama berurusniaga di bidang ini. Usah risau, saya tiada gemar menggangu, tiada suka komen dan ambil tahu urusniaga anda, lagipun saya tiada pernah kenali anda, saya berurusniaga secara saya sendiri, jika anda inokulasi sejuta pokok sekali pun, saya tiada ambil kisah, itu sudah rezeki anda, saya tumpang gembira, kerana anda telah menaikan nama industri ini.


Jika anda menuduh saya yang bukan bukan, atau cuma mendengar dari mulut ke mulut,  itu satu kesilapan. Sebetulnya anda tiada pernah mengenali siapa diri saya, cuma kenal nama, anda cam gambar saya,  tengok aktiviti yang saya update di FB. Anda harus maklum, setiap promosi urusniaga hak peribadi, promosi mesti memihak diri sendiri .. kikikikiki.. ada ke, nak bantu promosi urusniaga orang lain. Setiap orang ada kelebihan tersendiri yang Allah anugerahkan, ini perkara wajib kita akui. Jangan sesekali kita mengaku kita adalah terbaik, itu pengakuan yang silap. Sedar kah kita orang lain lebih berkemampuan lebih dari kita, lebih berilmu, kita ini cuma ada ilmu sebesar hujung jari dah nak bermegah..?


Walaupun mempunyai ilmu yang sama, kadang kadang sejumlah rezeki kita berbeza di perolehi. Mengapa Allah bagi rezeki melimpah kepada saingan kita, padahal berurusniaga perkara yang sama.. Semua factor memainkan peranan, iaitu, sifat hati kita, sikap amanah pada diri sendiri, sifat hati yang pemurah, tiada sifat egoan, hati mereka bersih, tiada mempunyai perasan dengki kianat, dengan sifat berginilah Allah gandakan rezeki mereka. Ini , tidak, pantang saingan kita berjaya, mulalah sindir itu sindir ini, macamana Allah nak makbulkan permintaan murah rezeki, kalau hati sendiri tiada bersih.


Kalau lah baru bergiat di bidang ini, dah mula mahu mencabar pengiat ini, cabar pengiat itu, sampai berani memcabar pengiat lama, baik lupakan niat itu. Kita masih dalam proses pembelajaran asas, masih tercari cari maklumat, banyak perkara yang masih belum kita mengetahuinya. Tak kiralah kita belajar di luar negara atau timba ilmu di pelusuk dunia, yang tua mesti tetap di hormati, sindir menyindir bukan boleh di permainkan, berdosa kering kering lah kita. Lagipun kita tiada mengetahui ilmuan di dada seseorang itu, kita tiada boleh nilai tinggi mana ilmu seseorang  dari sekali pandang . Hanya kita seorang yang mengaku kita terhebat, selain dari kita, siapa yang akui..? kikikikiki.. Cuma kita sendiri mengaku diri sendiri hebat, angkat ekor sendiri, orang hanya mengangguk di hadapan kita.. di belakang..?


Jangan ingat 100% perbuatan kita lakukan, kerja kita, Allah restui, bergitu juga rezeki kita, hari ini Allah bagi segantang, esok Allah bagi secupak dan lusa tiada satu sen pun kita perolehi. Bergitu juga kerja kerja penginokulasian, setiap kejadian datang dari NYA jua, IA yang berhak di atas segala galanya dan kita wajib menerima seada adanya segala keputusan yang akan di tetapkan NYA. Walaupun sehebat hebat vaksin ciptaan kita dan teknik penginokulasian kita, sekiranya tiada restu dari Nya, ianya tiada akan berhasil.


Apa yang diri kita mampu, hanya berusaha mengikut factor yang betul , terus berikhtiar selagi terdaya ,  bertawalkal dan sentiasa memohon segala pengorbanan, pelaburan masa dan wang ringgit kita di restui dengan jayanya oleh NYA. Ini lebih terbaik dari kita mengekalkan di hati kita, sifat dengki irihati pada saingan kita, kita wajip akui, menghormati semua pengiat gaharu teknologi dan sentiasa memberikan semangat, agar sama mencapai kejayaan semua aspek. Jika pengiat lain berjaya melebihi kita, ia adalah rezeki nya, Allah telah perkenan dan makbulkan permintaan mereka.


Saya akui , memang saya tiada mampu untuk berlawan mahu menjadi siapa yang terbaik di antara pengiat gaharu teknologi. Tetapi, tiada terlintas di hati saya menjadi yang terbaik. Apa feadahnya saya nak berlawan menjadi yang terbaik, apa yang dapat..? Cuma apa yang saya mampu, berusaha secara kecil kecilan, penginokulasian ansur ansur, tiada menganggu pengiat lain. Segala keputusan siapa yang terbaik , hanya  pemilik, pengusaha pokok gaharu, pengiat mana yang mereka pilih. Mereka yang menilai kita, kerja kita, janji janji kita, bukti penghasilan vaksin ciptaan kita, ladang contoh kita sendiri dan cara kita menguruskan, kalau mereka memilih pengiat lain .. sila kan, itu pilihan mereka, saya tak rugi apa apa.


Tak kan sampai sanggup memaksa pengusaha untuk mendapat khidmat penginokulasian kita, kita bukannya bagi khidmat free, walaupun sepokok tetap mereka kena bayar .. Habis tu, kan duit mereka, lantaklah mereka nak dapatkan  khidmat siapa. Betapa rugi nya kalau kita memburuk buruk saingan kita, yang pasti orang sudah dapat menilai siapa sebenarnya diri kita, kebiasaan bila seseorang itu memburuk perangai orang lain, sebetulnya diri dia sendiri berperangai paling buruk. Kita wajib terima hakikat, yang kita bukan yang terbaik, ada lagi penginokulasian mengunapakai vaksin ciptaan sendri yang paling terbaik.


Masih ingat satu catatan pengelaman di blog gaharu saya “ Siapa yang terbaik..” dimana para para penginokulasian seawal memperkenalkan inokulasi, mengaku merekalah yang terbaik, yang menjadi akibatnya, ribuan pokok gaharu liar mati kerana kesilapan vaksin. Saya ajukan soalan  , “ siapa yang untung dalam kes ini.. adakah perkara bergini mahu di ulangi..?”. Tu lah sebab tiada guna melepaskan geram, bila melihat pengiat lain berjaya menghasilkan vaksin dan berkesanan vaksin mereka hingga pokok gaharu yang di inokulasi mereka berjaya menghasilkan gaharu. Sepatutnya diri kita sendiri harus belajar dari kesilapan kita sendiri, memcari formula cipta vaksin terbaik demi menaikan lagi industri gaharu teknologi. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan