Selasa, 24 Jun 2014

Gaharu.. Apa Aku Kisah..!!

GOLD-FOREST R&D GAHARU HQ.

“ Tuan , kami ada jual vaksin gaharu, kami tawarkan dengan harga termurah dengan pembelian 10 liter dan khidmat inokulasi jika di perlukan..” Terima sms, bila call, tak di jawab pula. “ Tuan.., kami tak perlukan vaksin serta khidmat sesiapa pun tetapi nak tahu juga, berapa tahun tuan bergiat di bidang ini, berapa pokok telah di inokulasi, berapa pokok telah di tuai, lokasi ladang di mana dan berapa puluh ekar pokok gaharu telah di tanam..? reply sms dari si anu.



“ Saya whatsapp imej pokok telah kami tuai, inokulasi 3 tahun lepas, jika tuan meragui saya.” Reply dari nya. “ Saya tak mahu tengok gambar hasil dari inokulasi, saya mahu lihat dengan mata saya sendiri pokok telah di rawat dan di tuai semasa kehadiran saya..” Saya reply.. “ Jauh tuan, ladang kami kat Thailand, kena ada trip, kalau tuan tanggung kos perjalanan, kita boleh pergi bila bila masa.” Jawab nya. “ Tak payah lah, merugikan masa jer, sah pokok tu bukan hak kamu dan vaksin dah tentu orang lain cipta .. sorry lah, kamu tawarkan pada orang lain jer..” kata saya penutup whatsapp.


Dia whatsapp juga imej gubal siap di carving, imej batang pokok, imej vaksin dan imej sedang menjalankan inokulasi. Kikikikikiki .. Salah satu imejnya terpapar wajah pengiat gaharu tersohor di Thailand yang pernah saya kenali dan pernah mengunakan vaksin beliau. Kita tak marah pun, dia kan mahu berniaga, mana tahu kot kot kita termakan promosinya, berduit juga dia .. kan..?. lagipun dia bukannya dia kenal siapa kita, yang kita nie maklumlah petani urusniaga cara kampung, baru aktif agaknya ceburi bidang gaharu, mungkin anggapnya kita nie pembeli vaksin dan dapat khidmat inokulasi dari pihak lain, logic juga kan anggapan nya tu.


Saya bukan tiada percaya berkesanan vaksin vaksin import ini, banyak factor saya kena kaji, saya kena selidik, utamanya bahan bahan proses halal atau tidak yang terkandung di dalam cecairnya. Setelah di inokulasi, contohnya, berjaya menghasilkan gubal. Apabila di ujikaji di makmal ( Lab ) gubal terhasil itu mengandungi bahan kimia, 2 tahun you..!! kita menanti penuh harapan, bila nak jualkan gubal tiada siapa yang mahu beli , sah kan mahu proses minyak, berulang lah nasib malang nya nasib kita, yang pernah berlaku sebelum ini, duit habis, masa terbuang, ke nak jual lelong murah , kikikikiki.. bagi free pun tiada yang mahu.




Bila melibat penggunaan bahan pemakaian, mandian , minuman dan permakanan , sudah tentu kita utamakan barangan suci, bersih serta halal. Air wangi boleh di pakai ketika solat, loysen badan mesti dari bahan yang bersih dan makanan serta minuman mesti bebas dari bahan di awet mengunakan kimia. Sekiranya kita tiada di yakinkan atau bukti cecair vaksin itu bebas dari bahan bahan terlarang, bagi saya, saya tiada berani mahu mencuba walaupun di beri percuma, kalau anda mahu mencuba, silakan .. Maaf, saya bukan jenis si batu api.

  Tempoh Inokulasi 3 bulan kami

Jika saya hanya di kalangan pengusaha ladang seperti anda, tiada pernah menjalankan inokulasi, pasti saya tiada mampu mendedahkan perkara yang benar. Yang beza antara saya dengan anda, saya 100% bergiat urusniaga di bidang ini hampir 15 tahun, boleh di kata A to Z, dari pembekalan beneh, kontrak perladangan, menghasilkan produk berasaskan gaharu, sehinggalah penginokulasian dan berjaya mencari bahan bahan cipta formula cecair vaksin sendiri. Bila telah berjaya cipta cecair vaksin sendiri serta tahu bahan bahan mentah apa boleh di jadikan vaksin, ada bahan bahan yang halal dan bahan berbahaya juga boleh di jadikan bahan larut sebagai cecair vaksin pengalak resin gaharu.


Hak Milik kami bukan di bawa masuk dari luar negara.

Bila dah berada di tahaf ini, pelbagai bagai desas desus terdengar di telinga .. “ Apa aku kisah..” . Semuanya dasar irihati, kerana saya telah terlalu jauh meninggalkan mereka, yang pernah menumpang saya waktu pertengahan bergiat di bidang ini. Sesiapa yang ingin serta saya, ini lah selalu saya selalu ucapkan, “ Bagi membina sesuatu kerjaya gila gila ini mesti pengorbanan, mesti bersabar , diri mesti ada kenyakinan, wajip berani menempuhi segala cabaran dan wang ringgit akan memainkan peranan paling utama, jika semua ini tiada di dalam diri kamu, baik awal awal lagi kamu tarik diri, sebelum kamu mengaku di pertengahan jalan.”


Yang tergelaknya bila saya membuat permintaan .. “ kamu kata nak share bisnes, ok aku setuju, Kamu dapat sedia ker kos perjalanan  separuh, tujuannya untuk kajian bahan bahan mencipta vaksin, kos perjalanan, penginapan serta makan minum selama 3 bulan. Boleh kuar ke ..? ”. Terdengar di telinga saya ..” oh .. banyak tu, nak cekup kat mana. “. Selepas dia berkata sedemikian, terus menjauhkan diri. Sehingga saya mulakan jelajah perseorangan seperti di rancang, tebalkan muka, bertemu sifu sifu gaharu tersohor dari sebuah Negara ke sebuah Negara, untuk dapatkan apa dia bahan larut terkandung di dalam vaksin gaharu, mencuri formula secara terhormat, selama 3 bulan, ilmu yang di perolehi cuma teori asas bagaimana cara memproses vaksin.


Sesiapa yang tiada sanggup terima kesusahan bersama sama, “ kau boleh belah, buang masa aku nak melayan kau..”. itu kata saya setelah dia muncul ketika vaksin pertama ciptaan saya di tuang pada pokok gaharu berukuran 350sm. Ada lagi desas desus berbunyi, mengatakan vaksin ciptaan saya mengandungi bahan kimia, bahan larutnya beracun dan pelbagai bagai lagi. Jalan terbaik nya, saya berani minum cecair vaksin ciptaan saya di hadapan pemilik pokok, dengan jaminan sekiranya pokok anda mati kerana alahan tuangan vaksin ini, saya bayar ganti rugi.


Jika ianya bercampur racun, tentu saya tiada berani meminumnya dan sudah tentu cecair pengalak resin ini, saya yang cipta bebas dari bahan haram. Jika vaksin kepunyaan pecipta lain, saya tak berani minum walaupun setitik. Kerana saya tiaga mengetahui apa bahan larut terkandung di dalam  vaksin ciptaan mereka. Bila saya berani meminumnya ternyata bahan bahan larutnya bersih, halal dan tiada terkandung bahan kimia. Saya catatan di blog gaharu ini, seakan akan mahu menjawab semua persoalan, sifat ragu ragu , desas desus yang selalu di dengari .. jika anda ingin merasai keenakan vaksin .. jom kita boleh minum bersama sama, jika mabuk, kau tanggung sendiri .. kikikikiki . TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan