Ahad, 27 Januari 2013

Kepala kayu atau tunggul..Bos.?



Seketika, Staf staf saya, bergitu rancak melakukan inokulan, kadang kadang tu terasa nak melepaskan gian mahu rasai getaran drill. Saya melakukan injections pada pokok pokok berukuran lilitan 35sm, panjat memanjat tu, memang terdaya, cuma mengigil , bila dah berumur ini terasa perasaan gayat .. hehehehe.. kalau terdesak sangat, masih berani memanjat 40 kaki dari aras pangkal.

Sebanyak banyak lokasi yang pernah saya jalankan inokulan, di lokasi ini saya temui 70% pokok tumbuh bercabang cabang, setengahnya mempunyai cabang dari pangkal, tumbuh 4 cabang bersize sama besar. Ini adalah kesan dari tebasan, ketika pokok nya masih kecil. Kebiasaanya ia di tebas oleh pemilik tanah, yang tiada mengenal spesis gaharu ataupun sengaja di tebas, kerana dianggapnya tiada berharga.

Sekiranya mengikut factor, ianya mengalami stress awal berkali kali, setiap kali tanah ini di bersihkan. Saya tiada dapat menilai secara tepat, usia pokok yang bercabang ini, saya lakukan ukuran lilitan pada pangkalnya , ada yang berukuran 70sm, 90sm, 80sm dan hampir 100sm, manakala ke 3 cabang  nya pula ada berukuran 60sm. Sebelum di inokulan, saya mengira setiap pangkal pokok di lokasi secara rambang sejumlah 150 dan saya mengira sekali lagi untuk mengetahui jumlah yang tepat, sejumlahnya 230 pokok tumbuh ( tu tak termasuk cabangnya ) di ladang getah seluas 1 ekar.

Lagi banyak lagi bagus .. hehehehe, kan pengiat gaharu semuanya bersikap tamak. Tak kan, mahu inokulan sejumlah yang kecil, sesekali inokulan, kita selesaikan di satu lokasi dan baru lah pindah ke lokasi lain. Bergitu cara saya. Saya memang teruja melihat pokok pokok bercabang cabang yang tumbuh subur di selimuti semak samun di sini, walaupun tiada bersize lebih dari 150sm, tuangan vaksin sejumlah besar diperlu disediakan, kermungkinan tempoh masa 10 hari tiada mengcukupi menyiapkan semuanya.

Gubal kepala kayu di temui di tunggul tunggul yang batangnya patah di pukul ribut atau ditebang. Kerbiasaannya , tungul ini akan mengeluarkan tunas tunas baru, jika tiada dipeduli tunas akan membesar. Manakala kesan luka pada tunggul, jalinan resin akan membentuk sedikit demi sedikit, lama kerlamaan bertukar berwarna kerhitaman, itu sekiranya ianya tiada mengalami kereputan.

Gubal kepala kayu, ianya kayu untuk prosesan minyak, ianya berperanan menambah quality dan kualiti minyak. Bila hunter menemui gubal bergini, mereka akan mengali dengan teliti bertujuan  ( mengikut teori mereka ) untuk memdapat akar akar dan pangkalnya tiada mengelami kecacatan. Anda sanggup menghayun cangkul..mengali pangkal sebesar 3 pemeluk..? Sekiranya tepat teori mereka, hasilnya lebih dari berbaloi.

Gubal gaharu tidak akan hancur walaupun pokoknya reput, ada yang memanggil gubal ramas ( boleh dihancurkan dengan cara mengenggam ), ianya boleh di temui pada pokok yang telah lama tumbang.. betul atau tidak ..? hehehe, bergitulah yang dimaklumkan kepada saya. Sampai sekarang ini, saya tiada mengetahui, adakah gubal ini berharga dan boleh dijadikan minyak, tetapi mengikut nilaian saya, sebelum dijadi minyak, kayu kayu gaharu ini, di mesin menjadi serbuk, kamudian direndam berminggu minggu, tujuannya mereputkan serbuk kayu, kalau bergitu, dah tentu gubal bergini boleh diproses minyak.

Apabila kita terdengar dari mulut hunter gaharu berkata ..” hanya dapat kayu minyak jer..” Kayu kayu mempunyai jalinan resin ( istilah nya di namakan kayu minyak ) atau di panggil juga bulu jagung. Jika tiada gubal ini, minyak tiada dapat dihasilkan, tetapi, pokok berusia ratusan tahun mampu menghasilkan minyak gaharu.. mengapa pula bergitu..? Pokok yang seusia ini, mempunyai pelbagai resin terbentuk secara semulajadi diserata pokok, antara didapati di soket soket ( siku sekitar dahan yang patah ) melalui stress buatan dan semulajadi.

Bab yang nie, cuma pendapat saya, kalau nak sokong.. ok, kalau tak setuju. Pun tiada masalah. Spesis gaharu dan spesis pokok damar adalah satu genus. Pokok ini juga mengeluarkan minyak serta membeku di pangkalnya dan dibahagian lain dinamakan damar, jika dibakar ianya mengeluarkan bauan harum. Tidak jauh Perbezaannya diantara gaharu, resin gaharu juga dipanggil damar, Cuma cara pembentukkan, rupa dan bauannya jauh berbeza. Adakah anda dengar serta lihat, pokok gaharu mengeluarkan kepingan damar..? saya telah melihat, kepingan damar di perolehi dari pokok gaharu spesis Aquilaria malaccesis lamk yang tumbuh di atas batu.

Segolongan pengiat gaharu mempunyai minat berlainan, ada yang minat pada gubal gaharu semulajadi, ada yang minat kayu prosesan minyak dari pokok gaharu tiada dirawat dan ada minat pada gubal yang dirawat. Disini lah timbul pemcanggahan pendapat, pelbagai andaian dapat kita dengar, adakah pendapat yang betul..? Ianya  tiada terlepas dari pendapat yang tiada dapat diterima akal. Tetapi semua bertujuan yang sama , gubal gaharu untuk dibakar ,  kayu nya di jadikan minyak dan walaupun bagaimana teknik dilakukan tujuan tetap sama, mahukan gubal. Yang paling utamanya, yang di namakan gaharu ada nilaian tersendiri ..TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan