Jumaat, 10 Ogos 2012

Rumah siap pahat pula berbunyi.

2 hari sebelum ramadhan

Hening pagi di warong kopi, sambil perkena sarapan pagi, sembang sembang bersama staf staf tentang teknik inokulan, project selepas raya, project Pak Kelulut dan kerja-kerja membuat sarang sarang Pak Kelulut, untuk kergunaan sendiri dan tempahan, bagi memenuhi aktiviti di bulan ramadhan, janji staf staf ada kerja, masuk gak samah se’rial ( lima puloh sen dan seringgit ) untuk membeli juadah berbuka puasa.
“ Assalamualaikum , saya gi opis tadi, tiada siapa, kereta 2 buah ada..” Salam dari seorang yang tak pernah di kenali, lalu melabuhkan punggung di kerusi kosong. “ Waalaikumsalam, duduk –duduk , kita minum, seorang ker..? ” jawab salam  dan saya sambil menghulurkan tangan.” Berdua, tu baru sampai naik motor ..” katanya. “ oh oh .. member Badril lah nie..” kata saya. “ yer .. tadi gi rumahnya, pastu gi opis Encik, opis berkunci, Badril terus ajak ke sini” jelas nya

“ Hehehe ..Kawe dah agak dah, demo mesti keluar minum gan staf staf demo,kedai ini tiap tiap pagi” kata si Badril. “ duduk lah .. kita minum dulu, mintalah roti canai ker, nasi berlauk ker dan mee goreng pun ada..” pelawa saya. “ tak ke hutan ker hari nie..” Tanya Badril. “ kami, boss dah beri cuti sebulan, lupa hal tebuk menebuk nie, kena bertukang pula bulan puasa ini, tau jer lah, bos ambo nie, ideal pelek pelek..” kata staff sambil dok ketawa.
“ Ada hal penting ker, teringin sangat nak jumpa saya, kalau hal penting, kita bincang kat rumah, jika tak penting kita selesai kat sini jer lah..” kata saya. “ Tak lah penting sangat, sebenar perkara ini tiada berkaitan dengan Encik, Cuma nak minta pendapat, lagipun Badril kata, Encik lebih arif dalam hal gini..” Dia mula membuka topic. “ maaf, saya nie bukan pandai dalam semua bidang, bidang saya ceburi pun , sekadar boleh jer ..” jawab saya.

“ Saya nak cerita dari awal, Arwah bapa saya membeli sebidang tanah bukit di seliling, seluas 4 ekar. Tanah nie telah di pecah lot dan lot lot nie telah ditanam pokok gaharu oleh pemaju.” Terangnya. “ oh .. di pinggiran pondok, tanah kerpunyaan arwah ( rahsia ) tu, jadi awak nie anaknya yang sulong tu kan..” Tanya saya. “ yer .. saya anak arwah nie, anak dari ibu tua, Encik, kenal lah arwah nie, saya baru jer balik dok kampong, pencen terus balik..” katanya.
“ Setahu saya, tanah tu kesemuanya 12 ekar kan.., 4 ekar tu kalau tak silap saaya, pokok gaharu yang ditanam berusia 1 ½ - 2 tahun, lot lot tu dah habis dijualkan..?”. Tanya saya. “ Memang betul, yang jadi masalahnya, 4 ekar tu lah, saya sebagai abang, berhak ke atas kerpentingan harta pusaka, pemaju tu pulak, Cuma membuat perjanjian lisan dengan arwah. Saya tak percaya dan tiada keryakinan dari apa yang mereka bagitahu pada saya. Adakah betul atau tidak, bila saya bertanyakan adakah perjanjian bertulis, mereka kata mereka percaya pada arwah nie..” terangnya.

“ Manusia sekarang ini bukan boleh dipercayai ..Encik. Saya ada berjumpa dengan bos pemaju tu, dia bagitahu, tanah tu mereka yang bayar, tetapi dengan mengunakan nama arwah sebagai pemilik, tapi bila saya jumpa rakan kongsinya pula, ada perbezaan kerterangan, tanah itu di kongsi bersama arwah bapa saya. Yang mana satu mahu dipakai, seorang kata hak mereka dan seorang nie pula kata kongsi.Penjagaan pokok pokok di amanatkan pada adik adik saya, setiap bulan dibayar gaji RM2,000.00, bila saya bertanya, tak ada bahagian bapa saya sebagai pengusaha, dari hutan belukar ditebas tebang dan siapkan jalan, mereka kata, bapak saya akan dapat 40% dan mereka 60%.” Terang nya lagi.

“ Saya ajak adik beradik tiri berbincang, bertanya serba serbi awal permulaan tanah tu di majukan penanman gaharu. Mereka kata tanah tu hak bapa, pemaju janji nak bayar, sebelum pembayaran tanah akan dipecah lot ditanam dengan pokok gaharu, 100% perjagaan akan di serahkan kepada arwah bapa, kami tak tahu lah tanah tu dah dibayar atau tidak, biasarnya bapa tak sembunyikan dari pengetahuan kami. Di akhir perbincangan, adik beradik menyerahkan tanah itu pada saya sebagai wakil, itu sebabnya saya datang jumpa En.” Jelasnya.
“ Setahu saya, dengar khabar angin, lot lot gaharu tu dah di jual semuanya, broker yang jual semua lot tu dapat RM20,000.00, broker tu cakap pada saya, setiap 1 lot di jual RM20,000.00 tanpa geran lot, tapi tak tahu pula saya , cara bagaimana syarikat boleh selesaikan jual tanpa geran, setakat nie rundingan dengan pemaju tu, dah berapa kali..?” Tanya saya. “ Hanya sekali Encik, tu pun saya yang call, saya pula kena pergi jumpa mereka, sepatutnya mereka datang kerumah saya ajak berbincang..” jawabnya.

“ Maaf banyak banyak saya tak mahu dikatakan batu api pula, pihak Encik kena selidik betul betul, dimana puncanya, utamanya Mak Tiri Encik. Tu. Kalau dia bagitahu tanah tu dah dibayar, serah jer tanah pada pemaju dan tanyakan semula adik beradik encik, apakah imbuhan lain yang syarikat tu dah bagi pada mereka, yang utamanya perlu di soal, pemilik asal tanah tersebut, jika pemilik asal bagitahu hak bapa encik, sah lah tu. Dah di kermukan ke Pusaka Amanah Raya ker belum..?” nasihat saya sambil bertanya. “ Dah encik, dalam proses perbicaraan harta harta arwah nie..” jawabnya.
Daripada nak kosongkan fikiran, datang pula yang perkara bermain main dalam fikiran. Tak tahu nak menilai kes ini, siapa yang betul siapa yang salah. Nak kata pemaju lot gaharu salah, mereka bukannya orang bodoh, berperlajaran, syarikat Sdn Bhd berdaftar berlesen  Kerwangan. Tak logic pula, pemaju yang bayar tanah tu, di berikan hak milik arwah ( saya memang kenal arwah nie ), semasa hayatnya, tiada pula arwah nie ceritakan hal hal bergini pada saya.

Tak pernah saya mengetahui si arwah ini mempunyai anak sulong berkerja sebagai askar, setiap kali saya mengziarahi nya, tak pernah bersua dengan anak anak nya yang lain, kecuali seorang sahaja, iaitu lelakinya yang bungsu. Jika betul tanah yang ditanam gaharu oleh pemaju, pembayaran tak dijelaskan, keadaan akan bertambah rumit dan akan bermasalah besar.
Yang sudah pasti , sakit kepalanya para para pembeli lot lot gaharu akan membebani sakit kepala pemaju, bagaimana nak selesaikan masalah ini, tanah telah di ajukan pada Pusaka Amanah Raya. Jikalau tanah ini telah jelaskan pun jadi masalah, kerana semasa rundingan pemaju antara arwah tiada di ketahui oleh anak sulong nya, yang berperanan sekarang sebagai pemegang wasiat harta pusaka. Yang jadi mangsa korban 100% para para pembeli lot lot gaharu, duit habis tanah dan gaharu entah dimana., di antara 3 pihak ini , yang paling untung broker, free free dapat RM20,000.00. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan