Jumaat, 5 Ogos 2011

A.Malaccensis Injection , Stress dan Allergic.


Dalam proses mencari dan mengenalpasti pokok gaharu hutan atau liar  ( A.Malaccensis ) bagi menjalankan inokulan bebas sebarang resiko. Utamanya inokulan pada pokok gaharu tumbuh di atas tanah hak milik persendirian yang mempunyai status hak milik kekal dan hak milik sementara. Setiap inokulan dijalankan akan menlibat kos yang agak besar .. kos rawatan ini di kira mengikut ukuran lilitan, 1 kaki ke atas dari paras tanah.

Dari pengelaman kami, pokok gaharu hutan ini boleh dijalankan inokulan setelah ukuranlilit pokok gaharu 40cm ke atas. Kami paling gemar menjalankan inokulan pada pokok gaharu hutan berukuran 40cm sehingga 200cm. Ianya memerlukan kos inokulan mampu di keluarkan oleh seseorang pelabur atau orang perseorangan.


Sewaktu kami memperkenalkan sistem pelaburan kadar sederhana ini, sambutan amat mengalakkan serta memang mendapat sambutan di luar jangka kami. Bergitu juga kos khidmat inokulan yang kami tawarkan adalah termurah. jika dibandingkan jauh lebih besar daripada pulangan pelaburan di akan di perolehi dan dinikmati oleh para pelabur 2 tahun akan datang.

Bakal pelabur yang berminat , akan dibawa melawat , lokasi ladang yang telah kami inokulan, yang menanti masa untuk di tuai hasilnya serta mereka boleh memilik pokok gaharu hutan berukuran berapa yang mereka mampu. Sekiranya mereka masih lagi kurang yakin dengan teknik inokulan kami , kami benarkan mereka memotong mana mana dahan pokok gaharu yang telah kami inokulan, bagi kesahilan atau bukti teknologi Nano kami berjaya.

Together Toward One Direction .. ini slogan kami.. bersama sama kesatu arah .. sama sama berjaya, seiringi dengan kami mencapai kejayaan .. sepertimana yang digambal gembulkan .. Industri Gaharu kerah Jutawan.. Maka ini yang membuatkan kami di gold-forest sentiasa mengumpul maklumat, mengenalpasti spesis tempatan dan membuat usahasama di antara pemilik pemilik pokok gaharu liar agar industri gaharu akan melebih di minati oleh semua golongan.



Setiap kali kami jelajahi tanah hak milik perseorangan , ternyata , memang masih lagi banyak pokok gaharu liar ini tumbuh segar tanpa di usik, walaupun pada tahun 2005 – 2007 sudah banyak telah di inokulan .. pada hakikatnya keputusan gagal, cuma 10% sahaja yang dinokulan , 10 % lagi ditebang untuk membuat keranda ,selebihnya masih lagi tetap terbiar.. tetapi pemilik tetap menjagainya dari di curi.

Dimana sahaja kami jalankan inokulan, kami dilawati oleh para para pemilik pokok gaharu liar ini. Disitu jugalah biasanya berlaku tawaran, rundingan serta meminta paduan dari kami, bagaimana caranya yang terbaik untuk dapatkan khidmat inokulan. Mereka memang arif tentang kos inokulan, bukan kos yang kecil, awal awal lagi mereka bagitahu yang mereka tiada mampu nak mengeluarkan modal. Kami tawarkan pelbagai bagai sistem antara Pawah , usahasama dan bentuk pelaburan inokulan.



Injection akan di jalankan juga mempunyai teknik teknik yang tertentu, mengikut sais ukuran lilit pokok. Di golongan group inokulan, semua teknik inokulan berlainan, tetapi pada asas nya semuanya mahu menghasilkan Stress serta Allergic pada pokok gaharu dan Vaksin pula tiada tujuan lain untuk menganggulkan selulose. (Anticell selulose. )  Stress serta Allergic tetap akan berlaku melalui injections tadi , resin tetap terbentuk cuma sedikit.. ianya memerlukan vaksin atau cecair pengalak resin ini lah yang menyerap keseluruh  pokok gaharu, resin akan terbentuk dengan jumlah yang banyak, jika teknik inokulan betul betul dilakukan dengan teliti.. resin akan terbentuk hingga keranting.

Bagaimana terjadi Stress ..?
Dua factor Stress .. factor pertama stress terjadi dari dahan patah, pokok sakit, disakiti dan melalui injections ( Tebukan ). Kebiasaannya pokok gaharu yang subur tiada menghasilkan resin walaupun sadikit., semakin subur, resin tetap tiada terhasil. Jalan pintasnya hanya keadah inokulan akan membantu pokok gaharu menghasilkan resin secara cepat.


Cecair pengalak Resin ini akan membuat pokok gaharu menjadi allergic.. Pernah juga kami dengari dari para inokulan yang mengatakan teknik yang kami amal ini mahal kos nya dan memang kami akui .. mahal. Dari pengelaman kami.. dari pelbagi bagai teknik yang dijalankan oleh para inokulan lain .. berkesanannya belum terbukti hasilnya.


Teknik pengantungan Vaksin  ( 1 lubang injection 6 kaki dari aras pangkal )..
Kami telah lama lakukan teknik ini .. hasil Cuma 6 inci cecair pengalak resin menyerap kedalam pokok gaharu ..  sekeliling lubang injection sahaja , semakin lama semakin besar kesan tebukan dan akhirnya pokok gaharu patah bila ditiup angin.

Teknik tebukan seluruh pokok..? teknik kami gunapakai ..
Memanglah memakan masa untuk melakukan tebukan sekeliling pokok , dari bawah hingga berpuluhan kaki keatas.. beratusan lubang setiap I batang pokok gaharu.. selepas tuangan vaksin dilakukan .. lubang tebukan tadi semua di tutup semula, tujuannya untuk mengelak kesan tebukan buruk atau reput. Tujuan utamanya bagi penghasilan resin padu serta padat.


Dari pengelaman kami .. vaksin akan menyerap selama 20 minit keseluruhan pokok sepanjang 6 inci antara lubang tebukkan tadi. Penutup yang telah direndam vaksin pula di sumbat setiap lubang yang telah siap dituang vaksin. Teknik ini bukan pihak kami sahaja amalkan, ianya sudah menjadi popular di Negara Negara Asia Tenggara. Ianya merupakan salah satu teknik terbaik dari teknik teknik lain serta diakui penghasilan resin yang betul betul berkualiti.


Walaupun pada asasnya penutup hanya dianggap sebagai menutup lubang tebukkan bagi mengelak ianya buruk atau reput. Penutup ini direndam vaksin campuran berbulan bulan, agar penutup sentiasa basah. Vaksin yang berada didalam penutup ini, akan mengalir bersama sama aliran air yang menyerap secara perlahan didalam xylem pokok gaharu.

Ada juga para inokulan menggunakan teknik ini, tanpa menuangkan vaksin kedalam lubang tebukan. Tetapi terus menggunakan penutup, mungkin dari fikiran logic mereka , sudah memandai dengan vaksin yang terkandung di dalam penutup, kerja mereka hanya sekali, tebuk dan sumbat penutup.

Setelah kami nilaikan dari teknik ini, terus menutup tanpa menuangkan vaksin .. hasilnya kurang memuaskan, walau bagaimana sekalipun vaksin harus dituang, tunggu 1 jam semua cecair vaksin menyerap  , barulah proses menyumbat penutup dilakukan .. mungkin ini lah yang tiada digemari oleh para para inokulan .. 2 kali kerja , sudah tentu memakan masa dan 2 kali memanjat pokok yang sama..

Mana yang lebih baik ..? 1 kali kerja .. pulangan hasilnya tiada berpuashati antara 2 kali kerja, hasilnya berganda.. Kami tiada menyembunyi fakta, factor diantara teori dan practical .. walau bagaimana pun .. kelebihan nya terletak pada Vaksin * cecair pengalak resin.

Jangan sekali anda mencari para inokulan yang menawarkan harga murah.. ini satu pelaburan, memperlukan kos agak besar .. tempoh matangnya 24 bulan keatas .. tiada guna anda kelaurkan kos walaupun kecil .. hasilnya tiada ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan