Jumaat, 19 September 2014

GAHARU.. Kegilaan Bermula.

Diwaktu kesibukan, kegilaan mengejar masa, saya hampir terlupa, catatan blog gaharu sudah bergitu lama tiada diterbikan. Kesibukan di ladang, proses pembersihan rumput, membaja dan menyulat ganti pokok gaharu yang mati, di akibatkan kemarau panjang dan ada yang mati terkena semburan racun. Ditambah pula projek menyiapkan tapak ladang tambahan untuk muatan beneh gaharu pelbagai sepsis 3,000 pokok, bagi menutup jadual penanaman untuk tahun ini, planning penanaman 12,000 pokok pelbagai sepsis untuk tahun depan telah siap sedia untuk dilaksanakan pada seawal tahun akan datang. Insyaallah.


“ Boleh bagi bukti , seorang telah jadi jutawan dari hasil jualan gaharu?” Soalan daripada seorang yang boleh di anggap kurang matang, bagi saya soalan biasa yang sering di ajukan oleh orang kampong. “Perlu ker anda bagitahu orang lain darimana anda perolehi kekayaan?” Saya bertanya kembali pada si penanya ini. Jika tiada bukti, tiada realiti, anda rela kah, melabur wang ringgit beratusan ribu, pada sesuatu pelaburan?. Anda dapatkah menilai  ilmu seseorang, tahaf mana kemampuannya, mengapa beliau bergitu berani, laburkan hampir setengah juta ringgit di dalam industri gaharu., adakah saja saja hobi atau ikut ikutan daripada orang lain?. Jawapannya saya mahu anda fikir serta cari sendiri di laman laman website.


Sesiapa mula mengenal gaharu, bermula lah satu kegilaan, kegilaan tanpa penghujung, mencari ilmu, memburu gubal, berusaha bagaimana minyak gaharu akan di proses, akan menanam sebanyak banyak yang mampu, mencari vaksin dan lebih lagi bila mengetahui gubal gaharu bergitu mahal nilainya. Mengapa sampai bergitu sekali kegilaannya?. Tahukah anda, Sepsis gaharu kyana (oud dirujuk sebagai 'super', 'double-super', atau 'tenggelamnya gred) telah pupus Borneo?. Setelah pupus di vietnam, beribu ribu orang Vietnam memcerobohi sempadan, mencuri gaharu di Taman  Negara, Combodia, Myanmar, Thailand, China, Papua hinggalah ke Malaysia, mereka sanggup membunuh renjer renjer perhutanan demi gaharu. Mengapa sampai sanggup membunuh demi gaharu?


Sebelum kegilaan muncul pada diri saya, saya akui , tetap tiada percayai gaharu boleh jadi jutawan. “ orang bernasib baik sahaja yang akan temui teras (gubal) gaharu, ia akan menjadi kaya raya, kerana nilainya bergitu tinggi.” Saya masih ingat perkataan ini yang di ucapkan oleh awrah datuk saya (Al’Fatihah). Di sisi lah bermulanya kegilaan saya, mula lakukan kajian demi kajian, timba ilmu dari hunter hunter gaharu, memasuki hutan belantara mengkaji pokok pokok gaharu liar, utamanya sepsis Malaccensis, yang dikatakan sepsis hampir sama dengan Kyana , cuma gred rendah sedikit dari gred Kyana.



Sewaktu memulakan kajian , rupa rupanya saya telah terlewat, telah banyak pokok pokok liar usia beratusan tahun di tebang sesuka hati oleh hunter-hunter gaharu dari Combodia , Thailand dan hunter gaharu tempatan. Jumlah amat besar sepsis gaharu lain termasuk Hirta, Branchyantha, Cumingiana, Microcapa, Rostrata , dan termasuk Malaccensis di musnahkan, lebih parah lagi bila adanya projek perladangan, tasik buatan, pembalakan dan pembukaan hutan . Tak mustahil kepupusan sepsis ini akan dialami sama seperti sepsis kyana di Borneo, bagi pendapat saya, ini bukan satu kegilaan, tetapi bersifat orang gila, tanpa memikirkan tentang perkara kebaikan untuk tahun tahun kehadapan.


Seperti virus menyular terlalu pantas yang di sebarkan oleh Kelantan Keridor Depu, wabak kegilaan terhadap gaharu bermula, seawalnya benih di jual bergitu tinggi nilainya, tetap tiada mengcukupi, di laporkan ratusan ribu pokok di masukkan melalui jambatan sempadan dan tongkang, secara sah dan seludup ke Malaysia. Permintaan bekalan tiada pernah putus, inokulasian tiada pernah berhenti, soal berjaya atau tidak, itu bukan jawapan, yang pasti mereka tetap berusaha. Ini pun satu kegilaan, kegilaan kerana keyakinan, bukan kegilaan, saja-saja gila .. kikikiki. Kegilaan ada halatuju.


Mengapa persoalkan berapa ramai orang telah menjadi JUTAWAN dari jualan hasil gaharu, jangan jadi satu kegilaan hanya bertanya, tahaf mana tiada kepuasan hati, mengapa mahukan contoh mahu berusaha?. Jika saya termasuk golongan JUTAWAN hasil jual gaharu, tidak akan saya bagitahu darimana duit saya dapat , yang pasti anda tiada sesekali berani bertanya, nak menegur pun segan, sahkan bertanya, lagipun saya pun tak akan layan soalan sedemikian. Yang terbaik biar ada usaha, ada penantian daripada tiada apa yang dinantikan, bila kita berusaha pasti ada ganjarannya dari NYA , rezeki banyak atau pun sedikit itu hak NYA JUA.


Saya mahu mengulas . Mengapa penceroboh pencuri gaharu dari Vietnam sanggup membunuh? hanya satu kilogram bernilai $50,000 hingga $300,000 akan di jual kepada pembeli dari china dan Jepun. Sesiapa pun akan menjadi kegilaan bila mengetahui betapa bernilainya gaharu, tiada lagi ada perasan rasa bersalah, rasa takut, rasa jemu dan yang pasti gaharu akan di perolehi walau sebagaimana cara sekali pun, dan mereka akan menjualnya ke Negara China dan Jepun. Manakala orang di Negara China dan Jepun, hanya menyimpan gaharu yang di beli di dalam almari yang bertahun tahun lamanya sebagai koleksi  , sehingga ke anak cucu. Manakala kegilaan orang orang di Negara  Timur Tengah, tertumpu kepada minyak oud dan chip gaharu.


Kegilaan ini terus merebak dengan tertubuhnya Modal Perladangan di Asia, perladangan gaharu di wujud di beberapa Negara termasuk Malaysia, Thailand, Butan, Bangladesh, India, Laos, Myanmar, Papua New Guinea dan tiada kertinggalan di Negara Vietnam. Kegilaan ini semua kerana permintaan jauh lebih tinggi dari bekalan, berdasarkan kajian kadar bekalan Cuma 40% daripada permintaan dan 1 liter minyak gaharu boleh di jual sekitar $ USD 10,000 – 14,000 di pasaran ( laporan Vietnam post 2007). Manakala laporan kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dunia memerlukan 4.5 jura kilogram gaharu setahun. Nilai gaharu dihantar keluar dari singapura sahaja setiap tahun telah dianggarkan melebihi $ 1.2 billion.


Bila anda terus membaca tentang gaharu, anda akan temui jawapannya, mengapa kegilaan ini muncul di kalangan pengiat gaharu, yang mereka fikir, cuma gaharu mampu mencapai impian secara pintas demi capai kemewahan. Di sebabkan, kos pengurusan terlalu tinggi, membuka ladang, pembelian tapak ladang, pembelian benih serta penginokulasian, untuk menampung kos ini, terancang beberapa pakej program pelaburan gaharu, pakej usahasama dan pelbagai bagai pakej. Antara pulangan ke atas pelaburan yang dijanjikan itu, selama 7 tahun, 1 ekar 1 ribu pokok pulangan 2 juta. ( petikan dari laman web berpangkalan di Malaysia ).


Akhirnya saya mengulas nilai ekonomi, Nilai pertama gred gaharu adalah terlalu tinggi, terdapat pelbagai kualiti dan produk di pasaran yang berbeza-beza dari lokasi perbezaan geografi dan penyulingan. Dengan pelbagai-bagai harga, dari beberapa dolar per kilo bagi kualiti yang rendah, kepada $ 30,000 untuk minyak berkualiti tinggi. Manakala kayu resin, cip gaharu $ USD 20 per kilo mampu mencecah $ USD 6,000 per kilogram. ( Persidangan Gaharu Antarabangsa 2003) minyak ouh suling boleh mencecah $ USD 20,000 sekilogram bergantung kepada kesucian minyak. Di pasaran global semasa bagi gaharu dianggarkan dalam lingkungan $ USD 6-8000000000 dan sedang berkembang pesat, bagi perbelanjaan sebanyak sebanyak dolar AS 32,000, di jangkaan memberi pulangan adalah kira-kira dolar AS 104,000 pada akhir 7 tahun, cuma 29% pulangan dari Negara Arab. ( Persatuan Ouh Arab).


Tepuk dada anda, tanya poket anda, jangan malu bertanya, lakukan kajian selidik, mengapa kegilaan ini berlaku tanpa henti pada pengiat gaharu . Anda tak mahu duit, tak mahu kesenangan, jika anda tiada ingin status jutawan gaharu.. Abaikan dari memikirkan kegilaan ini semua…TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan