Khamis, 10 Disember 2015

GAHARU.. Oud dan Boyah..!!! Minyak..?



Saya gemar dapatkan data-data maklumat tepat daripada pengiat-pengiat pengelaman yang lama bergiat di bidang gaharu micrologi,  kadang-kadang data maklumat yang diperolehi mengikut teori mereka dan, ada kalamya dari laporan penyelidikan terbaru mereka. 

Antara logik dan tidak tepat maklumat yang mereka salurkan, kami terpaksa menjalankan ujikaji melalui priktikal. Tetapi, kadangkala kami temui ada pencanggahan berlaku daripada data maklumat yang disalurkan, utamanya keserasian teknik inokulasi dan cecair pengalak resin pada spesies aquilaria tertentu yang mampu menghasilkan pembentukan oleoresin.


Pelik kan..? Orang belajar tentang gaharu serta belajar mengenal gred-gred gaharu, yang kita nie pula, belajar serta lakukan kajian tentang teknik inokulasi, keserasian cecair bacteria dan spesies-spesies fungus yang membiak dalam pokok gaharu tercedera. Bagaimana oleoresin mengawal selia, bagaimana gaharu terbentuk melalui jangkitan fungus, peranan aktiviti anti-mikrod, kajian tentang biologi, micrologi, ecologi, patologi, sesquiterpenes dan entah apa-apa lagi, semuanya berkaitan perkataan logi-logi, Kikiki, janji, matlamat kita tercapai dan segala ilmu didapati kita menanfaatkan mengikut saluran yang betul.

Ini pendapat peribadi saya, kalau tak sesuai dengan fikiran, pengelaman  anda, jangan diguna pakai, sila abaikan maklumat ini. Gaharu atau oleoresin tiada terbentuk tanpa dibantu oleh fungus dan factor serangan serangga-serangga. Dengan sedemikian saya berpendapat dan kita mesti berterusan mengkaji spesies fungus. Erti kata, tanpa jangkitan fungus tiada terhasilnya gaharu, pokok gaharu akan kekal tanpa diusik, nama gaharu pasti tiada wujud. Gaharu tidak ada nilai dan kemungkinan pokok Aquilaria spp, ini tiada sesiapa yang mahu mengkaji dan mungkin nama gaharu pun tidak wujud. Betul kan..?

Terlalu banyak ungkapan-ungkapan dan gelaran pada si gaharu nie, sampai memeningkan kepala otak memikirnya, bagai nak pecah kepala bila mengikut ungkapan saintifik. Bergitu juga gred-gred gaharu dipanggil, gred arab lah, double king, double super, teras kerepok, belang rimau, bulu rusa dan pelbagai-bagai nama, aku sendiri pun tak faham. Lantak lah, nak panggil apa-apa nama pun, janji ianya tetap dinamakan gaharu. Sudah gaharu, cendana pula, memang kau tahu, cuma buat-buat bertanya pula.

Ok, kali ini kita terokai satu topik mengenal satu panggilan apa yang dinamakan ‘BOYAH” dalam istilah Minyak gaharu, kikikikiki.. apokah bendo pulak nie?. Terdapat beberapa oleoresin jangkitan didalam kayu setelah penyulingan pertama di lakukan terdapat minyak gaharu, atau “Oud” dan Boyah, kepekatan berwarna coklat, merah, kuning dan hijau, bukan warna hitam, beraroma, cantik nutural. 


Bahan kimia kebanyakannya mengandungi alkohol (agarospirol, valerianol, dan lain-lain). Terdapat banyak cara ia boleh dcairkan, dilanjutkan dan kimia yang dipertingkatkan, dan 99.9% produk daripada Oud yang mengandungi bahan manis, animalic atau aroma buah seperti berada dipasaran.

Aroma Gaharu datang dari pada satu proses di mana fungus menjangkiti pokok-pokok, menghasilkan oleoresin yang tepu kayu. Melalui ini kayu oleoresin tepu di mana Oud dan Boyah membangunkan aroma. Haruman ini kompleks, dalam dan berkayu, dan amat dihargai sebagai kemenyan di Jepun dan sebagai minyak di Timur Tengah. Gaharu jarang diketahui dan ditemui dipasaran di Eropah. Tetapi, ianya difahami oleh setiap penguna minyak pati, dan sesiapa yang serius lakukan kegiatan mengenai aroma terapi dan minyak wangi asli.

Terdapat dua cecair odiferoue atau separa cecair produk utama datang dari pokok gaharu, Oud adalah minyak daripada kayu dipenuhi oleoresin dan minyak pati daripada pokok yang menghasilkan daripada tindak balas kepada trauma dan jangkitan. Jangkitan ini boleh berlaku  secara semula jadi dan jenis ini adalah paling berharga, kayu yang terbaik dari jangkitan semula jadi dan serangan serangga atau stress dan trauma tanpa dicederakan dari teknikal tangan manusia.

Apabila tiada jangkitan, kita hanya temui kayu berwarna putih atau dibahagian akhir penyulingan kualiti minyak amat rendah yang berbeza keluar. Ini teknikal terdapat dari aquilaria spp, tetapi kini minyak adalah pepejal pada kehangatan suhu dan dipanggil Boyah, perbezaan boyah dan oud amat ketara dan kurang mengandungi agarospirol, valerianol dan lebihan asid seperti pentadecanoic serta asid tetradecanoic.

Kerana bauannya amat diminati dengan peningkatannya harga agak berpatutan (tahun 2013, 1kg $5,000 ke bawah berbanding oud harga sekitar $25,000 1kg ke atas) cukup untuk menjadikan sebagai alternative berdaya saing bagi pengusaha minyak wangi di eropah yang mengamalkan kegunaan minyak pati asli dan sebagai tambahan untuk di komersialkan “oudh” masih boleh didapati dipasaran timur tengah. 

Boyah, ketika ini masih kekal termahal mengikut piawaian minyak terpenting, disebabkan tempoh masa, tenaga terlibat dalam penyulingan, pembelanjaan paling besar dalam proses penyulingan ialah bahan api, penyimpanan dalam penjagaan selama 10 hari.

Laporan CITES menyenaraikan minyak oud merah jarang ditemui, yang mengakibatkan harga melambung tinggi, kerana ia tidak mungkin didapati pokok-pokok dari ladang, kecuali bernasib baik. Pokok-pokok yang dirawat akan menghasilkan Boyah kerana gaharu semula jadi,  akan berlaku mungkin 1 dalam 50 pokok dan tidak ada tempoh masa, atau mungkin 5 tahun atau 100 tahun akan datang. 

Ia nya bukan satu perniagaan yang rasional untu dilaksanakan. Walau pun kadang-kadang minyak oud masih ditemui muncul berkualiti terbaik, ianya bukan datang dari ladang atau daripada pokok-pokok teknik buatan aktiviti tangan manusia.

Di Kemboja, timbunan gaharu yang bermutu rendah hampir tidak bernilai di jual dengan berepa sen 1kg, campur kos penhantaran dan duti CITES dihantar ke India menggunakan pick-up. Apabila tiba di India, serpihan kayu kayu ini di buang dan ditukar ganti dengan kayu kayu di India dan diesksport semula ke Timur Tengah, dengan dokumen CITES yang sama, menyatakan bekalan dari Kemboja. Kayu-kayu yang jangkiti,berkeadaan padat, kepingan besar serta cantik dan berkualiti di jual kepada pelanggan utama ia itu China dan Taiwan.

Manakala, kepingan kecil, daripada pokok muda dan pokok yang dirawat di jual di kedai-kedai di Mumbai, Bangkok, Singapura dan Negara Teluk. Bermakna gaharu kurang berkualiti, kayu putih, kayu perladangan, kayu muda akan melalui penyulingan untuk minyak Oud dinamakan Boyah dan, ianya di jual kepada syarikat-syarikat Timur Tengah dan setengahnya pembeli dari Eropah.

Negara-negara yang membekal Boyah dari Negara-negara Asia sebahagian besar pembekal utama adalah syarikat dari India, bermakna mereka mengusaha penyulingan sendiri Boyah, yang memakan masa berbulan-bulan untuk memenuhi permintaan dari Negara Timur Tengah. Proses penyulingan melibatkan kos perbelanjaan bahan bakar, sudah pasti melibatkan kos yang tinggi kecuali mengunakan kayu sebagai bahan bakar. Kemungkinan anda mengetahui yang Boyah berbentuk minyak tidak dijual dipasaran terbuka ianya di eskport terus kepada pembeli. 

Dikatakan, sebaik sahaja selesai penyulingan, minyak yang keluar bertukar kepada pepejal, itu lah dinamakan Boyah. Pada mac 2013, minyak oud dijual pada harga $ 23,000 USD ke atas dan, Boyah berkualiti dijual kurang daripada harga $ 5000, Boyah dari India di jual serendah $ 180 per/kg. Fungsi utama Boyah untuk bahan campuran minyak wangi bagi pasaran di Arab, semada di jual sebagai “oud tulen” atau dehn oud, pelbagai jenama minyak wangi dan lain-lain pewangi. 

Boyah juga mampu memberi aroma Oud, balsamic, animalic, “Barnyard” atau “butt”. Campuran minyak-minyak wangi boleh didapati di Barat dengan harga yang murah dijual dipasarankan. “Boyah adalah gaharu”, cuma ianya diperolehi hasil dari perladangan atau daripada hasil gaharu teknologi. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan