Jumaat, 2 Oktober 2015

GAHARU.. Kemahuan..? Ada Jalan Nya.



Hati memang berniat, mahu rehatkan badan beberapa hari, tetapi, badan pula kalau rehat, seperti ada yang tak kena, nak deman lah, sakit-sakit urat sana sini, soal makan, pantang melintas di hadapan, semua balun. Kikikiki, tolak batu dengan kayu jer, tetap berselera, Alhamdulillah, yang tak gemar nya bila terlampau banyak rehat, mata meragam, sandal kejap terus terlena, tidur di siang hari paling tak digemari, lebih baik buat gatal-gatal tangan, buat ini buat itu biar berpeluh.


Saya bergiat bidang gaharu teknologi, dengan bermodalkan keberanian, orang kata,melabur pada pokok kayu nie, tiada jaminan, kikiki.. mana-mana pelaburan tiada terjamin untung, boss. Saya bermula tiada dana, tiada subsidi, tiada sokongan moral , tanpa ada bantuan modal daripada mana-mana badan kerajaan Pusat atau Negeri, swasta ataupun orang perseorangan. Cuma bermodalkan suntikan air liur jer, pada awalnya bergiat sebagai pembekal benih gaharu pada para-para pengusaha baru seluruh Malaysia, sambil tawarkan khidmat kontraktor ladang gaharu di susuli khidmat penginokulasian, tagged nya mahu menampung pengkajian tentang spesis gaharu dan mengkaji bahan-bahan ramuan mencipta vaksin sendiri.

Dengan cara bergini, tiada jasa mahu dikenangi, tiada budi mahu dibalas dan saya boleh lakukan tanpa ada sekatan, tiada peraturan yang harus di ikuti kerana semua yang dimiliki sekarang, atas daya usaha tulang empat kerat serta modal peribadi 100% tanpa melibatkan mana-mana pihak. Bukan menunjukkan saya hebat, kerana saya mempunyai prinsip hidup sendiri, mengharapkan bantuan cuma menlenggah-lenggahkan sesuatu project, yang belum pasti dapat atau tidak, tidak mungkin ada yang mempercayai kerjaya gila-gila bergini berjaya, kerana contoh-contoh di waktu itu tiada satu pun berjaya.

Ketika itu, saya tiada opis, tiada makmal seperti sekarang, internet jauh sekali, kadang-kadang berada cybercafé layan internet mencari rujukan serta melawati blog-blog dan website tentang kegaharuan, sampai naik malu kat budak-budak, orang tua nie dok melayan internet, cari apa apakah benda agaknya. Makmal saya ketika itu, di hutan, tenung pokok Depu, panjat, ukur dan kadang-kadang peluk .. kikiki, kalau kau lihat pasti terkeluar kata..” buang tabiat orang tua nie, orang tak peluk pokok Depu, dia peluk..” Biar lah dikatakan apa ketika itu, sekurang-kurangnya ada yang tahu jawapannya sekarang, mengapa saya berkelakuan bergitu.

Mungkin agaknya ada yang bertanya-tanya “ berapa kos modal saya laburkan setiap pembelanjaan kajian-kajian saya”. Jawap saya..” entah, saya tak pernah kira jumlahnya, cuma kekadang tu terpaksa ikat perut kerana mengikut kemahuan hati..kikiki, kadang-kadang  terpaksa menelan bulat-bulat kata-kata sindiran orang, buat kerja gila-gila.” Kepuasan hati kita, adalah kejayaan diri sendiri, berbaloi atau tidak pulangannya, itu lain cerita, sekurang-kurangnya kita telah lakukan mengikut dari apa yang kita planningkan, usaha adalah satu jalan untuk kita capai kejayaan, kita berusaha bukan mahu membeli hati orang, tiada mengharap pujian, tetapi untuk kepuasan diri sendiri.

Sememangnya kita tiada termampu lakukan sesuatu perkara bila melibatkan kos yang besar, bergitu juga ilmu, kalau di usahakan sedikit demi sedikit akan kita berjaya menerokai nya, janji ada kemahuan, pasti ada jalannya. Tiada sesiapa yang pandai semua bidang, yang pandai cakap, yang pandai bercerita yang mereka dengari dari mulut ke mulut, tiada pernah lakukan, ramai, yang betul pandai melakukannya sejumlah yang sedikit, itu pun mereka yang arif di bidang kerjaya masing-masing, kikikiki .. tetapi, ok juga kan..? mereka ambil tahu, walaupun bukan bidang mereka ceburi.

Bila kita dengar khabar-khabar derita dikalangan pengiat lama, pasti kemahuan kita akan patah, patah sepatahnya, tiada kejayaan di dengari, pelbagai-bagai berakhir dengan kepahitan. Ianya satu kesilapan dari kemahuan sibuta tuli, mereka lakukan tanpa ada kajian, tanpa ada bukti kesalihan dan terlalu tamak. ( sorry boss ). Gerak gempur di lakukan oleh para-para pengiat gaharu dari luar Negara, gambaran-gambaran indah di khabarkan membuat mereka menjadi riak. Padahal nya mereka hanya mahu mengambil kesempatan  memasarkan benih, memasarkan vaksin dan mengambil upah penginokulasian.

Kikikikii.. Sedap nya mengata orang, yang kita pun sama,ke dah terlupa sejarah lama, itu kisah dulu-dulu, seawal menceburi bidang gaharu. Dah bukan rezeki, nak buat camna, kan, duit kita rezeki orang, terima sahaja lah hakikatnya bergitu seada-adanya lumrah permulaan menjinakan diri di bidang kegaharuan. Itu pun satu kemahuan kan..? “ kalau keinginan tanpa penyelidikan, aku cop kamu tidak berfikiran waras, belum pasti perkara betul atau tidak, kamu terus terima tanpa was-was, bukan jumlah yang sendikit ..boss.!!” kata seorang kawan.

Ditambah gerak gempur, siap dengan signboard “ KELANTAN KERIDOR DEPU” bergitu gah berdiri setiap simpang, sebuah rumah 1 pokok karas, ideal bergini memang terbaik, ada pihak mengutuk dan satu pihak lagi menyokong. Jual benih karas, ketika itu tak ubah seperti jual goreng pisang. Di  mana-mana sahaja sembang-sembang, kat warong kopi ke, depu, karas, depu, karas di bualkan, tetapi, bila kerajaan bagi pokok karas, membesar di tepi perigi, kemahuan mengecapi kekayaan tetap ada, yang tiada nya, kemahuan mahu berusaha.

Saya setia mengikuti perkembangan semasa kesemasa Kelantan Keridor Depu dari jauh, maklumlah siapa lah kita kan..? Punca utamanya saya mempunyai kemahuan sebagai pengiat gaharu teknologi, ingin sesangat mengetahui bagaimana teknologi inokuasian akan di bawa masuk oleh Kelantan Keridor Depu, yang akan disalurkan amnya pada pengiat-pengiat gaharu di Kelantan utamanya Vaksin atau cecair pengalak resin. Jawapan ini sampai sekarang belum terjawab, bagaimana tentang kajian, bagaimana tentang penghasilan gaharu, dimana teknologi yang mereka lakukan kajian sebelum melancarkan tema KELANTAN KERIDOR DEPU dan bagaimana nasib para-para pengusaha yang menerima pakai seruan Kelantan keridor depu..?

Bila penantian tidak kunjung tiba, bila ada kemahuan di situ ada jalan, tiada boleh mengharap pada sesiapa, kita dah jauh menglangkah, wajib diteruskan bersama planning utama “ cipta Vaksin sendiri”. Bermula lah era kegilaan, kikikiki.. Pagi hingga petang di hutan seorangan bertemankan senapang, parang serta sedikit bekalan makanan, manakala malam nya di cybercafé menjejalah dunia gaharu. Alhamdulillah, dari menghadapi segala-segala kesukaran,kepayahan,pahit manis, Allah makbul juga permintaan hamba NYA, akhirnya tersenarai dikalangan pengiat gaharu teknologi, walaupun tidak tersohor. Tetapi, tanpa sokongan moral anda semua, siapalah diri saya. TQ.

4 ulasan:

  1. tumpang tanya gaharu ni akan dipasarkan di mana ya?

    BalasPadam
  2. Dah ada connection di sana ke? Kalau dijual ke sana, berapa % empunya pokok yang guna inokulan encik boleh dapat ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada .. saya ambil 10% sebagai kos pengurusan

      Padam